Persiapan sebelum Ramadhan ! (2018)

in , , by Haiqal sanif, May 01, 2018

Penduduk Mesir menyambut Ramadhan meriahnya seperti orang Malaysia menyambut Raya ! Pelita tradisional Mesir (الفانوس جمعه الفوانيس) yang ditempah dengan ukiran yang sangat cantik dan klasik dijual khas untuk menyambut Ramadhan .

Satu lagi aspek kemeriahan yang boleh dilihat di Mesir adalah peningkatan aspek kegiatan rohani di Mesir . Jemaah masjid semakin hari semakin ramai . Kedengaran radio Al-Quran beralun-alun di segenap penjuru kaherah yang dipasang di setiap kedai, teksi dan van . Ketika menaiki bas dan kereta api realitinya, makin ramai yang membawa dan membaca Al-Quran . Bab ini, memang Mesir hebat untuk dijadikan teladan .

Berbaki 14 hari lagi menuju ramadhan, aku teringat akan pesanan guruku yang sangat menusuk jiwa dalam usrah kami ketika tadabbur ayat Al-Quran yang berkisar tentang tanggungjawab (taklifat) manusia sebagai khalifah dalam memegang amanah Al-Quran iaitu :-

Allah SWT berfirman:

لَوْ اَنْزَلْنَا هٰذَا الْقُرْاٰنَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَاَيْتَهٗ خَاشِعًا  مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللّٰهِ ۗ  وَتِلْكَ الْاَمْثَالُ نَضْرِبُهَا  لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."
(QS. Al-Hasyr 59: Ayat 21)

Guruku berpesan :
"Al-Quran ini tanggungjawabnya berat sangat . Maka jika kita bersenang-lenang dengan hidup (makan, tidur sahaja) . Kita belum lagi org yang membawa risalah Al-Quran .

Org yg membawa AlQuran mesti merasai berat dalam membelanya dan orang yang membelanya atau yang dikatakan 'Al-Quran Berjalan' adalah orang yang selalu menlazimi ayat Al-Quran dan mengamalkannya dlam hidup seharian .

Generasi para sahabat adalah contohnya malah diakui sebagai generasi terbaik manusia sepanjang zaman dan berjaya mengalahkan tamadun gergasi dunia iaitu romawi dan parsi hanya kerana Al-Quran !"
Bulan Ramadhan dijolokkan sebagai Bulan Al-Quran, sebuah anugerah pesta ibadat kepada yang sedar dan bersungguh meraihnya . Mungkin sasaran 1 kali khatam Al-Quran itu adalah target yang lama, kali ini targetlah 2 kali .

Gandakanlah usaha untuk mengkhatamkan Al-Quran pada tahun ini dan besarkan target ramadhan tahun ini, sasarkan berapa banyak penyakit jahiliah yang ingin dibuang dalam bulan Ramadhan ini (bakhil, selalu mencarut etc) .

Moga Allah menerima amalan kita semua dan moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya !
اللهم بلغنا إلى رمضان !

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS