Di dalam kelas, Ustaz Abid mengajar dengan pantas . Kelajuan lain dari biasa . Tulis sedikit di papan putih lepas beberapa minit sudah dipadamnya . Dalam cuba mengikut rentak laju guru .
Aduh ! Pen pulak dakwatnya tersekat . Pen lain di dalam beg tulis juga ada masalah yang sama . Kawan sebelah pula bawa satu pen . Last sekali, saya ambil keputusan untuk ambil gambar di hadapan menggunakan telefon pintar . Minta izin, Malu tak malu terpaksa juga pergi ke hadapan kelas untuk ambil gambar agar dapat salin kembali ketika di rumah .
.
Habis kelas, kebetulan ada makcik arab yang agak kusam bajunya dan ada loket bergambar seorang lelaki seperti gambar lama di tepi jalan menjual pen banyak . Saya singgah di situ .
Saya bertanya kepada makcik; "berapa harga pen tersebut ? " .
Makcik arab tersebut membalas "ada 3 junaih (60 sen) , 2 junaih (40 sen)  dan 1.5 junaih (20 sen)" .
Sambil memilih pen untuk membeli, secara tiba-tiba makcik tersebut terus menghulurkan Al-Quran kepada saya .
tersedar dari mengelamun memilih pen, saya ambil sahaja Al-Quran tersebut dan terus bertanya "Al-Quran ini untuk apa ya ?" . Ketika itu dalam fikiran, beliau ingin suruh saya baca Al-Quran depan dia ke ? Aduh, pelajar perempuan lain pulak ada kat depan .
Rupa-rupanya, dia membalas "Al-Quran ini hadiah untuk kamu" . Saya terkejut ! Beliau terus bertanya tanpa menghiraukan ketergamamnya saya "kamu ada kawan tak ?" . Saya menjawab "ada, Kalau di rumah saya ada kawan lebih kurang 9 lagi" . Terus dia keluarkan lebih kurang 13 Al-Quran kepada saya melalui 'Karung Guni' beliau ! (Karung guni ! Bukannya beg !)
Dalam serba salah kerana banyak sangat Al-Quran beliau bagi, saya bertanya kepada beliau "apa tujuan makcik beri saya Al-Quran banyak-banyak begini ?" Dia membalas "sempena ramadhan ini, saya berharap moga-moga dengan bacaan Al-Quran oleh kamu semua (pelajar Azhar) Allah akan menerima segala amalan saya serta keluarga dan mengampunkan dosa kami juga memberi kesembuhan kepada anak saya !" .
Anak ? ... saya terlihat gambar lelaki di loket tersebut dan terus menunjukkan jari ke gambar tersebut . "Yang itu ke ?" . Makcik tersebut membalas . "Ya, aku sangat berharap dia sembuh kerana sekarang dia duduk di rumah kerana sakit" . Sambil memegang loket tersebut dengan mata yang sayu .
dengan perasaan yang mendayu, Aku terus mendoakan agar anaknya sembuh dan moga segala yang dihajati oleh makcik tersebut dikabulkan . kemudian aku beli pen dan mengucapkan terima kasih sebelum menaiki bas pulang ke rumah .
Nota : antara yang membuatkan aku takjub dengan makcik tersebut dan rakyat Mesir; makcik tersebut tidaklah kaya, hanya menjual pen di tepi jalan untuk menampung sara hidup . Memakai baju yang serba sederhana. walaupun begitu, Makcik tersebut tetap 'bersedekah' walaupun dalam serba kekurangan .
Kawan saya pernah menyebut, "sepatutnya bersedekah BUKAN apabila sudah senang dan kaya ! Akan tetapi sedekah itu apabila kita susah dan tiada duit ! Ketika itulah Allah akan menolong kita malah akan diberi rezeki yang tidak disangka ! 
Surah Al Baqarah, Ayat 272
لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۗ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنْفُسِكُمْ ۚ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan).
Hadis :
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).
Moga Allah merahmati makcik tersebut dan dikabulkan apa yang dihajati . Mudah-mudahan kami tergolong dari kalangan orang yang rajin bersedekah terutama pada bulan ramadhan !
P/s : nama makcik tersebut adalah 'ummu mudhak' atau boleh panggil 'ummul karim' ! Ummu mudhak bermaksud 'ibu kegembiraan' . Kena sangat dengan jiwa beliau, walaupun seteruk mana kehidupan . Beliau tetap senyum dan gembira ketika berjumpa tadi .

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS