Sempat jugak habiskan buku 'bajet power' ni . Buku ni menceritakan secara ringkas ilmu hartanah secara santai khas untuk beginners . Tumpuan penulis lebih kepada mengajak orang muda terutama mahasiswa untuk mula mempelajari ilmu hartanah dan mula merancang menyimpan juga melabur . 
Komponen buku saya bahagikan kepada 3 komponen :-
1)  pada mulanya 'menegur' orang muda untuk banyakkan menyimpan daripada berbelanja .
2) Tips kahwin muda
3) Kemudian baru masuk sedikit demi sedikit ilmu pelaburan dengan tajuk-tajuk yang menarik seperti "gaji rm 2000 simpanan rm 60000", "ubah pulangan ASB 7.25% jadi 22%", tips kewangan untuk bergaji rm 1000" dan pelbagai lagi .
Secara mudahnya teori ilmu hartanah yang dikemukakan oleh beliau ialah :-
- Kumpul duit (bujang saving kalau boleh 50% gaji)
- simpan duit dan buat pelaburan dengan ASB, dengan modal rm 275 sebulan pun boleh"
- dapat pulangan dividen sekitar 7.25% setiap tahun maka duit tu boleh rolling balik samada tiga tahun atau mengikut kontrak"
- cari rumah yang sesuai dengan harga deposit (10%) .
- dah dapat beli dan bayar duit pendahuluan guna duit hasil ASB tu, maka sewakan terus samada mengikut bilik atau cara tersendiri pemilik.
- rumah pun dapat dan ditanggung oleh penyewa, dapat duit poket lagi untuk menyimpan hasil sewa rumah .
- proses berulang .
TIPS BELI KERETA
Rate harga kereta adalah gaji total setahun kita . Jikalau beli kereta melebihi dari gaji total setahun akan berlaku ketidak stabilan dalam budget gaji kita . Contohnya :-
Gaji sebulan rm 2000 x 12 = rm 24000 . Secara mudahnya, jangan beli kereta lebih dari harga rm 24000 . Kalau x, bahaya kewangan kita . Lagi bagus beli kereta second yang murah dan bagus .




SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS