Perjalanan ke Manchester, United Kingdom adalah satu musafir yang tidak disangka dan tidak dirangka awal. Niatnya bermula apabila saya diajak oleh sahabat-sahabat terutama Dharma dan Aizad untuk menyertai pertandingan ini 10 hari lebih awal

Persiapan 10 hari untuk berlatih berdebat sebenarnya tidak logik dek akal, apatah lagi pergi sebagai wakil pelajar Malaysia Mesir bertanding sejauh Manchester, United Kingdom.

Saya terlalu minat mengembara apatah lagi di tempat bersejarah cumanya keutamaan saya bukan mengembara seperti rakan-rakan lain. Tetapi simpanan kewangan saya tertumpu kepada surviving selepas tempoh pembelajaran degree saya.

Maka negara seperti United Kingdom tidak terfikir pun untuk pergi apatah lagi ke kota besar dan mahal seperti London. 

Niat kami dari awal, kalah atau menang adat pertandingan. Perginya membawa kejayaan, pulangnya membawa pengalaman

 

10 hb March 2022

Kami berjumpa dahulu dengan TYT Duta Haji Zamani, Duta Malaysia ke Mesir di kedutaan Malaysia Mesir, Mohandisin untuk mengambil amanat serta nasihat sebagai wakil pelajar Malaysia Mesir

Beliau begitu ramah dalam menyambut kami,

Saya teruja kerana berpeluang mendengar amanat beliau secara bersemuka

Sesi soaljawab yang beliau buka saya mengambil segenap peluang untuk bertanyakan soalan penting terutama berkenaan halatuju karier lepasan graduan agama.

Soalan saya : “TYT sendiri merupakan lepasan agama IRK, dalam bidang Usul fiqh dan Sains Politik UIA. Bagaimana perjalanan karier TYT sehingga menjadi Duta sekarang ?”

Tidak ramai lepasan graduan agama yang menjadi duta tetapi antara yang Berjaya ialah beliau sendiri, TYT Haji Zamani

Raut muka dan suara beliau ternampak jelas suka akan soalan ini,

Beliau berkata niat menjadi duta sebenarnya telah dipasakkan sejak umur 14 tahun ! beliau berpesan yang membuatkan beliau Berjaya menjadi duta seperti sekarang adalah hasil doa Ibu beliau serta impian yang jelas sedari kecil

Beliau menceritakan pengalaman beliau di UIA Ketika mana permohonan beliau untuk belajar di UIA ditolak, tetapi beliau tekad dan berazam tidak ada university yang ingin beliau belajar di Malaysia melainkan Universiti Islam Antarabangsa ! Akhirnya setelah beberapa permohonan beliau dapat memasuki ke universiti tersebut

Karier sebagai duta bermula apabila beliau menyertai PTD dan menjadi peserta terbaik di kalangan ribuan orang dan berkhidmat di Wisma Putra. Untuk menjadi Duta, syaratnya anda perlu berkhidmat di Wisma Putra selama 20 tahun tanpa berpindah jabatan ! Beliau bertahan dan akhirnya dapat apa yang beliau citakan.

Beliau menggalak graduan agama untuk menyertai juga dalam bidang ini, menjadi duta.

Bagi saya karier ini seharusnya dipelopori oleh agamawan kerana pembuat dasar-dasar negara merupakan dari aliran PTD. Graduan agama harus terkehadapan dalam semua bidang khususnya graduan Al-Azhar !

Malah ketika mana saya ke Wisma Putra tahun lepas, bersembang dengan pekerja-pekerja sana terutama pakcik Nazar, mereka memuji watak duta kita malah menjadikannya rujukan hal-hal agama di Wisma Putra

Pertemuan sepatutnya habis sejam setengah akhirnya berakhir menjadi 3 jam oleh kerana Panjang lebar beliau menjawab soalan ini tapi bagi saya jawapan beliau begitu menginspirasikan !

 

1700 petang

Kami bergegas ke rumah masing-masing untuk melakukan persiapan diri bergerak ke airport untuk terbang ke Manchester, United Kingdom

Terkejar-kejar kan ? hahah

Beberapa hari tidur beberapa jam untuk buat preparation, walauapapun kami berjaya juga terbang ke United Kingdom dengan selamat dengan menaiki Swiss Airlines !

bersambung dalam siri seterusnya





SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS