Keputusan Pilihanraya Mesir 2018
Baca pilihanraya terbaru ini (2018), jumlah pengundi ada peningkatan sedikit berbanding sebelumnya tapi masih tidak mewakili semua rakyat Mesir dan yang mengundi masih 1/3 keseluruhan penduduk Mesir iaitu 90 juta ! As-Sisi masih lagi menang dengan majoriti mudah 97.08% manakala opposition (Mostafa) hanya 2.92% ! Gila . Sebenarnya negara Mesir ini bertunjangkan demokrasi ataupun sebaliknya hanyalah topeng kepada pemerintahan sosialis ? Peratus menang langsung tidak munasabah !
Mesir dan Harapan Kita
Reformasi pemerintahan bukan perkara yang asing dan ganjil di Mesir . Bahkan Mesir boleh dianggap sebagai negara yang paling berpengalaman dalam mewujudkan idea reformasi, tajdid dan pengislahan . Sejak zaman Firaun lagi, reformasi telah dilakukan ketika Nubians menjatuhkan dinasti Firaun qibti . Malah pasca gerakan reformasi moden (neo-reformation), yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh serta gurunya Syeikh Jamaluddin Al-Afghani dan Imam Hasan Al-Banna berjaya membangkitkan gerakan Islah bukan sahaja di Mesir malah seluruh dunia .
Walaupun begitu, sejak kudeta presiden Mursi tahun 2013 . Mesir kini bagai lesu bahkan seolah putus asa dalam melakukan perubahan kerajaan yang diperintah oleh pemerintah diktator, al-sisi . (Rujuk artikel saya review buku TAXI geopolitik Mesir) Bukan rakyat Mesir tidak mencuba untuk membantah tindakan presiden Mesir akan tetapi setiap tindakan yang dibuat akan dicantas oleh pihak pemerintah dengan pantas . Pada tahun 2015, hampir setiap sebulan pasti ada himpunan tunjuk perasaan secara kecilan di kawasan rumah . Akan tetapi, penunjuk perasaan tersebut cepat bersurai kerana akan dikejar oleh polis .
Malah saya ingat lagi pada bulan puasa, 2015. Kerajaan Mesir ada membuat penangkapan secara besar-besaran terhadap ahli pertubuhan ikhwanul muslimin . bahkan penangkapan tersebut berlaku di sekitar masjid sahabat yang saya selalu solat fardhu di situ . Pada tahun 2018 kini, apabila saya kembali ke Mesir . Penunjuk perasaan bagi membantah kezaliman pemerintah kini tidak lagi kelihatan .
Ekonomi Mesir semakin teruk
Ditambah lagi, keadaan ekonomi Mesir yang semakin teruk . Barang-barang keperluan, harga tambang transport awam, makanan-makanan asas semuanya makin menaik dengan pantas . Dulu bas ke universiti Al-Azhar harga 1.5 le terus naik 2 kali ganda kepada 3 le . Harga metro (kereta api bawah tanah) dari sejak zaman Husni Mubarak lagi tak pernah menaikkan harga metro tapi kini dari (2 le) ke (7 le) ! Cukai yang dikenakan terhadap barang-barang Mesir khususnya kredit telefon dikenakan cukai sebanyak 25 % ! Dahsyat !-Dan banyak lagi barang-barang yang semakin naik harga dan tidak tidak dapat disebutkan di sini .
Bukankah kenaikan harga barang adalah lumrah kehidupan globalisasi kini ? Bukanlah salah kerajaan semata-mata .
Sama juga kisahnya di Malaysia, walaupun keadaan ekonomi Malaysia lebih baik daripada Mesir . Saya setuju, kita tak boleh salahkan kerajaan seratus peratus dalam hal-hal kenaikan barang dan kos hidup yang semakin menaik . Tapi yang kita persoalkan adalah langkah praktikal kerajaan dalam membendung masalah tersebut .
Contohnya, langkah kerajaan dalam membelanjakan belanjawan negara seperti membelanjakan terhadap pendidikan dan pelaburan masyarakat . Menarik balik konsensus lesen terusan suez yang diberi kepada syarikat-syarikat eropah luar dan menjadikan ia sebagai hak milik Mesir bukan hak milik british ! (Rujuk kisah Hasan Al-Banna dalam menyelesaikan masalah ekonomi di terusan Suez) bukan semata-mata melaburkan terhadap tentera semata-mata (perbelanjaan negara Mesir banyak tertumpu kepada tentera daripada ekonomi dan pendidikan, malah syarikat minyak, bangunan kerajaan, markaz tentera dilihat semuanya berada di mana-mana sekitar kaherah) .
Antara yang perlu diteliti ialah, bagaimana kerajaan membelanjakan terhadap perkara yang betul-betul untuk rakyat ! Adakah untuk rakyat atau peribadi . Boros terhadap perkara remeh seperti konsert hiburan atau yang penting seperti membina jenama produk kereta baru dan sebagainya ?
akhir sekali, moga rakyat Mesir memperoleh kekuatan dan kesabaran untuk bangkit mengislah masyarakat, negara dan dunia. Moga saudara seIslam kita, sentiasa diberi taufiq dan kekuatan agar syariat dan keadilan dapat dilaksanakan di bumi barakah ini .
Add your comment