BAHANA KETAKSUBAN

by Haiqal sanif, February 26, 2022

Baca kisah-kisah ulama menuntut ilmu dulu kita sendiri pun rasa malu. Akal mereka cerdas, sentiasa mencari kebenaran. Tidak hanya duduk diam, malah mendengar dengan cermat. 

Jikalau khabar yang diajar pelik, sikapnya tidak diam membisu tapi dia akan bertanya. Mereka tidak menerima secara bulat-bulat


Sheikh Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya (diari beliau) , "Ibnu Al-Qaryah wa Al-Kuttab" menceritakan kisah yang menarik

Ketika beliau di tahun 1, Kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar berlaku perbualan hangat antara beliau dengan guru tafsirnya, Sheikh Muhammad Mukhtar Badir

Sheikh Badir menegaskan Nabi Nuh A.S diutuskan wahyu bukan kepada kaumnya sahaja malah seluruh alam berdalilkan banjir yang berlaku di zaman Nabi Nuh A.S meliputi seluruh dunia bukan khusus kepada kaum Nabi Nuh sahaja

Sheikh Yusuf Al-Qardhawi pula berhujjah sesungguhnya Nabi Nuh a.s diutuskan kepada kaumnya sahaja bukan seluruh alam berdalilkan 

"إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ"[Nuh:1]

Bermaksud : "Sesungguhnya kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya"

Seyogianya risalah dakwah Nabi Nuh terhad kepada kaumnya bukan seluruh alam

Masing-masing dengan pendirian masing-masing 

Kemudian hari, Sheikh Badir jumpa kembali dengan Sheikh YQ dan menarik kembali dakwaan beliau dan membenarkan Sheikh Al-Q@rdhawi. Bahkan memuji keilmuan beliau

Sheikh Al-Q@rdhawi menceritakan hubungan beliau dengan gurunya, Sheikh Badir bertambah erat dan tidak bermusuhan walaupun perdebatan hari itu begitu dahsyat 

Kita dapat lihat pelajar ilmu sebenar dibenarkan untuk bertanya bagi mencari kebenaran. Tujuannya bukanlah dicari pihak mana yang betul dan salah tetapi demi mencari kebenaran

Tawadhu' Sheikh Badir jelas, beliau tidak segan untuk menarik kembali hujjahnya walaupun di hadapan anak murid kerana yang benar itu tetap benar dan perlu dijelaskan kerana ilmu yang diajar bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak

واعتبر التفكـر فيـه عبـادة وفريضة،

Berfikir dan bertaakul merupakan ibadah juga kewajipan

وحمل على التقليـد والجمود حملة شعواء،

Adapun yang berpegang kepada Taqlid (ikut membuta tuli) sehingga jumud (pemikiran sempit) merupakan golongan yang melampau

 كما حمل على الظنون والأهواء في تأسيس الحقائق، وتكوين العقائد

Sama juga hal ini kepada golongan yang menjadikan sangkaan dan hawa nafsu sebagai asas untuk mengetahui kebenaran dan membentuk pegangan

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran

- Sheikh YQ dalam membicarakan isu seseorang mendakwa melihat perkara ghaib tanpa asal-usul

Azhar sinonim dengan budaya keilmuan, bertaakul dalam mencari kebenaran. Bukan dinamakan Azhari jikalau sekadar hanya bertaqlid sehingga menuduh orang tertentu dengan gelaran tidak selayaknya apatah lagi setelah dijelaskan fakta serta bukti

Taqlid buta melambangkan kemiskinan daya fikir dan taksub adalah perlakuan orang yang jahil 

Jikalau bercitakan masyarakat yang berilmu, maka kita sendiri hendak pertingkatkan keilmuan dan bacaan kita

Jikalau agamawan sendiri kurang ilmunya, bercakap tanpa ilmu maka semakin jahil masyarakat kita di Malaysia

Ini kaedahnya! 








SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS