Sebelum saya fly ke Madinah, saya diminta oleh sekolah lama menengah saya Al-Farabi untuk memberikan sepatah dua kata semangat kepada pelajar-pelajar di sana

Masa terlalu suntuk jadi point yang saya nak sampaikan haritu rasa macam tak sampai. Jadi saya ambil peluang untuk tulis di sini

Cerita waktu saya SPM dahulu kala

Al-kisah umur saya sejak F1-F5 menghafal dan mengulang Al-Quran, saya merupakan lepasan Tahfiz dan ambil SPM pada umur yang agak lewat

Mengambil SPM selama setahun terus masuk F5 bukanlah tindakan popular waktu itu malah saya pernah dihalangi oleh pengetua sendiri untuk terus masuk F5 kerana bagi beliau, saya lebih sesuai untuk masuk F4 dahulu

Malah beliau mengatakan ramai pelajar tahfiz dulu pernah cuba buat tindakan sama tapi berhenti di tengah jalan dan dia taknak saya begitu

Tetapi saya tekad dan entah dari mana keyakinan tersebut datang, saya ambil risiko dan berkata saya sanggup dan saya takkan buat kesalahan yang sama

Tiba-tiba mulut berkata sendiri tapi hairannya pengetua akur dengan kedegilan saya


Umur 19 tetapi masih memakai baju sekolah sebenarnya rasa agak janggal. Dari dulu di Maahad Tahfiz berjubah tetapi sekarang kena beli baju sekolah dan seluar sendiri di canggih

Mahal! Tapi saya layankan sajalah ekoran niat nak ambil SPM membuak

3 bulan pertama memang saya tak faham apa-apa. Last pembelajaran akademik saya secara rasmi ketika di sekolah rendah

Dulu time sekolah rendah punyalah minat dalam Math tapi masuk F5 terus tak faham apa-apa

Tiba-tiba kena belajar algebra lah, pythagoras theorem etc yang mereka semua sudahpun tahu sedangkan saya tidak

Rasa macam budak paling jahil dalam kelas tu 

Menangis weh hahaha tetapi alhamdulillah ada guru membantu memberi semangat, saya tekad dan terus berjuang

Lama kelamaan saya dapat rentak, boleh mengikuti pembelajaran kelas

Hidup saya selama setahun tu memang pergi pagi dan balik malam buta. Kelas tusyen saya berlambak waktu tu

Tips bagi lepasan Tahfiz untuk belajar waktu setahun macam saya, segera ambil tusyen dengan pemeriksa SPM itu sendiri. They know the tricks 

Bayangkan dari 7:30 am - 3 pm sekolah habis kemudian ditambah dengan tusyen sehingga pukul 4. Saya terus pergi sekolah rendah Al-Farabi buat kerja sekolah dan ulangkaji bersama-sama rakan dan guru saya waktu tu di dalam dewan sehingga 6:30 pm 

Disebabkan ada orang bermain bola depan mata, saya tidak dapat menahan untuk join main bola sehingga 7 pm. Balik kejap, mandi dan solat terus pergi tusyen pukul 8PM sehingga 10 PM

7:30 am sehingga 10 pm saya sibuk dengan kelas, terlalu penat setiap hari. Kadang pernah saya tusyen sehingga pukul 12 am dalam sesetengah keadaan. Mujur cikgu Ju dan Cikgu Noraini gigih dan sanggup mengajar (ada mahram, jangan risau) 

Niat saya tekad waktu tu, "I want to be the best! Kesungguhan, rajinnya saya belajar ini, kecemerlangan saya semuanya untuk ummah. Berbakti balik kepada masyarakat" 

Ini yang membuatkan saya sentiasa bersemangat

Hampir setiap hari saya begitu, namun lagi pada bulan peperiksaan SPM saya tambahkan rutin saya

Setiap subjek, saya wajibkan diri khatamkan buku silibus sehari sebelum peperiksaan paling kurang sekali. 

Contohnya buku sejarah, saya baca buku teks F4 dan F5 kulit ke kulit sekali baca buku nota sekali dalam masa sehari. Penat ouh

Maka gigihlah saya bangun pukul 3 am untuk study kemudian barulah bersiap gerak ke dewan peperiksaan

Buku latihan past year memang semua saya dah siapkan dari awal. Soalan past year so far full dengan jawapan saya sehingga kita boleh tahu ada buku past year yang jawapannya salah. Berdebat kuat jugak dengan guru dan kawan saya tentang ni 

Pentingnya jawab soalan past year ni kita boleh lihat yang soalan SPM sebenarnya sama sahaja. Tak ada beza sangat. Dari situ kita boleh jawab dengan mudah

Alhamdulillah, daripada pelajar yang tiada apa-apa pada permulaan tahun. Saya dapat keputusan terbaik di sekolah tersebut dengan 8A 2B mengalahkan rakan-rakan yang belajar SPM selama 5 tahun dari awal. Dapat juga cenderahati sebagai antara pelajar terbaik di dun selat klang

Waktu tu lah saya rasa kepuasan tak terhingga

"I dream and I do" 

Saya boleh kata dengan diri saya pada waktu tu, tak ada satu saat pun saya rasa menyesal bahkan puas kerana saya gunakan masa saya sebaiknya

Sekolah Al-Farabi tidaklah besar mana tetapi saya bangga itulah sekolah yang menjadikan saya mengenal bagaimana menjadi lebih produktif


Kesimpulan

1. Sentiasa memberi ruang diri untuk berehat. Bekerja penat-penat, saya belanja diri dengan makanan yang sedap-sedap. Kadang dah tension sangat, makanan saya pun kena juga dahsyat-dahsyat hahah

2. Jangan pernah lokek dengan ilmu. Beratus jugak saya habiskan demi membeli buku-buku latihan serta nota tambahan. Saya tak pernah berkira dengan ilmu kerana Imam Syafie pernah sebut duit antara 6 perkara wajib untuk dapatkan ilmu. Belum campur duit minyak kereta untuk pergi tusyen 

3. Saya sangat jaga keberkatan dengan guru. Saya pernah ada perbezaan pendapat tentang satu isu dengan guru tapi saya masih menjaga batasan dan tetap hormat.

Berbeza hanya pada pendapat tetapi tidak mengurangkan hormat

4. Kalau rasa ilmu tak masuk, tinggalkanlah maksiat

Cerita tentang ni bukanlah niat untuk bangga dengan keputusan tu walhal ada orang yang beribu kali ganda lebih baik daripada saya. Malu je berbangga dengan keputusan sebegitu

Tetapi dari awal saya nak cerita sebenarnya tentang usaha. Kita pasakkan cita-cita besar-besar, dan buat ! Buat bersungguh-sungguh dari awal sampai kita dapat apa yang kita nak

Percayalah penat sebab belajar sejuta kali ganda lebih baik dari penat yang lain. Kepuasan dia tak terungkap

Ini yang saya nak cerita dengan pelajar-pelajar Al-Farabi, sekolah lama saya waktu diberi ruang memberi talk kepada mereka tetapi kesuntukan masa. Moga-moga tulisan ni dapat dibaca oleh mereka dan terbuka untuk umum 

Moga bermanfaat

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS