Tujuan belajar adalah mendekatkan diri kepada Allah . Tetapi jikalau belajar agama kita seolah 'tidak beragama' dan tidak rasa bersalah ketika buat dosa dan belajar buku agama hanya pada teks dan tidak pada rohani .
Adakah tercapai matlamat belajar kerana Allah ? Bagaimana para duat ingin menyedarkan masyarakat kepada Islam jikalau belajar hanya pada fakta tidak pada ibrah ?
Kaab bin Malik meriwayatkan hadis,
"Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) bagi menyaingi ulama ataupun berbahas dengan orang jahil, ataupun supaya dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka."
Ririwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim .
Berkata juga Imam Abu Hanifah (150 H) dalam syairnya :
من طلب العلم للمعاد، فاز بفضل من الرشاد،
فيا الخسران طالبيه، لنيل فضل من العباد .
Sesiapa yang menuntut ilmu untuk akhirat,
Berjayalah dia mendapat ganjaran dari Tuhannya yang pemberi petunjuk,
Alangkah rugi mereka yang menuntut,
Hanya untuk mendapat pemberian daripada seorang hamba .
Moga Allah jauhi kita daripada golongan yang belajar untuk mengagumi manusia berbanding menjadi hamba Allah yang mukhlis ! Nauzubillah .
Bagaimana anda menilai ketakwaan seorang agamawan itu?
ReplyDeleteMinta pendapat dlm hal ni.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNatijah takwa itu pada akhlaknya . Jikalau seseorang itu bertakwa, maka dia pasti akan jaga akhlaknya . Mencarut, amanah dan sifat lain adalah indikasi kebenaran ketakwaan mereka, walaupun begitu keikhlasan dalam akhlak akhir sekali hanya boleh dinilai oleh Allah sahaja .
ReplyDeleteCuma niat saya pada artikel ini ialah seseorang yang berdebat dan rujuk pelbagai kitab itu bukan untuk berbincang keilmuan dan yang bermanfaat kepada umat . Semakin kita menuntut ilmu, semakin kita bertambah akhlak dan itulah sepatutnya .
Bukan dengan semakin berilmu, kita masih mengatakan rokok itu khilaf, mencarut itu dibolehkan dan masih berdebat berlebihan isu furu' seperti tahlil dibolehkan atau haram dan seumpamanya .