STAM SUSAH ATAU SENANG ?

in , , , by Haiqal sanif, November 28, 2017



STAM susah atau senang ? 

Dalam menjawab persoalan ini, ia terlalu subjektif dan bergantung kepada jawapan individu masing-masing . Bagi pelajar yang tidak ada asas bahasa arab maka ia susah . Bagi juga pelajar yang pernah belajar bahasa arab maka ia mudah . Kalau pendapat penulis sendiri, STAM boleh dikatakan senang ;) 


STAM atau mana-mana peperiksaan pun jikalau tidak usaha sememangnya susah akan tetapi jikalau kita sebenar-benarnya usaha maka keputusan menjadi sebaliknya . 

Pertama sekali sebagai permulaan, STAM bermaksud "Sijil Tinggi Agama Malaysia" . STAM mengandungi 10 subjek dan kesemuanya berbahasa arab tiada bahasa Melayu, tulisan jawi etc . Risikonya, gagal 1 subjek maka kita gagal semua dan untuk pergi ke Al-Azhar, paling minima kini(2017/18) adalah Jayyid keseluruhan (boleh katakan sebagai C). 

Mudah cerita STAM ini kebanyakannya akan pergi ke Mesir kebanyakannya .  Kalau ingin masuk ke universiti awam melalui STAM maka kita perlu mendapat paling kurang jayyid keseluruhan dalam STAM dan antara universiti yang menerima pankat jayyid adalah UKM mengikut piawaian syarat kemasukan ke universiti awam 2017 dan 2018 kini . 

STAM ini mengikut pengalaman dan bersembang dengan orang-orang lain . Sememangnya STAM ini belajar ketika trial pun masih sempat skor "Mumtaz Sofi" (mumtaz keseluruhan atau straight A) . Kerana kebanyakan subjeknya berkaitan fakta dan teori . Maka kita boleh hafal dan skor . Sebab kebanyakan subjek STAM memang perlu banyak menghafal . Cuma 'insya dan mutalaah' (karangan bahasa arab) memerlukan banyak latihan tapi boleh skor kalau selalu buat latihan . Jangan risau, jikalau ingin mengambil bidang agama . STAM antara alternatif yang terbaik untuk masuk di dalam bidang agama . 

Kita akan pergi subjek-subjek STAM secara satu persatu . STAM ada 10 subjek :-


1) Al-Quran dan Tajwid : untuk subjek ini, ada 4 surah yang wajib kita hafal dan surahnya adalah, surah Luqman, Sajadah, Saba' dan Fatir . Manakala tajwid seperti yang kita belajar di sekolah rendah tetapi dalam bahasa arab jadi pemahaman tajwid kita dah tahu cuma tinggal hafal sahaja yang dalam bahasa arab . 

2) Feqah wa mirath : Feqah mengikut silibus STAM membincangkan bermula dari talaq, sehingga aqiqah . Kemudian kita akan mempelajari perwarisan harta (mirath) . 

3) Tauhid/Mantiq : Sebenarnya disimpulkan dalam tauhid ada juga subjek akhlak . Oleh itu kita mempelajari seolah 3 subjek dalam subjek ini . Mantiq mungkin perlukan pemahaman yang lebih mendalam tapi insyaAllah tidak susah kalau usaha lebih . Mantiq lebih memfokuskan kepada tasdiqat dan tasawwurat secara asas 

4) Tafsir wa ulum tafsir : kita akan mempelajari 4 surah dalam tafsir kemudian kita akan mempelajari ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran itu sendiri seperti Al-Quran turun di mana etc secara ringkas . 

5) Hadis wa ulum hadis : menerangkan berkenaan Hadis dan ilmu-ilmu berkaitan hadis . Cth : apa itu hadis sahih, hasan, marfu' etc . Banyak hafal istilah, dan setiap tahun hadis yang akan masuk hanyalah lapan drpd tiga puluh tiga hadis  ! Manakala ketika syafawi (memperdengarkan hafalan hadis kepada guru) hadis yang perlu hafal ada lapan. Ada yang pendek dan ada yang panjang SEDIKIT. Jangan risau ! Anda boleh hafal !  

6) Nahu sorof : tatabahasa arab . 

7) Insya mutolaah : karangan arab (insya') dan mutalaah ni adalah petikan . Ambil maklumat dari petikan utk isi dalam jawapan lebih kurang seperti b.arab SPM . Bahkan pendapat peribadi, insya' mutalaah STAM lebih senang dari SPM disebabkan di dalam mutalaah kita boleh beri banyak jawapan ! Jikalau ragu dengan jawapan kerana ada pilihan jawapan lain, just tulis je semua . Pemeriksa akan pilih yang betul ! 

8) Adab dan nusus : subjek yang katanya subjek 'killer' tapi insyaAllah x susah . Ilmu yang menceritakan sejarah + sastera arab itu sendiri . Bermula dengan sastera arab pada zaman uthmaniyyah sampailah habis . Kemudian 'Nusus' adalah syair arab. Sebahagian syair perlu kita hafal, tapi InsyaAllah mudah . 

9) Arudh Qafiyyah : ilmu yang berkaitan dengan syair . Mempelajari bahar-bahar seperti sohih etc . Qofiyyah lebih khusus kepada huruf ataupun hujung syair . Subjek yang paling mudah ! 

10) Balaghah : ilmu yang membicarakan makna-makna sebalik ayat-ayat tersebut . Insya' tolabi, tauriah etc . Boleh jikalau faham konsep teori subtopik, senang je faham ! 

Ilmu-ilmu ni mengikut silibus al-Azhar  dan kebanyakan pusat STAM mengambil selama setahun untuk mempelajari 10 subjek ini . Sebenarnya asal subjek-subjek STAM ini ada 19 subjek tapi oleh kerana ia gabungkan seperti Al-Quran + Tajwid jadi 1 subjek . Nahu + sorof jadi 1 subjek . 

Mudah-mudahan artikel ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan yang teringin mengambil STAM . Jikalau anda inginkan sebarang maklumat berkenaan STAM atau ingin tanya serba sedikit info berkenaan STAM mahupun tanya berkenaan tempat untuk ambil STAM boleh dm di instagram (@ukail.s_)  atau whatsapp( boleh minta di instagram). Saya merupakan bekas pelajar di maahad Imtiyaz tempat pengambilan STAM saya . Jikalau inginkan sebarang info berkenaan tempat STAM ini juga boleh dm :) . 

Saya belajar STAM hanya 6 bulan pada bulan 4 secara tepatnya . Walaupun lambat tapi Alhamdulillah masih boleh score lagi, jikalau ada sesiapa perlukan tips mahupun pertolongan . Saya cuba bantu InsyaAllah ! 

#MumtazUntukUmmah 
SHARE 84 comments

Add your comment

  1. Boleh ke kalau pelajar biasa yang takde aliran bahasa arab tapi nak ambik stam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat boleh . STAM merupakan alternatif yang terbaik dari aliran lain untuk masuk dalam bidang agama.

      Delete
    2. Salam. Saya akan menghadapi temuduga stam tak lama lg. Boleh tak share apa yg ditanya oleh penemuduga..

      Delete
    3. adakah untuk menduduki peperiksaan STAM seseorang itu hanya perlu mahir Bahasa Arab??macam mana dgn pembelajaran utk Subjek2 lain??

      Delete
    4. Ramai yang tak mahir sangat pun dalam bahasa arab, sama juga dengan pelajar yang pergi ke Mesir. Takde basic arab still boleh lulus dan jikalau usaha lebih InsyaAllah boleh dapat mumtaz

      Delete
  2. Mmg semua subj dlam arab arab ke. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya . Semua subjek dalam arab . Tapi bagi sesiapa yang takut dengan bahasa arab . Bagi saya, persoalan ni boleh diatasi dengan kesungguhan . Saya ada kawan yang tidak ada basic bahasa arab tapi mampu juga lulus STAM, bergantung pada individu

      Delete
    2. Nak tanya kalau saya ada lulusan pondok modern darussalam gontor putri1 di indonesia. and saya nak amik stam waktu umur 20.. Saya ade basic bahasa arab..

      Delete
    3. Boleh sangat, rasanya anda sudahpun mempunyai basic yang kuat

      Delete
  3. ukali sye perlukn bantuan anda..nk amik stam bulan 12 ni..pape reply ye

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Kalau dia dah umur 20 Tapi nk amik stam .. Dia x tahu pasal Arab Boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, di sekolah saya umur 40-an masih lagi ambil STAM dan bahasa arab boleh belajar. Saya ada beberapa kawan juga yang tidak tahu bahasa arab, bukan alian agama, bahasa arab sangat lemah tapi akhinya lulus juga. Jadi tidak mustahil.

      Delete
    2. Kalau x de SPM Boleh ke amik STAM

      Delete
    3. boleh, umur 20 boleh ambil STAM tanpa SPM . Walaupun begitu, perlu lihat kepada sekolah tersebut, bukan semua yang menerima. Adapun, sekolah saya menerima pelajar tanpa SPM.

      Delete
    4. Sekolah apa ya yang menerima stam tanpa spm

      Delete
  6. Anak saya umur 15tahun pelajar dimadrasah sepenuhnya tahfiz dari umur 13 tahun dan kini sudah menghafal 15juzuk. Tiada PT3 tapi cemerlang dalam UPSR. Saya plan nak dia ambil STAM. Bagaimana carannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habiskan SPM dahulu, kemudian baru ambil STAM

      Delete
  7. Dekat mana ye boleh ambil stam ? Sy rancang nak ambilkan stam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadang ambil di maahad imtiyaz, ipoh perak

      http://www.akademiikatanmuslimin.edu.my/maahad-imtiyaz/

      Delete
  8. Assalamualaikum, boleh saya tahu dimana tempat anda ambil STAM dalam jangka masa yang pendek tu. sebab saya nak hantar anak saya untuk STAM tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, saya ambil di maahad imtiyaz, ipoh perak.

      http://www.akademiikatanmuslimin.edu.my/maahad-imtiyaz/

      Delete
  9. stam ni belajar spenuhnya dalam bahasa arab ke ? mksd saye , cg ii brcakap dlm bahasa arab sepenuhnya ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku semua dalam bahasa arab, cuma penerangan cikgu Kebiasaannya bahasa Melayu. Tapi bergantung kepada guru juga

      Delete
  10. memang tiap ii tahun surah hafazan stam same ke ? atau tiap ii tahun berbeza beza surah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya 4/5 tahun silibus akan tukar. Ertinya surah hafazan akan kekal dalam 4/5 tahun sehinggalah diberitahu untuk ditukar.

      Tapi mungkin sistem dah lain sekarang, boleh rujuk mana-mana pusat STAM

      Delete
  11. di mana saya boleh ambil stam? boleh beri alamat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan untuk ambil di sekolah lama saya kerana guru-gurunya hebat


      http://www.akademiikatanmuslimin.edu.my/maahad-imtiyaz/

      Delete
  12. Assalamualaikum boleh kah saya yang tak ada basic bahasa arab/aliran agama ketika SPM untuk mengambil STAM.Ada cadangan tak di mana tempat yang saya boleh belajar bahasa arab.

    Syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt,
      Ikut sekolah dan saya cadangkan ambil di Maahad Imtiyaz Ipoh

      Delete
  13. Boleh ke masuk stam tanpa SMA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SMA ni disyaratkan pada sesetengah negeri seperti Selangor. Selain selangor atau sekolah swasta boleh je apply

      Delete
  14. Saya belajar sekolah agama suasta...sekarang saya 19 tahun..n sekolah saya tu tak termasuk sekali dengan sijil stam..sejarang saya dah tamat pelajaran dan bagaimana cara untuk saya ambil sijil stam

    ReplyDelete
  15. Saya belajar sekolah agama suasta...sekarang saya 19 tahun..n sekolah saya tu tak termasuk sekali dengan sijil stam..sejarang saya dah tamat pelajaran dan bagaimana cara untuk saya ambil sijil stam..dan saya takda spm,boleh ka?

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas perkongsisn yg hebat dan positif.

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum. Saya perlukan no fon tuan untuk tmbhn info. Saya tak ada insta. Boleh email saya dlm kadar segera.

    ReplyDelete
  18. Assalam bole saya tau tk pelajar yg gagal dlam peperiksaan stam layakkah untuk smbg belajar dimana2 institusi pengajian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini seingat saya wajib lulus paling kurang maqbul untuk IPTS, jikalau IPTA minimum Jayyid

      Delete
  19. Assalam tuan..nk tye klu sma sya jayyid boleh dpt x stam???

    ReplyDelete
  20. Selalu stam mula bila?,brapa subjek stam secara keseluruhannya?

    ReplyDelete
  21. Lepasan madrasah belajar alim . Boleh tak ambil stam ?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum... Sya lepasan spm, umur 19...tak ada basic bhsa Arab.. Boleh ka sy menduduki STAM??

    ReplyDelete
  23. Lepasan madrasah ada sijil Alimah ada smramm tpi tak dak SPM boleh ambil x stam.skrg umur 21 dah berkahwin.saya

    ReplyDelete
  24. Di maahad imtiyaz tu belajar keseluruhan 10 subjek atau just ambil exam stam di situ? Saya takda spm umur 19 tahun diterima ke sebagai calon persendirian di situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena belajar untuk score dan ambil keberkatan

      Delete
  25. Boleh bagi no telefon guru di maahad imtiyaz ? Saya tak tahu nak belajar di mana 10 subjek tu.. Dan saya tak tahu nak daftar di mana sebagai calon stam, Adakah calon persendirian seperti saya diterima?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try di sekolah Imtiyaz tu, boleh try search Maahad Imtiyaz Ipoh di google InsyaAllah keluar

      Delete
  26. Saya x dak asas Bahasa arab..jadi mcm mn ehh

    ReplyDelete
  27. Belajar 10 subjek tu dlm 1 tahun ke mcm mn???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung sekolah, ada yang 2 tahun. Tapi banyak sekolah buat setahun

      Delete
  28. Boleh bagi nombor whatsapp Ustaz

    ReplyDelete
  29. ASSALAMUALAIKUM SAYA NAK TANYA SAYA TAHUN INI 2021 AKAN MENDUDUKI SPM SAYA CADANG NAK AMBIL STAM UNTUK TAHUN2022
    SAYA TAK BERSEKOLAH DI SEKOLAH AGAMA SAYA BERSEKOLAH DI SEKOLAH MENEGAH HARIAN BIASA DAN SAYA TAK ADA BASIC BAHASA ARAB SAYA TERINGGIN SANGAT NAK SAMBUNG STAM BOLEH KE MOHON PENCERAHAN TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Hai assalamualaikum. Sy nk tanya kalau umur 20 tapi takde spm boleh masuk stam juga ya?

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Hi Assalamualaikum
    Saya ade baca kalu nk amik stam kena ikut kurikulum ma'ahad al buuth mesir dlu.
    Kalau calon Persendirian yg nk belajar sendiri kne ikut kurikulum tu ke?

    Mohon pencerahan... Syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. STAM tu memang kukurikulum buuth, belajar stam seolah belajar buuth tapi buuth lagi power

      Delete
  34. Saya dulu lepasan MRSM. Pure sains la ni. Langsung tiada basic agama atau arab di sekolah menengah tinggi. Bolehlah ambil STAM?

    Sebab saya baca masa SPM mesti pernah amik subjek arab atau syariah.. tapi saya baca artikel awak ni, ada yg tiada basic arab/agama pun boleh amik STAM.

    Keliru saya

    Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ambil, kena pergi swasta. Yang mensyaratkan tu bukannya KPM tapi sekolah tu. Antara sebab dia mensyaratkan sebab takut budak ni tak ada asas. Jadi susah nak belajar arab terus. Tapi macam saya kata, boleh je study stam terus. Noprob

      Delete
    2. mantapla haiqal penerangan awak. jzkk tq

      Delete
  35. Nak tnye... Klau lepasan madrasah yg ada aliran blaja kitab2 arab semua. Boleh ke tros nak ambil stam. Bole x

    ReplyDelete
  36. Blh bgi tips utk dpt mumtaz dlm stam?

    ReplyDelete
  37. Saya dh berumur 24 tahun, dulu ambil spm masa umur 17. sekolah mana yg boleh sy mohon utk masuk belajar stam?

    ReplyDelete
  38. Assalamualakum...nak tanya.. agak² sempat ke kalau nak belajar SILIBUS STAM time PDPR ni..dan hafal 4 Surah...dalam masa 7 bulan ni..sebab katanya periksa tahun depan bulan 3...saya agak ketinggalan time PDPR ni...maaf mengganggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt, Banyakkan hafal. Tidak ada istilah terlambat, sebulan sebelum stam pun masih boleh cemerlang

      Delete
  39. Assalamualakum...abang ada tak tips belajar STAM..sebab saya masuk agak lambat...Dan saya agak down sebab tarikh peperiksaan semakin hampir...kadang² saya kurang faham akan silibusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkan hafal. Tidak ada istilah terlambat, sebulan sebelum stam pun masih boleh cemerlang

      Delete
  40. Assalamu'alaikum , boleh tahu tak macam mana temu duga STAM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. temuduga stam bergantung sekolah, kalau di maahad imtiyaz boleh je masuk. Mungkin pengetua akan tanya lebih kepada minat stam macam mana. itu sahaja

      Delete
  41. stam ni tkde subjek teras eh, mcm math ke English ke

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum.. saya nak tanya if sekolah biasa, ambil aliran KAA, b. arab dan KKQ cemerlang, boleh ke ambil STAM?

    ReplyDelete

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS