PELUANG MENYERTAI MAJMA' FIQH ISLAM DAULI KE 25, JEDDAH 


23 FEB 2023 | 3 Shaaban 1444

Majma' Fiqh Islam Dauli adalah anjuran OIC yang diasaskan pada tahun 1981. Merupakan perhimpunan Mufti, Ulama dan Pemikir dari 57 buah negara yang berdaftar bagi membincangkan isu-isu sejagat dari serata dunia bagi merungkai permasalahan menurut Islam secara holistik dan amali

Majma' Fiqh Islam Dauli dipengerusikan oleh Al-Maali Dr Sheikh Soleh Abdullah Humaid, Imam dan khatib Masjidil Haram manakala Amin Al-Am Majma' adalah Dato' Prof. Dr Qutb Muhammad Sano

Bahasa mudahnya, ia adalah meeting yang terdiri dari para ulama seluruh dunia untuk membincangkan dan menyelesaikan isu-isu semasa menurut Islam


Ahlinya semua professor, ulama dan mufti. Kita akan lihat betapa gunung-gunung ulama semuanya berhimpun dan diskusi di dalam dewan

Jikalau ingin membaca isu-isu semasa menurut rangka Islam dan Fiqh yang merangkumi semua aspek seperti Ijarah Muntahiah Bi Tamlik, Pertukaran jantina rujuklah kajian yang telah dibentangkan oleh Majma' Fiqh Islam Dauli, Al-Majma'  anjuran Rabithah Alam Islami dll

Wakil Malaysia pada kali ini diketuai Dato' Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Perak, Datuk Prof Dr Akram Laldin, Prof. Dr Irwan Subri, Prof. Madya Dr Ahmad Wifaq dan Prof. Madya Dr Abdul Manan Ismail

Direzekikan anggota-anggota yang menyertai Perhimpunan kali ini semuanya dapat masuk ke dalam Kaabah, satu kebanggaan dan penghormatan yang mulia kepada Malaysia!

Kami hanya menyertai pada hari ketiga iaitu hari terakhir dan tajuk yang sempat kami dengar adalah Pertukaran Jantina, Wasiat wajibah dan zakat serta Ijarah Muntahiah Bi tamlik

Peluang keemasan ini kami garap dengan sebaiknya, keterujaan saya tidak lagi boleh disorok

Kami dapat jumpa dan menegur sapa Prof. Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr Ali Jumuah, Sheikh Prof Dr Saad Turki Khaslan, Amin-Al Am Prof Dr Qutb Sano, Imam Dan Khatib Masjidil Aqsa Dr Ikrimah Sobri, Prof. Dr Salamah Daud, Pengerusi Universiti Al-Azhar yang baru, Dato' Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Perak, Prof Dr Irwan Subri, Prof Madya Wifaq dan Prof Madya Abdul Manan,Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar, Timbalan Mufti Brunei, Dukturah Fareeda Sodiq Zuzu, Qatar dan Dukturah Laila, Jeddah dan ramai lagi

Dulu hanya ada peluang membaca qarar, tulisan dan kajian Majma' Fiqh Islam Dauli sahaja melalui PdF tetapi sekarang dapat melihat sendiri bagaimana Majma' berjalan

Sampai sekarang saya beritahu sahabat saya Rushdan dan Hazim yang saya masih tidak percaya pada apa yang berlaku. Terlalu besar untuk dihadam

Impian yang kunjung tiba tanpa disangka. Otak saya terngiang ayat ini sahaja

ويرزقه من حيث لا يحتسب 

"Direzekikan dengan jalan yang tidak pernah disangka-sangka"

Pelbagai input dan pengalaman yang saya dapat di sini, inspirasi untuk anak -anak muda seperti kami mengikuti jejak langkah veteran dan qudama'

Terima kasih kerana memberi peluang kepada anak muda!










SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS