Satu page viral cuba menyebarkan sejarah berkenaan dengan Tamadun sungai Batu, oleh kerana saya pernah pergi sana dan berminat sungguh sehingga membaca pelbagai kajian entri serta artikel berkaitan kajian sungai batu . Saya berasa terpanggil untuk membetulkan beberapa perkara yang saya tidak mempersetujui terhadap 'page sejarah viral' tersebut .
Saya tidak mempersetujui cara admin page berkenaan kerana walaupun ia menceritakan kehebatan sejarah Melayu bagi mengembalikan rasa izzah terhadap bangsa kita tapi apabila menggunakan fakta yang tidak tepat, illustrasi yang salah . Saya langsung tidak dapat terima kenyataan beliau . Berikut ulasan dari post admin page berkenaan :-
"Penemuan pihak pengkaji USM beberapa tinggalan kapal purba berusia hampir 2000 tahun di Sungai Batu, Kedah pada tahun 2015 milik Kerajaan Melayu Kedah Tua membuktikan fakta bahawa masyarakat Tamadun Melayu kuno telah lama menguasai teknologi dan kemahiran pembuatan kapal. Umur kapal ini dikatakan lebih tua dari kapal Vasa dan Mary Rose yang ditemui di Sweden dan England. Kapal ini berukuran panjang antara 40 hingga 50 kaki panjangnya"
Saya sudahpun menegur beliau bahawa gambar tersebut adalah salah dengan pendekatan yang lebih lembut dalam komen post beliau .
"Pada tahun lepas (2017) Alhamdulillah saya dapat pergi ke tapak tamadun sungai batu dan melihat sendiri tapak sejarah agung Melayu langsung menbuktikan kita mempunyai tamadun yang hebat dan lama (500 tahun sm) . Sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Melayu ini pendatang dari Taiwan yang disokong oleh orientalis .
Saya juga dapat melihat cebisan besi, tuyere dan direkodkan bahawa besi yang dieksport merupakan antara 3 besi terbaik dunia .
Walaubagaimanapun, Saya juga teruja mendengar dan saya sendiri mencari tempat kapal ini di sana . Cuma saya diberitahu oleh pengeksvakasi sana bahawa kapal tersebut masih tidak tertimbul mahupun kelihatan seperti di dalam gambar . Sebenarnya kapal tersebut, mereka mengatakan ternampak beberapa buah kapal jikalau dilihat dari satellite. Tetapi Kapal tersebut masih di bawah paya (bekas sungai) dan pihak mereka masih tidak dapat menemuinya lagi . Mereka ikhtiar utk menggunakan mesin pengorek tapi mereka takut utk menggunakannya kerana takut jikalau artifak tersebut rosak .
Jadi, betul ke ini gambar kapal di tempat eksvakasi tersebut ? Saya inginkan kepastian . Terima kasih"
Beliau membalas "Ukail Sanif tp ni min ambil dari gambar keratan gambar kt paper lama ni bro"
Saya agak terpaku dengan kenyataan salah begini dari beliau . Bagaimana dia boleh berhelah bahawa dia ambil gambar ini dari surat khabar sedangkan gambar kapal yang kedua tersebut sudah lama merebak di internet ! Nampak sangat cedok gambar lain, ambil buat self claim .
Saya membalas balik bahawa gambar kedua tersebut merupakan kapal yang dijumpai di Indonesia dan BUKAN di Malaysia . Bahkan kapal atau lebih tepat lagi perahu tersebut merupakan perahu yang dibina pada abad ke-7 masihi sedangkan tamadun sungai Batu ini ditemui 535 sebelum masihi ! Fakta yang berbeza sungguh .
"Nur Islam yang ni ke ? Kalau yang ni Perahu kuno Punjulharjo, Perahu Tertua Abad-7 Zaman Mataram Hindu"
Saya bagi hujah saya dalam penemuan tamadun sungai Batu ini dalam comment tersebut : "Saya tengok dah tempat kapalnya dan memang tak nampak kapalnya seperti dlm gambar ni .
Tapak tamadun sungai batu ni terbahagi kepada 4 :-
1) Pelabuhan Entrepot
2) Tempat peleburan besi
3) Tempat ibadat mereka
4) pusat pentadbiran
Sungguh, memang kapal tu masih di dalam paya dan tenggelam . Malah tak nampak pun kapalnya . Cuma bila lihat dari satellite kata beliau memang ada .
Lagipun, setahu saya kajian tamadun sungai batu ni lebih lama dari tuan sebutkan iaitu tahun 2009 . Bukan tahun 2015 . Walaubagaimanapun kata prof Mokhtar Saidin tapak arkeologi ni sebenarnya kira muda lagi berbanding tapak arkeologi yang diselenggera oleh barat dan Malaysia pula kekurangan teknologi canggih dalam mengekskavasi tempat begini . Terpaksa meminta bantuan Jepun dll ".
Saya meminta admin tukar gambar berikut kerana semua orang menyangka malah admin sendiri pun terpengaruh bahawa gambar tersebut adalah betul sedangkan ia adalah salah . Bagi seorang yang berminat terhadap sejarah, menggunakan fakta sejarah yang salah dan tidak jujur serta ikhlas menerima nasihat adalah satu perkara yang sangat mendukacitakan .
Memandangkan tahun pun dia sebut salah, saya rujuk terhadap kajian yang dibuat oleh petugas sungai Batu itu sendiri dalam menentukan tahun bilakah mula projek ekskavasi sungai Batu ini iaitu pada tahun 2007 dan bukan 2015 yang disebut oleh admin tersebut . Bagaimana lah kalau fakta mudah begini boleh tersilap .
Setelah masa berlalu, beliau mengakui kesilapan beliau tersebut tapi masih tidak menukar gambar mahupun fakta yang diberi . Buang gambar tersebut nanti akan buatkan post ini tidak 'viral' .
Kepentingan menyampaikan fakta dengan betul
Memberi pengetahuan kepada masyarakat sejarah-sejarah keagungan Melayu Islam sangat baik akan tetapi apabila menggunakan fakta yang salah, bersifat tidak jujur dan tidak amanah amatlah mendukacitakan . Masyarakat sekarang di Facebook semuanya jenis yang pakat share tanpa selidik . Maka lagi-lagilah sebagai peminat sejarah dalam menyebarkan maklumat perlulah berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah . Saya berharap orang ramai tidak terpengaruh dalam mempercayai sejarah-sejarah yang tidak betul berkenaan sungai batu .
Sungai Batu, Kedah tetap menjadi saksi bahawa ia adalah penemuan yang sangat penting kerana ia adalah bukti yang kukuh untuk menafikan sebahagian tuduhan berat orientalis iaitu Orang Melayu terpengaruh dan berasal dari Hindu, Orang Melayu dahulu tidak pandai apa-apa melainkan hanya sebagai masak dan buat rumah kayu sahaja . Membetulkan kembali bahawa kita mempunyai sejarah yang lebih lama bertamadun dari seluruh sejarah Asia Tenggara seperti kuil Angkor Wat dan candi Borobudur .
Semua tuduhan di atas dapat dinafikan dengan hanya penemuan tamadun sungai Batu ini sekaligus merombak sejarah Asia Tenggara bahawa kerajaan yang paling awal ialah di Kedah, Malaysia !
Moga minat sejarah tetap subur dalam kalangan rakyat Malaysia .
Add your comment