KEDAHSYATAN ULAMA AZHAR BERCINTA DENGAN ILMU

by Haiqal sanif, April 07, 2022

 

Dr Usamah Mahdi menceritakan detik menarik dalam majlis tunangnya di dalam kelas Hadis ahkam tadi

“Dalam majlis tunang tu aku meletakkan syarat perkahwinan yang tak ramai perempuan sekarang mampu menerimanya..”

Majlis tunang berlaku ringkas di rumah mertuanya,

Sesi taaruf dan bicara hati ke hati dilakukan dengan sejujurnya tanpa selindung sepertimana adat kebiasaan

“Syaratku mudah..”


“Ketika mana aku sibuk mengkaji berkurung di dalam bilik berjam-jam, si dia tidak boleh mengangguku. Ketikamana aku sibuk menunaikan tanggungjawabku di Al-Azhar sehingga malam, dia harus redha dan terbuka hati menerima keadaanku”

“Aku pencinta ilmu tegar, hidupku sehingga ajal ingin jadi penuntut ilmu. Aku ingin membina keluarga yang mendukung aspirasi ilmu bersama-sama , jikalau perkahwinan ini menghalang membuat demikian, maka aku tidak ingin meneruskannya”

“Jikalau dia setuju, aku pun ingin berkahwin dengan anakmu !” ujarnya kepada wali isterinya sekarang

Alhamdulillah dalam majlis tersebut, mereka semua setuju!

Beliau menambah..

“Terus-terang wahai pelajar-pelajarku..

“Aku dengar banyak sekali dari kawan-kawan aku yang tidak ramai isteri mereka berlapang dada menerima masa mereka dikurangkan demi ilmu! Masa mereka dikikis, Malah mungkin sesetengah isteri lain sengaja menarik plug computer ketika kita sibuk membuat jurnal demi meluangkan masa kepada mereka..” Sambil beliau bergurau

"Kadangkala jikalau berlaku gaduh kecil kerana minat dan pekerjaanku, aku sering mengingatkan kembali syarat ini kepada isteriku dan automatik isteriku akur.. "

Tetapi..

"Disebalik syarat yang mungkin begitu keras bagi sesetengah perempuan, aku gantikan dengan meluangkan masa terluangku selain belajar dengan isteri serta anak-anak ku. Aku memaksimumkan masa tersebut dengan meninggalkan segala gajet di tepi dan fokus kepada keluargaku walaupun dekan fakulti menelefonku! "

“dan Aku tidak pernah berlokek memberi nafkah secukupnya kepada keluargaku..”

"Dengan cara inilah aku gantikan masa sibuk aku kepada mereka dan Alhamdulillah kami Bahagia"

Dr Usamah Mahdi pencinta ilmu yang tegar, sehingga sekarang rutin bacaan buku beliau tidak kurang dari 5 jam sehari walaupun sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab besar di kuliah Hadis, Universiti Azhar

Bahkan beliau menyebut kadang-kadang kerja aku sebagai pensyarah sekarang ditambah lagi amalan membacanya melangkau sehingga 16 jam dalam sehari !

Tidak pernah lokek dalam membeli buku kerana buku dan hidupnya bergerak seiring.
Masanya akan dihabiskan perihal ilmu sahaja

Kerjayanya, Minatnya sehingga ke gerbang perkahwinan pun semuanya berpaksi kepada ilmu !

Saya dapat faedah menarik dari kisah ini, Persediaan berkahwin jangan tumpu kepada duit sahaja,

Sebagai pelajar ilmu, jadikan berilmu merupakan ciri-ciri yang penting dalam memilih pasangan hidup

#MyAzharMoment



SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS