Madrasah Takwin Ulama' 2018

by Haiqal sanif, July 17, 2018


Madrasah takwin ulama' benar2 program yang ilmiah . Menjemput pelbagai ulama' Mesir dlm pengajian bersanad dan menyajikan pembentangan kertas kerja yang menarik .

Antaranya kursus usul takhrij hadis .  Pentingnya ilmu ini sehinggakan mufti atau alimin yang menulis kitab, tesis wajib mengetahui ilmu usul takhrij hadis . Bukan setakat itu, kertas kerja yang menjadi tajuk perbincangan juga berkait dengan tajuk-tajuk yang sangat penting dan dekat dengan masalah politik dan fahaman di Malaysia seperti 'salah faham liberal terhadap tafsiran ayat Al-Quran', 'demokrasi dan konteks negara Islam di Malaysia', 'salah faham antara isu 20 sifat Allah dan Tauhid Tiga Serangkai' dan pelbagai lagi .

Beruntung saya dapat menyertai program ilmiah sebegini . Syukran penganjur, saya benar-benar mendapat manfaat .




SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS