Kisah Ajaib Said Nursi yang terkenal

in , , by Haiqal sanif, September 06, 2018





Seeds of change (Titik perubahan)

Imam Badiuzzaman Said Nursi telah dihantar ke penjara Afyon dengan pelbagai tuduhan berat oleh pengkhianat . Beliau diletakkan di dalam satu penjara khusus sebaris dengan penjenayah-penjenayah tegar dan berprofil tinggi .

Disitu, beliau berjumpa dengan seorang banduan terkenal bernama Tahir . Tahir merupakan penjenayah yang terkenal dan kejam kerana disabit membunuh isterinya sendiri dan beberapa orang lelaki dan Tahir dihumban di dalam penjara tersebut hanya untuk beliau mati dan menghabiskan umurnya di dalam penjara bersama banduan lain .

Setelah beberapa waktu berlalu, perancangan Allah lebih agung,  Imam Badiuzzaman berjaya sesuaikan diri di dalam penjara tersebut dan tanpa disedari, kehadiran beliau menyebabkan banduan-banduan kembali menjadi seorang yang insaf dan mukminin !

Hati yang kerasnya bagai batu berjaya dilekuk dan dibentuk, tangisan mula menitik hasil ketakjuban keperibadian sang pendakwah (Qudwah) dan hasil mendengar suara getaran alunan bacaan Al-Quran dan azan setiap hari oleh Imam Badiuzzaman Said Nursi sepertimana kisah sekeras-keras hati Saidina Umar berjaya dilembut dan disucikan hasil kedengaran alunan suci ayat Al-Quran oleh adik perempuannya, Fatimah Al-Khattab.

Benarlah kata pepatah, benih yang baik itu jikalau campak ke laut jadi pulau, campak ke padang pasir, jadi bandar . Sifat mukmin itu sentiasa bermanfaat kepada orang lain dan Said Nursi adalah tokoh pendakwah abad moden ini yang menunjukkan tauladan terbaik kita melalui kata-kata tersebut. (خير الناس أنفعهم للناس)

Penjara yang dahulunya dipenuhi dengan pelbagai penjenayah kini ia menjadi ruang dan tempatnya hidup abid mensujudkan dahi di atas tanah . Tahir yang terkenal sebagai seorang kejam dan tiada belas kasihan kerana sanggup membunuh isterinya sendiri mula bertanyakan fatwa dari Imam Badiuzzaman, adakah dibolehkan dalam Islam untuk membunuh pijat yang mengacau mereka siang dan pagi untuk beribadah kepada Allah SWT ?!

Orang yang dahulu membunuh isteri dan orang awam sesuka hati, kini hasil sang pendakwah agung bertanyakan soalan sekecil ini iaitu adakah dibolehkan membunuh satu serangga yang sangat kecil ini dalam Islam ?

Benarlah, benih keimanan telah tertanam dan hati yang keras telah diubah . Oleh seorang mujaddid, pendakwah yang mukhlis berdakwah kepada umatnya .

P/s:  Ini hanyalah cebisan daripada sifat keperibadian mujaddid terkenal Imam Badiuzzaman Said Nursi dan sesuai untuk dijadikan qudwah dan teladan yang besar dalam mengaplikasikan sifat keperibadian beliau dalam diri kita .

Artikel inspirasi Imam Badiuzzaman Said Nursi akan menyusul .. terima kasih atas sokongan !
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS