Ayam Bakar Supreme ! (Student recipe)

in , , , , , by Haiqal sanif, September 16, 2018
Ayam Bakar Supreme ! (Student recipe)

Bahan (untuk 10 pax)

Ayam bahagian peha x4 
Kentang x2 biji 
Oven

Bahan perap:

- Serai, 3 batang
- Halia 1 inci 
- 2-biji Tomato
- cili kering x10 tangkai
- Cili hidup 2 biji 
- 2 sudu bijian ketumbar
- 1 sudu jintan
- 1/2 sudu bijian lada hitam

Perasa

- garam
- Gula
- Madu
- Sos Tomato

Cara masak

1) Blend semua bahan perapan (A) dan potong whole leg kepada 3 bahagian 
2) potong kentang tersebut mengikut citarasa sendiri (jangan nipis sangat) dan rebus dahulu sehingga lembut, dan nak tahu kentang sudah masak atau belum, cucuk garpu di dalam kentang, lembut atau keras. Jikalau keras lagi, maka perlu rebus lagi.
2) Lumurkan bahan perapan dan letakkan sekali madu, sos tomato dan gula garam secukup rasa pada ayam dan kentang (sebaiknya perap 1 atau 2 jam).
3) Masukkan dalam oven dalam suhu 250c, tunggu sehingga 1 jam. (Pastikan tengok ayam sekali sekala, ini sebagai anggaran)
4) Ayam tak perlu kering sangat, tapi cukup kalau ayam sudah dimasak. Nak tahu bagaimana sudah masak atau belum, cucuk dengan garpu. Siap !

Ayam bakar lebih mudah dimasak berbanding masak seperti biasa. Kita boleh prepare bahan perapan lebih awal, esoknya cuma bakar. Tambah mudah lagi, kita dapat study sambil ayam sedang dibakar . Sesuai sangat nak impress ahli sebilik atau keluarga. Percayalah, lelaki, hatta kalau boleh masak telur goreng pun, mak kata dah pandai masak. Apatah lagi, masak ayam bakar begini. Akhir sekali, ia amat sesuai dimasak kerana mudah, jimat duit dan masa !


Sebelum


Selepas ! 


SHARE 0 comments

Add your comment

2025 © Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS