
TAXI karangan Khaled Al-Khamissi adalah sebuah buku yang menceritakan tentang kisah sebenar penulis mendengar segala penceritaan lisan pemandu teksi di Mesir . Penceritaan lisan ini berjaya menerangkan
fasa sebelum kebangkitan Mesir dan serba sedikit realiti masyarakat Mesir .
fasa sebelum kebangkitan Mesir dan serba sedikit realiti masyarakat Mesir .
Buku geopolitik ini sangat bagus dengan menceritakan cerita luar dalam seharian di Mesir mengikut lisan orang Mesir sendiri sebelum revolusi (mubarak). Dari buku ini, kita dapat mengetahui kesusahan yang dahsyat dan perangai mereka yang jelek akibat tekanan hidup di Mesir .
Bagaimana sebuah negara yang pernah mengalami fasa pemerintahan beraja, sosialis dan demokrasi yang akhirnya semua sistem tersebut hanyalah retorik dan gagal semata . Membuktikan demokrasi yang terkini juga pernah dilaungkan sebagai sistem yg paling adil namun gagal mengangkat keadilan yang sebenarnya .
Quote dari penduduk Mesir "Aku dulu sangat mencintai Mesir, tapi melihat Mesir sekarang sampa satu tahap aku semakin benci dengan negara ini kerana hidup rakyat bagai tiada nilai . Hidup dua kerja tapi sia-sia". Buku ini terkenal sehingga diterjemahkan pelbagai bahasa . Buku yang sesuai untuk santai minda
Apabila membaca cerita luar dalam Mesir dan menetap di Mesir dengan mata sendiri . Timbul rasa kasihan dengan rakyat Mesir yang terseksa di negara sendiri dek kerana keratusan pemerintah . Nampak Mesir seolah demokrasi akan tetapi sebaliknya hanyalah pimpinan diktator yang dibayangi oleh pemimpin mereka sendiri . Memilih selain presiden mereka kini boleh mengancam nyawa ! Akan tetapi sesetengah mereka ada yang baik dan ada juga yang jahat . Kadang, rasa geram malah marah terhadap sebahagian orang Mesir ini yang selalu mengganggu orang Melayu seperti cubaan seksual, mencuri, menipu dan lain2 . Moga Allah memberi jalan yang terbaik untuk penduduk Mesir .
Add your comment