Sekitar pukul 12 am saya baru balik dari berjumpa kenalan lama setelah seharian menyelesaikan pelbagai urusan.
Waktu saya untuk basuh baju hanya pada malam hari dan biasanya saya basuh di Dobi DIY, kelaziman saya semenjak balik dari Mesir untuk basuh di situ kerana baju kering lebih cepat dan lebih bersih
Dobi DIY di sebahagian tempat bukan 24 jam tetapi di Klang hampir semua di Kawasan rumah saya 24 jam.
Sambil menunggu saya ingin mencari restoran sesuai kerana kelaparan tetapi saya risau kedai makan tak dibuka apatah lagi pasca pandemik kebanyakan restoran tutup lebih awal hatta kedai mamak
Cuma di Klang terutama hairannya pukul 12-3 pagi masih banyak lagi kedai makan dibuka