Cara Fasih Berbahasa Arab di Mesir 2020

by Haiqal sanif, January 28, 2020
Bergaduh adalah cara terbaik untuk fasih berbahasa Arab !

Saya selalu berpendapat begitu, mungkin sesiapa yang baca post saya sebelum ini tertanya gaduh dianggap common ke kat Mesir ?

Jawapan saya semestinya ya, rakyat Mesir pada sekitar 60-an, 70-an adalah negara yang paling termaju di Afrika bahkan kekayaan mereka boleh mengatasi negara-negara maju lain. Jikalau Korea dan Jepun yang tidak ada apa-apa sumber semulajadi pun boleh maju dengan teknologi mereka. Mesir lebih baik dari itu kerana mereka memiliki yang menjadi terusan Suez, terusan utama dunia terutama kepesatan berjual beli dengan China. Tanah mereka subur, segala macam boleh tumbuh di sini.

Cuma malangnya akibat kleptokrasi (salahguna kuasa orang atas), penduduk Mesir kini sebanyak 67% tidak mencapai minimum pendapatan yang mencukupi. Tambahan lagi, Mesir juga negara pelancongan dan tempat utama untuk belajar agama. Maka ramailah pendatang asing ke sini dan sumber pendapatan paling untung kepada pihak negara Mesir.

Bayangkan, kapal terbang Ettihad dan Emirates pun ada promosi khas dan murah untuk pelajar Malaysia Mesir sahaja oleh kerana kekerapan mereka ulang alik Mesir dan Malaysia. Bayangkan harga tiket dari Mesir ke Malaysia sama harga bahkan lebih murah dari Mesir ke Nigeria !

Malaysia terletak di hujung asia manakala Nigeria terletak di benua Afrika yang tidak jauh sangat dengan Mesir. Bertuahnya orang Malaysia

Balik kepada cerita, penduduk Mesir mereka kebanyakannya miskin dan mereka menganggap orang asing adalah kaya.

Banyak hal yang terjadi adalah mereka sengaja menaikkan harga barang, dikenakan bayaran terlalu tinggi, selalu jadi mangsa pencuri dan banyak lagi.

Untuk dapat harga selayaknya, kita terpaksa fight bahkan ia sudahpun jadi budaya arab. Tapi baiknya, arab gaduh cukup hanya pada pergaduhan tersebut dan tidak sampai berdendam.

Jikalau ada pelajar baru sampai ingin tahu tips fasih berbahasa Arab fushah (baku) dan ammiyah (pasar). Saya selalu nasihatkan agar bergaduh 😂

Bila bergaduh, kita akan keluarkan segala kalimah arab yang kita tahu dan sambil boleh melatih kefasihan kita berbicara berbahasa arab. Bila bergaduh kita kena sebut perkataan dengan laju. Maka disitu kita mampu mengurangkan gagap dalam berbahasa asing.

Bergaduh jangan sampai bawa ke mati, cukup lepas gaduh kita berbaik dan 'tambat hati' kembali dengan senyuman atau salam. Biasanya mereka sudah boleh berbaik kembali.

Kita bergaduh bukan mencari pasal tapi 'hanya' menegakkan hak kita. Malangnya bagi saya, orang Melayu mudah sangat 'dipijak' atau 'ditekan' oleh orang arab. Bila harga sebenarnya 1000le, tapi diletaknya arab 4000le dan kita hanya redha. Itu yang membuatkan harga rumah di sini makin naik. Walhal memang petuanya adalah kita kena memperjuangkan hak untuk kebaikan semua pelajar.

Sepanjang saya amalkan tips ni, Alhamdulillah saya perasan ada improvement besar dalam bahasa. Bahkan, bila bergaduh ada juga arab yang menyokong kita kerana mereka pun memahami apa yang kita perjuangkan itu benar. So dapat luaskan perkenalan.

Selamatlah mengenali bumi kinanah, dalam pada penduduk terdiri dari kalangan kapita rendah. Mereka masih mampu lagi ketawa, senyum dan mesra seperti tiada apa-apa masalah dalam dunia ini. Disebalik kesedihan ada kegembiraan, disebalik musibah pasti ada hikmah. Mungkin dengan kleptokrasi yang berlaku hikmahnya melahirkan orang Mesir menjadi lebih penyabar dan semakin bertawakkal kepada Allah swt. Mungkin inilah hikmah semuanya terjadi.

إن مع العسر يسرا
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
"اتق الله حيث متظا كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها" حديث
"Sesungguhnya pada kesulitan itu ada kesenangan"
"Tidaklah Allah membebani seseorang itu melainkan dia benar-benar mampu"
"Bertakwalah kepada Allah kemana pun kau berada dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan, kerana ia menghapuskannya"

First exam tahun 2 Qodoya

by Haiqal sanif, January 10, 2020

6 January 2020




Alhamdulillah first periksa kami iaitu Qodoya Fiqhiyyah (Fiqh isu semasa) dapat dijawab dengan tenang. Taknak cakap senang dan tidak ingin juga berkata susah. Takut over confident. 

Tahun 2 dikhabarkan ramai senior bahawa Tahun 2 Syariah tentang muamalat paling susah dalam tahun lain. Madah paling killer ialah Qodoya.

Tapi paling bersyukur semua point yang tulis dalam nota semua keluar, Alhamdulillah. Moga kami semuanya mumtaz.

Tahun ni, saya perasan Al-Azhar makin baik dan tersusun kerana sudah ada kerusi baru jikalau tidak pakailah kerusi yang berlubang dan bergoyang.

Juga, yang paling baiknya hampir setiap dewan ada seorang ketua penjaga peperiksaan. Sebelum ini penjaga peperiksaan hanya terdiri dari pekerja-pekerja universiti sahaja yang bukan pensyarah pun.

Saya teringat suasana exam pertama saya tahun lepas, waktu peperiksaan setiap subjek adalah 2 jam. Kebiasaannya, selepas sejam ramai keluar awal dan saya pula selalu keluar paling lambat.

Masalah yang sering terjadi adalah, lagi 30 min untuk habis waktu peperiksaan, dewan seolah kosong. Maka mulalah 'pekerja' yang menjaga peperiksaan kami ni menyuruh keluar malah Kebiasaannya sehingga memaksa, marah naik suara dan bergaduh. Mereka suruh pelajar keluar awal kerana mereka boleh balik awal. Mudah pekerjaan mereka.

Pernah sekali saya bergaduh dengan penjaga tersebut kerana dia hampir ambil kertas saya walaupun masih berbaki 20 min. Waktu berbaki banyaknya dengan bergaduh dengan beliau.

Selalunya hujjah saya,

يا أيها الذين آمنوا أوفوا بالعقود
إن الله لا يحب الظالمين

"Wahai orang beriman, tepatilah janji2 kamu" (janji waktu peperiksaan adalah 2jam, maka tetap 2 jam)
"Allah tidak menyukai orang zalim" (zalim sebab ambil masa orang)

Biasanya dia akan terdiam dan mengeluh bila dengar hujah beginu. Gaduh saya pula tidak sampai berdendam. Gaduh hanya habis di situ sahaja dan sempat salam dan menyantuni beliau sebelum balik rumah. Jikalau gaduh dengan orang arab mudah, cukup hanya pada pergaduhan tersebut. Tapi jikalau dengan orang Melayu, dendamnya sehingga ke tujuh keturunan.

Tahun ini, bila sudah ada ketua penjaga peperiksaan. Pekerja-pekerja ni tidak ambil kesempatan untuk ambil kertas awal seperti sebelumnya. Sebab tadi pun, pekerja tersebut dimarahi oleh ketua kerana ambil kertas pelajar sebelum masanya lagi. Ketua bukan menjaga pelajar tapi dia menjaga 'pekerja-pekerja yang menjaga peperiksaan' untuk lebih amanah.

Sebab itu saya rasakan tahun ini lebih baik, sebab itu di area millennium Al-Azhar masih di citra lama. Kadang kisah ini buatkan saya ketawa bersendirian mengenangnya. Tapi itulah menjadi kenangan yang jadi tajuk bual cerita untuk cucu-cicit akan datang. Moga subjek-subjek akan datang dipermudahkan oleh Allah swt selalu dan mengurniakan kami mumtaz dalam setiap pelajaran. Aminn !




Tentang ada desakan perletakan jawatan Dr.Maszlee Malik saya ingin kata Wallahua'lam. Kalau politik bermakna kita spekulasi dan mengandaikan desakan seperti ini. Saya belum benar-benar tahu tentang politik kini.

Perletakan jawatan Dr.Maszlee Malik, elok benarlah jikalau menghabiskan tempoh Menteri beliau. Perletakan jawatan beliau bukan masanya lagi, kasi habis dulu baru boleh dinilai secara holistik. Biar beliau yang memulakan seeloknya beliau juga menghabiskan.

Walaupun begitu ketika mana beliau menjadi menteri pendidikan, ada satu isu yang saya benar-benar gusar dan hemat saya dr. Mazslee tidak cukup tegas dalam menyelesaikan isu ini

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS