HIMPUNAN BANTAH ICERD #812

by Haiqal sanif, December 10, 2018

Saya ingat lagi tahun 2015, Seorang hamba Allah swt memberi saya satu file '30 soalan Melayu Sepakat Islam Berdaulat' untuk berkenalan lebih dekat dengan agenda ISMA.

Hakikatnya, perhimpunan ini bukan lah dianjurkan oleh mana-mana politik tapi direncana oleh gabungan NGO UMMAH yang dipimpin oleh Haji Aminuddin Yahaya nerangkap Presiden ISMA sendiri.

Penganjuran perhimpunan oleh UMMAH #812 bagi saya tepat seperti dijangkakan oleh Ust Abdullah Zaik, Amir ISMA dari dahulu lagi . Berikut adalah kata-kata beliau yang saya ambil :-

"Kalau  kita  perhatikan  di  situ,  dalam  slogan  kita  Melayu  Sepakat  Islam  Berdaulat ini  sebenarnya,  dia  akan  menjadikan  ISMA  ini  mesra  Melayu  dan  ISMA  mesra  Islam dan  selalu  kita  sebutkan  ISMA  akan  mendamaikan  hubungan  antara  Melayu  dengan Islam.  Jadi  sebenarnya  agenda  ini  adalah  agenda  yang  layak  mendapat  sokongan, sesuai  mendapat  sokongan  daripada  sesiapa  sahaja  dan  kita  sendiri  dengan  pendirian kita  begitu,  kita  tidak  membina  konfrontasi  dengan  mana-mana  pihak "

"hal  ini sebab  tidak  ada  satu  pun  badan  politik  atau  NGO  yang  boleh  survive  pada  masa  akan datang  jika  sekiranya  dia  mengabaikan  aspek  ini.  Cakaplah  mana  pihak  sekalipun, kalau  dia  tidak  mengambil  kira  Islam,  dia  terkeluar.  Kalau  dia  tidak  mengambil  kira Melayu,  dia  pun  terkeluar (daripada  persaingan)"

"Sebab  itu  bila  kita  bawa  gabungan  antara  Melayu  dengan  Islam  maka  ia  adalah  suatu kekuatan  yang  akan  menjadi  sumber  kepada  sesiapa  saja  yang  ingin  berjuang. 'Maknanya,  sesiapa  yang  peka  dan  faham  perjuangannya  yang  sebenar,  dia  akan kembali  kepada  dasar  kita (ISMA)"

Pada  hakikatnya  nanti  apabila  jelas  fikrah kita,  apabila  jelas  pandangan  kita,  apabila  kita  dapat  jelaskan  pada  masyarakat,  maka akan  berlaku  'satu  perubahan  besar',  kerana semua  orang  akan  merujuk  kepada  isu  yang sama. Sekarang  ini  tiada  siapa  berani  kalau  kita  perhatikan  dalam  perkembangan  semasa 

Sebab  itu  ISMA  cukup  yakin,  apabila  kita  betul-betul  dapat  bawa  ataupun ketengahkan  projek,  agenda  ini,  maka  'kita  akan  menjadi  badan  yang  menjadi  paksi kepada isu  perjuangan  yang  dibawa oleh  mana-mana tokoh atau  badan-badan  lain”



*(Untuk jawapan penuh, boleh lihat dalam pdf tersebut 30 soalan Melayu Sepakat Islam Berdaulat soalan 14, ms 18).


Kata-kata ini terbukti relevan pada masa kini, dan menjadi bukti bahawa agenda kita kini diterima masyarakat kemuncaknya perhimpunan yang dianjurkan oleh UMMAH #812 yang dipengerusikan oleh Haji Aminuddin, Presiden ISMA .

Saya pasti ahli ISMA terutama ahli ISMA terawal yang pernah dikeji, diifitnah, diugut dan pelbagai prasangka buruk. Kini pasti mereka berasa puas, kerana agenda kita kini diterima oleh masyarakat.

saya cuma ingin menyampaikan bahawa ahli ISMA sekalian, anda adalah PENDEKAR YANG TIDAK BERNAMA .


MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT



Bantah ICERD dari Kaherah, Mesir oleh ISMA caw.hayyu Sabi'


SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS