15042018 [Ahad]
Tiga hari setelah sampai di Mesir, baru bermulanya kelas pertama kami sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan pertama kami (Imtihan Qabul) yang akan bermula berbaki 6 hari lagi . Cemas peperiksaan semakin dekat !
Dalam kelas sambil Ustaz yang berasal dari Mesir tersebut mengajar kami bahasa arab dan penerangannya dalam bahasa arab (di Malaysia waktu STAM berbahasa Melayu), walaupun kebanyakan dari kami ada perkataan arab yang tidak faham, walau bagaimanapun beliau berjaya memberikan penerangan yang sangat mudah untuk kami dengan memberi gambaran menggunakan bahasa badan . Sebagai contoh pelajaran kami tadi,
بائع الأصنام (penjual berhala)
Seseorang daripada kami tidak faham apakah maksud perkataan الأصنام lalu bertanya kepada Ustaz tersebut . Ustaz tersebut adalah orang Mesir, mestilah beliau tidak akan memberi maksud perkataan tersebut dalam bahasa Melayu . Maka beliau memberi contoh dengan menggunakan bahasa badan dan menggunakan sedikit perkataan arab level yang sangat mudah (serius) kepada kami . sebgai tambahan, kajian dari universiti pennsylvania menunjukkan bahawa dalam komunikasi, bahasa badan memainkan peranan 70% ! Manakala 23% adalah intonasi suara dan 7% hanya perkataan yang diucap oleh kita sahaja ! Oleh kerana Ustaz tersebut menggunakan bahasa badan, maka semakin mudahlah kami memahami kalimat yang tidak faham .
Alhamdulillah semua pelajar berjaya faham apakah 'الأصنام' tersebut walaupun yang mengajar itu adalah orang arab ! Malah kami semua faham apa yang diajarkan apa yang beliau ajar . Sesungguhnya belajar bahasa arab dengan orang arab lebih baik dan lebih cepat untuk memahami bahasa arab . Oleh itu, perasaan 'TAKUT' untuk mempelajari bahasa arab atau ketakutan sesetengah pelajar untuk menyambung pelajaran kerana bahasa arab tidak hebat adalah mitos semata . Sememangnya belajar bahasa arab kebanyakan pelajar al-azhar kini bermula dari Mesir . Malah, ada sahabat saya mengatakan bahawa di Malaysia sahabat saya tersebut dapat gred yang teruk dalam b.arab spm beliau . Tapi beliau berkata, beliau berjaya mempelajari bahasa arab di Mesir dan dengan usaha yang banyak beliau berjaya mendapat gred yang tinggi dalam setiap peperiksaan yang beliau lalui dalm bahasa arab ! Ramai sahaja pelajar yang baru bermula belajar bahasa arab di Timur Tengah khususnya di Mesir .
Pesanan Ustaz Sebelum Berakhirnya Kelas
Ketika sesi kelas semakin berakhir, beliau menitipkan pesanan yang sangat menarik kepada kami dengan membaca suatu hadis .
قال النبي : "خير الأعمل أدوامها وإن قل "
Maksudnya : sebaik- baik amalan adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit !
Istiqamah melakukan sesuatu kebaikan walaupun kecil adalah lebih baik daripada melakukan satu perkara yang besar tapi buatnya hanya sekali . Seperti itu juga dengan bahasa kata beliau, bahasa arab memerlukan pendengaran dan pembacaan yang kerap . Oleh itu, kelas sehari semestinya tidak cukup tapi kita berterusan belajar membaca buku bahasa arab dan menonton video arab walaupun hanya lima minit sehari untuk adalah usaha sendiri yang bergantung kepada sejauhmana usaha kita sendiri .
Pengambaraan musafir mempelajari ilmu sememangnya seronok dan misteri . Kita tidak tahu apa-apa peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang untuk memberi pengajaran hikmah kepada kita . Salam dari Mesir
-US-

Add your comment