KISAH AKU DAN MOBILE LEGEND

by Haiqal sanif, August 03, 2023

 



Sekitar pukul 12 am saya baru balik dari berjumpa kenalan lama setelah seharian menyelesaikan pelbagai urusan. 

Waktu saya untuk basuh baju hanya pada malam hari dan biasanya saya basuh di Dobi DIY, kelaziman saya semenjak balik dari Mesir untuk basuh di situ kerana baju kering lebih cepat dan lebih bersih

Dobi DIY di sebahagian tempat bukan 24 jam tetapi di Klang hampir semua di Kawasan rumah saya 24 jam. 

Sambil menunggu saya ingin mencari restoran sesuai kerana kelaparan tetapi saya risau kedai makan tak dibuka apatah lagi pasca pandemik kebanyakan restoran tutup lebih awal hatta kedai mamak

Cuma di Klang terutama hairannya pukul 12-3 pagi masih banyak lagi kedai makan dibuka

Bukan sedikit!

Di dobi rumah saya untuk muatan 28 kg sekali pengering, harganya sekitar RM 11. 

Tak boleh kata murah dan tidaklah terlalu mahal

Selepas saya letakkan baju, saya terus pergi ke kedai Thailand di sebelah dobi. Saya makan banyak malam tu, nasi goreng chicken chop saiz besar (untuk 2 orang makan) dan neslo ais. 

Makanan macam ni susah nak dapat di Mesir apatah lagi di Saudi

Restoran itu dipenuhi dengan kumpulan orang-orang muda sekitar 17-18 tahun dan masih bergiat main game walaupun sudah 2 pagi. 

Semenjak saya pulang bercuti di Malaysia, hampir semua kedai makan saya pergi pasti ada kumpulan remaja bermain game beramai-ramai sehingga lewat malam seolah sudah menjadi budaya

Main game itu harus tetapi bukan semua game itu boleh semata-mata

Saya teringat buku yang menarik yang membincangkan tentang hukum bermain game menurut pandangan syara’ 

Secara asas bermain game adalah harus kerana asal hukum bagi sesuatu perakara itu harus (الأصل في الأشياء الاباحة)  dan game ini adalah salah satu bentuk hiburan dan cara melepaskan stress yang dibenarkan. 

Hukum ini kekal harus selagimana dia tidak menghalanginya dalam melakukan perkara wajib seperti solat

Nabi SAW bersabda : روِّحوا القُلوبَ ساعةً فساعةً

“Rehatlah hati kamu sejenak-sejenak”

Game tidak lari dari hukum taklifi samada wajib, sunnah, harus, makruh dan juga haram. Hukum ini boleh berubah mengikut kepada kandungan dan kesan daripada main game tersebut samada memberi mudarat ataupun manfaat

Bahkan menurut Prof. Dr. Nuruddin Mukhtar Al-Khadimi dalam bukunya : “Al-Ala’b Al-iliktroniah : Ru’yah Syariyyah” ada 5 garis panduan untuk mengelakkan game jadi haram :-

1. Tidak bertentangan dengan Akidah Islam dan kesuciannya serta syiarnya

- Antara contoh yang menyebabkan bermain game itu haram : kita dikehendaki memilih heri character jikalau memilih golongan kafir maka dia adalah pemenang tetapi jikalau memilih arab (orang Islam) maka dia dikira pengganas. Seolah-olah dalam game tersebut arab islam adalah terrorist dan ini adalah haram

- Game tersebut mempunyai unsur berlebihan dalam mengagungkan agama lain

- Menghina syiar Islam seperti masjid, ilmuwan Islam serta baginda Nabi SAW

2. Tidak bertentangan dengan intisari akhlak yang baik

- Gambar aurat yang tidak tertutup dan menonjol perkara-perkara yang haram

- Game yang boleh menjurus dan menggalakkan untuk menipu dan mempengaruhi membuat kerosakan dan kezaliman

3. Tidak bertentangan dengan menganggu gugat penjagaan nyawa

- Jikalau game itu terbukti boleh memupuk kebencian sehingga menjadikan dia sebagai pelampau dan giat memecahkan barangan dan membunuh. Makai ia jelas diharamkan

4. Tidak bertentangan dalam menganggu gugat kesejahteraan akal

- Melambatkan cara berfikir seseorang

- Membuat seseorang kemurungan dan terpengaruh dengan aliran-aliran yang menyesatkan

5. Tidak bertentangan dengan perkara yang membazirkan wang dan harta

- Membazir sehingga melalaikan dalam membuat kewajipan yang lain (nafkah anak, keluarga)

- Boleh menyebabkan hutang yang banyak

6. Tidak membawa kepada rosaknya sistem kekeluargaan 

- Merosakkan hubungan antara ibu ayah dan anak-anak


Game itu harus selagimana dijauhkan dari 6 unsur-unsur ini. 

Jikalau dilihat dalam bermain game Mobile Legend misalnya, hukum bermain dengannya kekal harus selagimana ia dijauhkan dari 6 unsur-unsur ini. Tetapi ia boleh diharamkan dan makruh jikalau ia membazirkan masa terlalu banyak sehingga mengabaikan tugasnya sebagai pelajar untuk menuntut ilmu dan anak kepada ibu bapanya

Boleh jadi haram jikalau game itu membuatkan dia lalai sehingga meninggalkan solat ataupun dengan berterusan main game itu, ia akan melukakan hati mak ayah nya kerana ingkar arahan mereka dan berterusan lalai sehingga meninggalkan kewajipan dia yang lain

Menariknya Prof. Dr Nuruddin mengatakan game itu boleh juga menjadi sunnah (digalakkan) dan berpahala malah sehingga ke tahap wajib !

Antara keadaan bermain game menjadi berpahala apabila game itu membantu perkembangan akal dan pembelajaran. Memupuk unsur kepahlawanan

Sebab itu Prof Dr Abdullah Rukban, ulama besar Saudi menyampaikan nasihat beliau kepada lajnah fatwa daimah saudi. Beliau kata game elektronik ini jangan diharamkan secara mutlak (nasihat kepada badan fatwa saudi)

Beliau mengatakan sepatutnya sebelum memberi fatwa, ambil tahu dahulu dan rasai dulu game tersebut agar dapat gambaran yang lebih luas

الحكم على شيء فرع عن تصوره

“Sesuatu hukum itu bergantung kepada gambaran permasalahan fiqh tersebut”

Bahkan beliau kata game sudah menjadi umum al balwa (sesuatu adat) yang susah untuk kita katakan haram secara mutlak

Sebab itu hukum sesuatu itu tidak boleh dihukum rata tetapi bergantung kepada isu-isu tertentu 

Bermain game itu harus tetapi jangan melampau-lampau sehingga terabai kewajipan yang kita patut lakukan


SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS