TIPS CEMERLANG DALAM SPM

in , , by Haiqal sanif, May 06, 2017



Alhamdulillah setelah belajar subjek-subjek spm ni selama setahun. Saya dapat serba sedikit, selok-belok untuk score dlm SPM. Sebenarnya mudah utk kita score dlm spm klau kita betul-betul ikut caranya . Konsep mudah, fikir mudah . InsyaAllah kejayaan yang digapai mudah . Oleh itu, ada beberapa yang saya ingin gariskan sebagai panduan . Tips2 ini ditujukan khususnya kepada pelajar-pelajar tahfiz yang ambil spm sebagai penguat semangat dan sebagai tips yang sedikit sebanyak mungkin boleh membantu calon-calon spm . Saya ingin tegaskan bahawa, sebenarnya pelajar-pelajar tahfiz lebih mudah untuk cemerlang dalam spm berbanding pelajar-pelajar biasa . Jangan sesekali anggap belajar agama dan tahfiz sebagai kelemahan . Buktikan kejayaan pelajar-pelajar tahfiz ini dengan gred spm yang cemelang dalam akademik kepada masyarakat . 

Berikut adalah tips-tips dan pengalaman yang mungkin boleh membantu calon2 spm semua . 

1) Pasakkan niat dan impian yang 'jitu' dan 'betul' 

Pergilah mana-mana kursus cemerlang. perkara sama juga akan dia ulas dan yang pertama skali adalah niat dan impian yang jelas . Mudah sebenarnya utk kita menilai orang yang betul-betul tekad nk dapat keputusan cemerlang dalam spm banding dengan yang hanya angan2 kosong untuk cemerlang tapi tidak ada usaha sendiri dalam spm. Tanya diri sendiri, "saya nak keputusan spm sy cemerlang, tapi sebenarnya sanggup kah aku betul2 bersungguh dan berkorban masa juga duit (beli buku etc) utk berjaya ?" . 
Pada hemat saya, yang membuat saya semangat dan ingin cemelang dalam spm sebab dari dulu saya dngr sebahagian masyarakat menanam kepada orang muda " kau masuk tahfiz atau belajar agama ni sbb apa ? Bknnya ada masa depan dan pekerjaan pun " . Saya anggap kata-kata  ini sebagai cabaran dan  nk buktikan kepada golongan2 yg merendahkan bidang agama ini  bahawa plajar tahfiz memang boleh score berbanding  plajar biasa 

kita move on ke tips seterusnya . 

2. Beli buku nota dan latihan yang betul

- dah nak masuk bulan 5 ni, saya cadangkan luangkan masa utk buat latihan past year dan soalan-soalan yg susah . Nnti bila spm mesti senang utk jawab soalan spm . 

Bagi sesiapa yg rajin, buat nota sendiri pun boleh . Tapi klau pendapat peibadi, saya tidak buat nota sendiri tapi sya beli buku nota terus yang sesuai dan mudah untuk saya faham . Bagi saya, nak tulis nota bagi smua subjek dlm setahun mmng x sempat sbb nak ulangkaji dan catch up mata pelajaran f4 memang terkejar-kejar . 

Klaulah dengan hanya 200 ringgit utk dilaburkan terhadap buku nota dan dapat keputusan spm cemerlang dan bahagiakan MakAyah . Apalah salahnya ? 

3. Kalau x faham sesuatu ilmu, bnyk tanyakan guru dan kalau rasa perlu bimbingan guru utk lebih mendalam memahami suatu subjek, pergi cepat ambil tusyen . 

Disebabkan terlampau bnyk subjek yang saya lemah . Jadi sejak awal tahun lagi, saya terus ambil tusyen . Memang kena kluarkan duit skit, tapi rasa berbaloi apabila kita belajar ilmu2 tersebut . Saya ingt lagi, lagi 2 bulan nak exam . Saya time tu, masih xde tusyen math scara personal . Tapi lagi dua bulan, baru dapat guru yang sesuai . Memang lagi 2 bulan tersebut, pulun habis study subjek math . Yelah, saya blajar subjek spm ni setahun je, math pulak bnyk sngt  x belajar dan subjek matematik ini berangkai kerana subjek form 5 kebanyakannya berkaitan dengan topik form 4. Selepas 2 bulan, al-hasilnya memuaskan kerana dapat lagi score dalam subjek tersebut. Memandangkan, subjek math ini saya agak lemah pada awalnya. 


4. Kalau ada masalah, banyakkan bersembang dengan guru . 

Saya sejujurnya dalam masa setahun, agak-agak terkejar jugak utk nak catch up dngn kawan2 lain dan pening utk nak cover subjek-subjek form 4 . Mula-mula awal tahun dah rasa blur, pada waktu itu, banyak kali saya meragukan diri sendiri kerana rasa bagai tidak mampu untuk meneuskan .Manakan tidak, dah lebih 3 tahun x blajar akademik, tiba-tiba dapat kerja rumah yang bertubi-tubi . Memang dah mula pasrah. Tapi insyaAllah masalah tersebut akan settle klau kita berbincang dengan guru yang kita rasa boleh luahkan masalah dngn dia . Jadi, carilah guru yang boleh dengar masalah dan beri teguran . 

5. Beli buku nota yang betul agar mudah utk kita study saat akhir . 

Saya amat galakkan membeli buku nota yang ringkas, berwarna dan bergambar dan yang paling penting ialah yang sesuai dngn kita utk kita belajar di saat akhir . 

Mcm saya, saya akan beli buku nota jenama 'kunci emas'. Apa yang menarik berkenaan buku adalah penerangannya sangat mudah, ringkas dan bewarna.Walaupun ada beberapa fakta yang tidak lengkap dalam sesuatu topik berbanding nota lain. Akan tetapi buku tersebut sangat bemanfaat dalam memahami sesuatu topik terutama saat akhir menjelang SPM akan datang. Rutin saya, sebelum spm, saya akan habis baca buku nota ini dan lihat jawapan soalan2 tahun lepas dan soalan spot spm time spm . Jadi. Beli buku awal2, jangan last minute . Takut buku nota dah bnyk habis . Buku 'kunci emas' ini laku keras di kedai buku terutama di daerah rumah saya .



6. Bacalah Al-Quran sebelum belajar . Paling kurang setengah juz . 

Betul, baca al-quran dan bnykkan qiamullail sepatutnya perkara yang patut kita buat sebelum kita belajar . Sesibuk mana pun, kita perlu ada masa utk luangkan masa dngn Allah lagi2 sebelum kelas . Qiam, al-quran jngn tinggal dan solat dhuha .

7. Abaikan yang sakitkan hati diri kita dan banyakkan bersabar . 

JIkalau selalu dikutuk, difitnah dan segala perkara lain yang seumpamanya . Kena bnykkan bersabar dan doakan agar kita  semua (jangan seorang diri shj) diberi keputusan cemerlang dlm spm . Sabar dan doa inik secara tidak langsung membuatkan kita lebih mudah untuk belajar sesuatu ilmu . Allah swt pasti akan tolong dan Allah swt tidak akan memberi suatu ujian jikalau kita kita tidak mampu (al-baqarah) 

8. Banyakkan amalan tersembunyi 

Kita perlu banyakkan amalan tersembunyi yang kita sendiri tahu . Mungkin boleh jadi, kita simpan duit dan tahan nafsu dari beli barang yang kita nak . Kita gunakan utk sedekah kpd palestine, masjid dll . 

Bila sedekah, niatkan sedekah utk dpt redha Allah, bukan kerana spm . Niat betul2, jngn salah niat .  

9. Tarbiah dan dakwah . 

Jangan lupa untuk menghadiri usrah, betulkan niat untuk dakwah dan berubahkan orang dan diri kita menjadi lebih baik . 

إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم 


10. Jaga adab dengan guru 

- ingat ! Adab dengan guru sngt penting . Walau kita benci mana pun terhadap guru, doakan yg terbaik utk mereka . Jaga adab, jngn tinggi suara, tolong guru sebanyak mungkin. Elakkan kutuk belakang guru-guru . 

11. Hormat Ibu Bapa 

- kat rumah, jangan lupa tolong MakAyah kat rumah . Basuh pinggan, belikan barang dan sebagainya . Jangan lawan cakap Mak Ayah . 

12. Soalan spot boleh percaya ke ? 

- Ini subtopik yang menarik utk dibincangkan, secara peribadi saya dari dahulu memang tidak percaya soalan spot spm kerana lazimnya soalan spot biasa tidak kena . Kisah sebenar, pada tahun 2016, kami pernah mengikuti satu kursus yang khusus memberitahu berkenaan soalan Spot dan hasilnya mengecewakan kerana kebanyakannya memang tidak masuk . Iktibar dari kisah ini, jangan terlampau berharap, kelak kecewa . Ikhlas .

Tapi apa yang saya boleh pesan, belajar je semua subjek dan jikalau ingin spot pun, spot tajuk jangan soalan supaya kita boleh fokus tapi dengan syarat kena belajar semua topik dahulu . Kalau nak soalan spot, ambil soalan percubaan dari SBP cemerlang seperti kisas dan sebagainya . Kebanyakan konsep soalan sebenar spm tidak lari dari soalan-soalan SBP dan MRSM etc .

13. ketika peperiksaan sebenar SPM

Kalau ikut cara saya, khususnya ketika peperiksaan sebenar spm, saya banyakkan masa untuk belajar sendiri . Study group bagi saya memang tidak sempat kerana study group hanya dpt cover sebahagian topik sahaja dan x dpt cover semua, ,malah kita akan kerap bersembang berbanding belajar dan itu adalah masalah besarnya .

Apa yang ingin saya kongsikan di sini, apabila menjelang hari sebenar spm, malam esoknya spm, saya akan belajar semua topik, esoknya bangun pukul 4 pagi, baru fokus topik yang spot hatta 1 atau 2 jam sebelum spm . Misalnya, esok subjek sains, saya akan khatamkan 'buku nota' f4/5 sebelum periksa esoknya dan saya akan tngok JAWAPAN soalan past year lagi 1 jam atau 2 jam sebelum periksa .

 Kenapa tengok jawapan soalan past year sebelum spm ? Sbb soalan spm ini berulang-ulang, jawapan dia pun lebih kurang ataupun boleh tengok subjek/soalan spot sebagai persediaan saat akhir sebelum peperiksaan. Malah jawapan kepada soalan-soalan past year yang telah disalin di buku pun itu adalah nota.

Semua pelajar ada cara belajar mereka tersendiri . Ikutlah cara yang sesuai kerana niat saya berkongsi cara belajar saya kerana saya ingin tujukan khas kepada sesiapa yang masih belum jumpa cara belajar mereka. Sesetengah orang x boleh belajar semua topik f4/5 sehari seblum spm sbb nnti pening. ada juga yang kata lagi 1jam atau 2 jam tidak perlu belajar, tinggalkan buku sejenak dan tenangkan diri. Ikut pendapat masing-masing.

14. jangan langsung tinggalkan kosong dalam kertas peperiksaan

- Walaupun kita tidak tahu atau ragu terhadap soalan tersebut, saya menasihatkan agar jangan langsung membiarkan kosong soalan-soalan tersebut . Paling kurang kita cuba jawab soalan2 tersebut . Manalah tahu mungkin jawapan kita betul !


Detail mengikut subjek SPM tertentu :-

1) BM : Tidak boleh tidak, kita perlu buat banyak karangan . Bagi saya, bnykkan baca karangan yg dapat A+ dan cuba ambil ayat-ayat dia seperti ayat pemulaan, ayat penutup untuk masukkan dlm karangan . 

2) BI : Sama jgk dengan subjek bahasa lain . Kena bnykkan buat latihan karangan dan cuba dengar dan lihat video-video dalam BI contoh 'Ted talk' supaya kita dapat ambil perkataan-perkataan baru mereka . 

3) BA : ada kaedah dia sebenarnya dan cara yang mudah untuk kita faham . Sebenarnya boleh sahaja yang kurang pandai b.arab untuk score dlm subjek ni . Tapi kena usaha lebih, beli buku nota b.arab yang mudah kita faham dan ringkas . Fokus ketika Ustzh mengajar dan tnya apa yang kita x tahu . 


4) Sejarah : memang kena bnykkan membaca dan guna buku nota yg mudah seperti kunci emas. Sebelum spm, bnykkan melihat jawapan soalan2 spm past year dan buat soalan tahun-tahun lepas banyak kali. Kertas 1 soalan2 nya kebanyakan ambil drpd soalan2 tahun lepas .

5) math : kena banyakkan buat latihan . Klau boleh bagi yang kurang power math, ambil je tusyen awal2 . Xde istilah lambat, time trial saya gagal dalam matapelajaran matematik ! 2 bulan lepastu usaha betul-betul berserta tusyen . Syukur dapat keputusan yang menggembirakan . 

6) science : beli buku nota kunci emas tu sbb lagi mudah faham dan jangan lupa buat latihan past year . 

Info ni untuk subjek-subjek asas . Subjek lain pun sebenarnya lebih kurang sama konsepnya . Saya doakan, moga keputusan batch2 spm slps ini, lebih cemerlang dari batch spm yang sebelumnya 😊 .

P/s : tips2 ni akhir sekali berbalik kpd diri kita . Ia bukan jalan pintas utk kita lari dari usaha belajar ilmu tapi ianya akhir skali berbalik kpd diri kita, adakah kita sanggup berusaha utk capai keputusan cemerlang dengan usaha yang setimpal ? 
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Minta izin share note ni ya..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Boleh share x buku rujukan,nota n latihan yg digunakan... Saya pun cdg nk ambil spm tahun depan... Hanya ada setahun untuk study subjek f4 n f5 terus cuz saya ambil spm persendirian... Btw thanks for the share... Sgt2 membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku kunci emas paling penting, boleh cari kat DBP atau Popular

      Delete
  3. Terbaikla kau punya spm ni huhu
    Saya tahun depan(2020)nak amek spm
    Lepas baca ni sumpah lega gila
    Kene pulak saya pon ex madrasah haha
    Tq bang bagi nasihat..hmmm buku kunci emas tu warna dia ap???tertanya2😂

    ReplyDelete
  4. good info and blog dik..jgn penah stop belajar ni...ok..adik2 lepasan spm semua..ni akak share good info .kalua ade yg minat program under UPSI-dengan kerjasama Regent international ,ada program dip PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). nak tanya psl program tourism or logistik pun bole .SAVE NO SIS KOT LEPAS SPM NT NAK REFER KE..sis bole bantu

    Reply

    ReplyDelete

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS