Resipi mudah khususnya untuk students

Bahan-bahan untuk 5/6 orang .

- Spaghetti 600 gram
- Daging atau ayam (ikut suka, biasanya 500 gram tapi ikut bajet anda)
- 2 sudu mentega
- Bawang putih lima ulas (lagi banyak lagi sedap)
- Bawang merah 2 biji bersaiz sedang
- 1 litre susu
- 1 sudu tepung jagung yang dibancuh dengan air (memekatkan kuah)
- Satu kiub ayam

Rempah
- ketumbar 1 sudu setengah (diketuk)
- lada hitam 1 sudu (diketuk)

Cara masak 

Spaghetti
- rebus dan letakkan sedikit minyak agar spaghetti tersebut tidak melekat

Kuah carbonara 

- Hiris bawang merah dan bawang putih.

- letakkan 2/3 sudu mentega dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.

- Masukkan daging/ayam dan rempah-rempah iaitu ketumbar dan lada hitam kemudian tumis sehingga masa.

- Selepas isi sudah pun masak, masukkan 1 litre susu dan bancuhan air tepung jagung.

- Tunggu seketika sehingga masakan sudah sebati, masukkan satu kiub ayam dan gula garam secukup rasa. Siap !

Resipi Spaghetti Carbona jimat dan sesuai untuk student. Bolehlah try masak dan kasi impress kawan yang duduk satu rumah sewa dengan kita

Di Mesir, spaghetti dan macaroni adalah makanan ruji bagi orang arab khususnya selepas perancis memasuki Mesir yang dipimpin oleh Napoleon Bonaparte (Pemimpin yang amat berpengaruh ketika itu) dari 1798 M - 1801M . Budaya makanan perancis dan itali turut meresap di dalam kehidupan orang Mesir yang bukan sahaja, spaghetti tetapi pizza dan roti-roti seperti croissants dan seumpamanya.

masak spaghetti di Mesir dikira antara yang menjimatkan kerana barang-barangnya lebih murah berbanding Malaysia dan ini antara cadangan menu yang senang dimasak dan jimat.


Masak sempena kehadiran ahli rumah baru dan dia jenis kuat makan. Haha


SHARE 0 comments

Add your comment

2025 © Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS