TIPS MUMTAZ STAM (2018)

in , , by Haiqal sanif, February 25, 2018
Tips mumtaz STAM

Sebenarnya nak cemerlang dalam STAM memang mudah . Subjek STAM kuncinya adalah hafal . Jikalau dapat hafal dengan baik maka boleh cemerlang dalam STAM . Antara subjek yang perlu hafalan banyak hadis (8 hadis ), al-quran tajwid (4 surah pilihan), adab nusus (syair arab) . Tapi boleh insyaAllah untuk cemerlang cuma kena hafal dan bersiap sedia awal-awal. 

1) niat kena jitu dan bersungguh- sungguh dalam belajar

2) prepare nota siap-siap . Jikalau berkenaan bab nota ni, saya selalu print dan photostate siap- siap . Saya akan cari nota yang mudah dan lengkap . Sesetengah orang rajin menulis dan buat nota sendiri . Tapi mengikut pandangan peribadi, saya tak buat nota sendiri kerana makan terlalu banyak masa sehingga tidak sempat untuk belajar . Jadi saya lebih suka download nota dan print nota yang sesuai dengan saya. 

3) Jangan cepat putus asa dan down bila tidak faham pelajaran dan masuk lambat ambil stam . Haha . Pening jugak belajar mantiq, nahu sorof dan adab nusus . Kebanyakannya subjek yang kita tidak pernah belajar atau lebih advance . Bnykkan belajar secara berhadapan dengan guru . Rajinkan diri jugak bertanya soalan yang tidak faham . Itu perkara utama yang saya buat jikalau tidak faham pelajaran . Tenang, saya sendiri pun banyak tidak faham pelajaran dan masuk lambat belajar stam (bulan 4) tapi boleh jugak akhirnya . Dalam fasa awal pembelajaran STAM, memang kita akan rasa begitu . Jadi tenang je lah . Lama-lama ok lah tu. 

4. seringkali kita berjumpa dengan orang yang langsung tidak bersiap-sedia untuk peperiksaan dan bila mana peperiksaan semakin hampir, dia akan rasa putus asa dan cepat 'down' . Dalam STAM, lagi sebulan nak belajar pun boleh cemerlang lagi dalam STAM . Betul ! Tapi dalam masa sebulan tersebut memang kena pulun habis . Petang tak main bola, tidur pkul 12 bangun pukul 4 dan sebagainya . Jangan putus asa kerana kita masih ada peluang lagi untuk cemerlang ! Bukan untuk sekadar lepas STAM sahaja .

5. Tolong JANGAN PERCAYA 100% SOALAN SPOT . Jangan percaya SOALAN tapi TAJUK secara analisis sesetengah kita boleh percaya . Saya boleh katakan, kalau ingin cemerlang tidak boleh tidak perlu baca semua dan hafal semua . Tapi kalau hanya ingin sekadar lepas sahaja, baca yang target melalui analisis sahaja pun boleh . Tapi sayang sangat sebab jikalau kita tidak berbuat secara bersungguh-sungguh kan rugi ?
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ
69. Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik

6. Ada orang tanya saya, bagaimana cara saya belajar ? kalau dah lagi sebulan, boleh cemerlang . Kiranya study last minute ke ? 

Untuk jawab soalan ni, sejujurnya saya bukannya study last minute sngt . Saya ngaku time stam sebenar pun saya malas jgk . Sembang sakan dngn kawan dr petang (waktu free) smpai pkul 12 pagi . Kalau ada bola, tengok bola juga . Haha . Pkul 12 baru study smpai pkul 3 pagi . Cumanya saya buat last minute camtu sebab saya dah 'pastikan' sebelum 1 bulan seblum periksa . Saya akan study btul2 dan pastikan seblum 1 bulan nk periksa, saya dah faham smua mata pelajaran dan tidak ada yg tidak faham . Klau ada yg tak faham, tnya guru awal2 . Jumpa guru one on one .

7. Akhir sekali, banyakkan amal ibadat dan jaga hubungan dengan guru serta ibu bapa . Buat kebaikan jangan berkira, ada usrah ikut . Jikalau ada kelas, usaha sehabis baik jangan ponteng. Dah belajar agama dan smpai ke peringkat STAM, hentikanlah mencarut, merokok dah . Kita nak belajar agama ni kena lebih insaf disebabkan kita ini orang yang mendalami agama betul-betul dan akhir sekali kena islah umat ! Moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang yang beramal. 

Jikalau ada apa-apa permasalahan berkenaan STAM . Nak sambung mana ? Berbaloikah ambil STAM ? Etc . Boleh dm insta ukail.s_ atau minta nombor tell untuk bersembang dengan lebih lanjut . Semoga bermanfaat dan membantu . Moga berjaya dengan apa yang kita citakan . Amin
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ukail doakan batch STAM AIM 2018. Hehe doakan juga untuk ana dan ikhwah lain dapat pi sambung Azhar. Dapat jumpa enta hahaha. Tq share tips hehehe.

    ReplyDelete
  3. salam ukail. pakcik nak tanya boleh ?

    ReplyDelete
  4. doakan saya stam 2019 tahun ini

    ReplyDelete
  5. Doakn saya dan kwan2 stam cemerlang 2020..terima kasih

    ReplyDelete
  6. Doakan kami stam mumtaz utk batch kami dgn ujian covid ni

    ReplyDelete

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS