Saya ingat lagi tahun 2015, Seorang hamba Allah swt memberi saya satu file '30 soalan Melayu Sepakat Islam Berdaulat' untuk berkenalan lebih dekat dengan agenda ISMA.
Hakikatnya, perhimpunan ini bukan lah dianjurkan oleh mana-mana politik tapi direncana oleh gabungan NGO UMMAH yang dipimpin oleh Haji Aminuddin Yahaya nerangkap Presiden ISMA sendiri.
Penganjuran perhimpunan oleh UMMAH #812 bagi saya tepat seperti dijangkakan oleh Ust Abdullah Zaik, Amir ISMA dari dahulu lagi . Berikut adalah kata-kata beliau yang saya ambil :-
"Kalau kita perhatikan di situ, dalam slogan kita Melayu Sepakat Islam Berdaulat ini sebenarnya, dia akan menjadikan ISMA ini mesra Melayu dan ISMA mesra Islam dan selalu kita sebutkan ISMA akan mendamaikan hubungan antara Melayu dengan Islam. Jadi sebenarnya agenda ini adalah agenda yang layak mendapat sokongan, sesuai mendapat sokongan daripada sesiapa sahaja dan kita sendiri dengan pendirian kita begitu, kita tidak membina konfrontasi dengan mana-mana pihak "
"hal ini sebab tidak ada satu pun badan politik atau NGO yang boleh survive pada masa akan datang jika sekiranya dia mengabaikan aspek ini. Cakaplah mana pihak sekalipun, kalau dia tidak mengambil kira Islam, dia terkeluar. Kalau dia tidak mengambil kira Melayu, dia pun terkeluar (daripada persaingan)"
"Sebab itu bila kita bawa gabungan antara Melayu dengan Islam maka ia adalah suatu kekuatan yang akan menjadi sumber kepada sesiapa saja yang ingin berjuang. 'Maknanya, sesiapa yang peka dan faham perjuangannya yang sebenar, dia akan kembali kepada dasar kita (ISMA)"
Pada hakikatnya nanti apabila jelas fikrah kita, apabila jelas pandangan kita, apabila kita dapat jelaskan pada masyarakat, maka akan berlaku 'satu perubahan besar', kerana semua orang akan merujuk kepada isu yang sama. Sekarang ini tiada siapa berani kalau kita perhatikan dalam perkembangan semasa
Sebab itu ISMA cukup yakin, apabila kita betul-betul dapat bawa ataupun ketengahkan projek, agenda ini, maka 'kita akan menjadi badan yang menjadi paksi kepada isu perjuangan yang dibawa oleh mana-mana tokoh atau badan-badan lain”
*(Untuk jawapan penuh, boleh lihat dalam pdf tersebut 30 soalan Melayu Sepakat Islam Berdaulat soalan 14, ms 18).
Kata-kata ini terbukti relevan pada masa kini, dan menjadi bukti bahawa agenda kita kini diterima masyarakat kemuncaknya perhimpunan yang dianjurkan oleh UMMAH #812 yang dipengerusikan oleh Haji Aminuddin, Presiden ISMA .
Saya pasti ahli ISMA terutama ahli ISMA terawal yang pernah dikeji, diifitnah, diugut dan pelbagai prasangka buruk. Kini pasti mereka berasa puas, kerana agenda kita kini diterima oleh masyarakat.
saya cuma ingin menyampaikan bahawa ahli ISMA sekalian, anda adalah PENDEKAR YANG TIDAK BERNAMA .
MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT
![]() |
Bantah ICERD dari Kaherah, Mesir oleh ISMA caw.hayyu Sabi' |