(SIRI 2) MANCHESTER BANDAR YANG DIRINDUI

in , by Haiqal sanif, April 13, 2022

 

SIRI KEDUA 

Sampai sahaja kami di Manchester airport, kami disambut oleh perwakilan Myorator UK iaitu badan penganjur yang diwakili Haikal dan rakan-rakannya

Mereka membawa kami ke rumah Alif, pelajar Manchester University untuk kami meletakkan bag bagasi kemudian membawa kami berjalan-jalan sekitar bandar

Menariknya rumah Alif, kawasan kejiranan begitu tenang dan cantik! Nampak kecil di luar tetapi besar di dalam

Kami bersiar-siar ke di kawasan Manchester university, rupanya Manchester University tidaklah seperti university-universiti di Malaysia yang mempunyai kawasan khas untuk university sahaja tetapi bangunan kuliah mereka berpecah sekitar kawasan bandar



Ohana means family hahah

Usul-usul perdebatan telah pun diberi sehari sebelum pertandingan

Sebagai pelajar jurusan Syariah yang sentiasa bergelumang dengan Fiqh dan Usul Fiqh. Baca latarbelakang usul perdebatan agak memenatkan. 

Memahami isu besar seperti Russia vs Ukraine, masalah perkauman dan relevan hukuman mati atas pesalah jalanraya dan banyak lagi memerlukan masa berminggu untuk diselami akar usulnya tetapi dicompresskan menjadi sehari

Target saya untuk tidak tidur malam sambil research, tapi apakan daya kepenatan semenjak Cairo lagi memakan diri

Walaupun memenatkan tapi saya berasa puas!

Banyak ilmu baru saya peroleh, misalnya tak terfikir untuk saya baca Belanjawan Negara. Ilmu dan genre baru untuk saya!

12 hb-13 hb March 2022

0800 am - 1700 pm

Pertandingan berjalan dengan lancar,

Cuma biasalah adat pertandingan, kalah dan menang itu lumrah

Achievement yang boleh saya banggakan walaupun masih amateur dalam perdebatan

Perlawanan pertama kami berjaya merangkul kemenangan,

saya peroleh pendebat terbaik dalam pusingan pertama dengan menjawat Timbalan Ketua Pembangkang. Bagi saya ini adalah perkembangan yang baik dalam proses pembelajaran

Cuma baki pusingan lain, walaupun kami kalah tetapi ia adalah kalah yang berpengajaran

Komen juri begitu positif dan membina,

Kami belajar dan menimba pengalaman. 

Itu yang lebih penting

Juara MID berjaya dimenangi oleh team MUDAH dari Manchester manakala tempat kedua jatuh kepada team SWADAYA, pasukan terakhir yang kami menentang sebelumnya

Pusingan final pertandingan Manchester Intellectual Debate bagi saya berlaku dengan gemilang dan seronok

MUDAH dan SWADAYA mempunyai gaya tersendiri dalam membawa pendebatan secara tidak langsung memberi keseronokan kepada penonton

Finalis bahasa Inggeris

PERTEMUAN BERSAMA PELAJAR MANCHESTER

Niat saya dan rakan-rakan datang ke United Kingdom bukan sekadar mengambil pengalaman tetapi dalam masa yang sama berkenalan dan bertukar pandangan dengan pelajar-pelajar di sana

Rasa insecure apabila tanya latarbelakang mereka

Masing-masing mempunyai latarbelakang akademik cemerlang

Paling saya kagum antara peserta tersebut ada antara mereka merupakan penghafaz Al-Quran tetapi merendah diri

Yang saya kenal seorang ambil law, Seorang lagi ambil PPE (Philosophy, Politic, Economy) sama bidang dengan Sultan Nazrin Shah tu, dahsyat! 

Seronok melihat mereka belajar sehingga ke UK tetapi dalam masa yang sama lepasan tahfiz. Kagum dari jauh 

Yang lebih dahsyat walaupun belajar di UK, rupanya berpengalaman luas dalam debat bahasa Arab!

BI fasih, B. Arab pun lancar. Mana tak insecure hahah


PELAJAR MALAYSIA MANCHESTER BEGITU PERAMAH

Penempatan sepanjang perdebatan, kami menumpang rumah Firdaus di Rusholme, Manchester.

Semua menyambut kami dengan baik sekali, mula-mula agak gagap tetapi mengenangkan tips dari naqib usrah saya terdahulu. Cara paling baik sekali untuk melakukan ice breaking adalah dengan makanan

Malam sebelum final, entah kerajinan datang dari mana. Saya masakkan Mee kari untuk seisi rumah dengan menjemput sekali kawan lama saya, Naim

Semua turun dan makan sekali Bersama kami, taaruf kami menjangkau sehingga lewat malam

Hubungan kami makin rapat, insyaAllah moga-moga persahabatan berkekalan.




SUASANA BELAJAR DI MANCHESTER

Antara London, Manchester dan Liverpool

Saya lebih rasa ketenangan di Manchester, bandarnya tidak mahal sangat seperti London (tetapi UK mana-mana pun mahal) dan tidak bingit seperti di Cairo, Mesir

1 Pound sterling bersamaan RM 5.5, mahal! Tetapi pelajar di sana rata-rata diberi elaun bulanan 880 pound bersamaan hampir RM 5000! Belum lagi tajaan Petronas, 1200 pound sebulan bersamaan RM 6000 

Suasana belajar itu walaupun selama 4 hari di sana terasa seperti sudah di rumah sendiri

Manchester begitu tenang dan damai. Sesuai bagi pencinta buku, suasana membaca boleh lihat di mana-mana


KEBEBASAN BERSUARA

Kebebasan bersuara boleh disentuh dalam pelbagai aspek, tetapi kita ingin membincangnya dalam suasana umum

Saya agak terkejut betapa kuatnya kebebasan bersuara di United Kingdom

Demonstrasi aman yang berlaku di hadapan University of Manchester adalah suasana biasa bagi penduduk-penduduk di sini. Umur 18 tahun sudah berani terkehadapan memimpin demonstrasi. Isu yang mereka perjuangkan pelbagai, dari LGBT sehingga Hak Palestin dan pemboikotan terhadap Israel.

Mereka dibenarkan demonstrasi malah tiada halangan oleh polis untuk menyekat kebebasan bersuara mereka. Lebih menarik lagi rakyat di sana lebih terbuka dan matang dalam menerima perbezaan. 

Di Malaysia, setiap demonstrasi perlu mendapat keizinan dari pemerintah. keterbukaan dalam perbezaan pandangan masih di tahap lemah. Saya ada rakan-rakan yang diboikot oleh sebuah parti Islam hanya kerana berbeza pandangan dan fikrah dengan mereka. Tetapi di sini ia terbuka !

Melihat dengan mata sendiri kebebasan bersuara di sini membuatkan saya baru memahami makna sebenar kebebasan bersuara yang dibahas oleh Muhammad Qutb, Dr Ahmad Raisuni dan Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam catatan rehlah mereka ke negara barat

Seyogianya, Islam mempunyai pandangan tersendiri berkenaan kebebasan bersuara yang dicanangkan oleh barat

Islam memberi ruang kebebasan kepada manusia agar mereka dapat membuat pilihan dan meluahkan pendapat. Oleh itu, boleh digariskan bahawa kebebasan merupakan salah satu prinsip dalam Islam yang memberi peluang kepada manusia memikirkan soal kebaikan dan keadilan selaras dengan kehendak Ilahi.

Menurut al-Mawdudi malah dalam sistem politik Islam boleh dinamakan sebagai sistem theo-demokrasi iaitu dari satu sudut mengikat manusia untuk mengatur tindakan yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam al-Qur' an dan Hadith (Jurnal “Kebebasan Bersuara Dari Perspektif Siasah Syar'iyah”, Mohamad Zaidi Abdul Rahman)

Menurut Dr.Ahmad Al-Raisuni, Islam tidaklah menghalang kebebasan bersuara tetapi ia harus ada panduan demi mencapai matlamat selari dengan Islam. Jikalau Islam tidak mementingkan kebebasan bersuara di dalam Islam, mana mungkin Bilal bin Rabah, seorang hamba yang hitam dan Ibnu Ummu Maktum, seorang yang buta tetapi diberi kedudukan yang tinggi di dalam Islam. Menjadi kekasih Rasul walaupun mereka mempunyai kekurangan” (حرية الرأي والتعبير في الإسلام: المجالات والضوابط)

Mudah ceritanya, kebebasan yang diberi oleh Islam bukannya mutlak atau tiada sempadan. Tetapi perlu diselarikan dengan tuntutan Islam.

Praktikalnya, kebebasan bersuara menurut syariat tidaklah membolehkan seseorang itu murtad atau perjuangkan LGBT kerana ia secara jelas bertentangan dengan prinsip Islam. Khalifah (pemimpin) mempunyai kuasa menghalang atau memberi hukuman hudud atau takzir kepada pesalah. Malah Dr.Muhammad Zuhaili dalam bukunya Al-Muktamad (5/241), melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat dan menginkari kewajipan solat boleh dikenakan hukuman hudud.

Hukuman terhadap pesalah ini boleh dilakukan dalam Islam walaupun dalam skala individu kerana keadilan, maslahah dan mafsadah hanya dikira menurut neraca Islam. 

Sebab itu, pendapat peribadi saya konsep kebebasan bersuara yang diamalkan oleh barat tidak boleh dijadikan rujukan secara keseluruhan dan diaplikasikan terhadap nuansa Malaysia kerana bertentangan dengan agama malah adat tempatan masyarakat di negara kita.

Misalnya jikalau kebebasan bersuara ala barat diaplikasikan di Malaysia, ia bakal memberi mudarat yang lebih besar kepada masyarakat daripada kebaikan. Ada perkara yang boleh kita contohi dan ada perkara kita perlu menapis dan melihat dengan kesesuaian budaya dan adat setempat

Persoalan kebebasan bersuara menjadi topik saya di sini kerana ia adalah soalan yang ditanya oleh rakan berkenaan sistem di sini dan kesesuaiannya dengan Malaysia. 

Walaubagaimanapun, Manchester bandar yang unik di dalam hati saya. Akhi Thalhah, ada menyebut untuk ziarah ikhwah di Cardiff yang tidak sempat saya lakukan ketika itu. Getusan hati saya, mungkin saya datang kembali di sini bukan sebagai tourist tetapi sebagai pelajar insyaAllah !

Maka habis siri kedua, kita akan pergi ke siri ketiga iaitu siri berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) Zakri Jaafar!

Menziarahi booth pelajar di sana bagi nyatakan sokongan terhadap Palestin

Di hadapan pintu utama Manchester University

Naim, sahabat lama di Maahad Tahfiz Hira Jeram dengan Farihin, alumni Hidayah JB



SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS