Trip kuda ke Giza sangat menarik . Ia malah menjadi riadah kegemaran ramai pelajar Malaysia kini . Untuk pergi ke daerah giza (pyramid) di tempat kuda tersebut . Kami perlu merentasi sungai Nil dahulu dan jalan yang paling cepat adalah menaiki Metro (train bawah tanah) . Keseluruhan total transport untuk ke giza dalam 13 le (rm 3) .
Sampai sahaja di Giza, ambil tremco (van, transport utama Mesir) ke kandang kuda dan kami dijemput tuan kuda tersebut . Sampai sahaja di sana, kami diberi pilihan untuk pilih kuda mana sahaja yang kita sesuai . Walaupun begitu, tuan kuda tersebut akan bagi kita menaiki kuda terbaik dia jikalau dia pandai kawal kuda tersebut . Harga untuk menaiki kuda dalam 150 le (rm 45) untuk sekali perjalanan . Harga bagi saya agak munasabah dan sesuai kerana perjalanan kami tersebut agak jauh dan sambil berlatarbelakangkan pyramid Giza .
Apa beza kuda Malaysia dan Mesir ?
Kuda Mesir lebih lasak, mengawal kuda Mesir agak susah kerana mereka selalu lincah berlari di padang pasir. Malah perlu belajar lama untuk menaiki kuda . Apatah lagi ketika kuda memecut secara tiba-tiba, jikalau kita tidak dapat kawal kuda, kita akan mudah jatuh di pasir dan jikalau jatuh ketika kuda berlari dan boleh mengancam nyawa .
Pada mulanya, menaiki kuda rasa biasa . Bila sekali je naik di sini, rasa gian dan seronok menaiki kuda, sungguh !
Balik sahaja dari sesi kuda pada maghrib, kami menaiki Uber kerana sudah senja dan keesokannya badan dah mula sakit-sakit disebabkan berlari bersama kuda . Sebenarnya menaiki kuda itu juga dikira senaman dan latihan otot bukan sekadar medium transport seperti kereta sahaja tapi mempunyai faedah . Sambil bersenam dapat juga keseronokan .
Add your comment