Belajar di negara Arab ni dah kena tukar cara belajar . Dr Muhammad Abbas menasihat kami agar jangan 'malu' bertanya dan perlu berani menanyakan soalan ketika dalam kelas . Beliau mengemukakan kepada kami dengan kata-kata sayyidina Ali,

ضاع العلم بين الاثنين المستحين و المستكبر

"Hilangnya ilmu disebabkan dua perkara,  orang yang malu bertanya dan orang yang takabbur"

Kurang bertanya akan menyebabkan fikiran kita menjadi lembap dan tidak kritis . Tanyalah soalan sehingga benar-benar faham kerana ia adalah hak kita !  (طالب = peminta)

.
Malah, beliau berkata 'Ini adalah hak kamu untuk bertanya soalan !" . Berbeza dengan sesetengah cara belajar di Malaysia, pernah banyak kali saya tidak dapat bertanya soalan kerana Ustazah tidak memberi saya peluang untuk bertanya . Mungkin kerana soalan tersebut seperti mengajuk atau provoke . Akhir sekali, apabila kita tidak bertanya, pemikiran kita tidak menjadi kritis dan melemahkan akal untuk berfikir jauh .

Perbezaan budaya ilmu di Mesir dan Malaysia 

Di Mesir, tanyalah soalan sehingga tenteram fikiran kita di dalam kelas kerana itu adalah hak kita . Tanyalah soalan dan beranilah dalam berkehadapan . Agar intelek kita semakin besar dan celik .

Masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar Malaysia di Mesir ialah mereka sangat takut dan malu untuk bertanyakan soalan walhal mereka mampu menanyakan soalan-soalan yang padu . Akan tetapi, budaya di Malaysia menjadi ikutan sehingga terbawa di sini menyebabkan perasaan malu bertanya soalan masih kekal di dalam diri .

Sia-sia sahaja kata-kata hikmat dari orang dahulu, bahawa 'malu bertanya sesat jalan' . Tidak pandai akan kita meletakkan keberanian dan malu pada tempatnya masing-masing .
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS