Tentang ada desakan perletakan jawatan Dr.Maszlee Malik saya ingin kata Wallahua'lam. Kalau politik bermakna kita spekulasi dan mengandaikan desakan seperti ini. Saya belum benar-benar tahu tentang politik kini.

Perletakan jawatan Dr.Maszlee Malik, elok benarlah jikalau menghabiskan tempoh Menteri beliau. Perletakan jawatan beliau bukan masanya lagi, kasi habis dulu baru boleh dinilai secara holistik. Biar beliau yang memulakan seeloknya beliau juga menghabiskan.

Walaupun begitu ketika mana beliau menjadi menteri pendidikan, ada satu isu yang saya benar-benar gusar dan hemat saya dr. Mazslee tidak cukup tegas dalam menyelesaikan isu ini


Saya kurang setuju tentang isu UEC tambahan pula saya juga hadir sesi townhall kajian tentang UEC yang dianjurkan oleh KPM dari kalangan mahasiswa dan siswi.

Pertama sekali, saya simpulkan beberapa fakta tentang isu ini. Bagi saya jawatankuasa panel  pemilihan berat sebelah.

1. Ketika townhall dibuat, kami 5 org sahaja yang menolak manakala baki 40+ orang yang menyokong UEC. Nisbah yg sangat2 tidak adil. Jemputan kepada semua pihak tidak dibuat secara adil dan berat sebelah.

2. Perbincangan hari itu sepatutnya membincangkan UEC ini diiktiraf atau tidak. Tapi disebabkan hari itu ramai yang bersetuju, seolah perbincangannya lebih kpd 'UEC ini kita akan iktiraf tapi bagaimana ingin mengaplikasinya?"

3. Pemilihan panel sendiri pun bagi saya tidak adil. Kita menginginkan sebuah panel yang bebas dari segala pengaruh, bayangkan ada Naib presiden Dong zhong di dalam panel tersebut sedangkan merekalah yang membawa usul UEC ini agar diiktiraf. Manakah kewajaran dan kewibawaan KPM pimpinan Dr. Maszlee Malik dalam memilih panel terhadap isu yang sangat penting dan kontroversi ini ?

Lagi saya kecewa, yang hadir 40+ kebanyakannya adalah anak2 buah dari Tan Yew Sing, Naib Presiden Dong Zhong dan panel UEC ini juga. Saya benar-benar sedih

Kesimpulan

Saya mempersetujui Dr.Maszlee Malik paling kurang habiskan tempoh menjadi menteri pelajaran supaya dapat dilihat kepimpinan beliau dinilai secara holistik dan adil. Mana yang baik diteruskan dan yang buruk dijauhkan

Sebagai kerajaan, meluluskan ratifikasi UEC malah masih 'melayan' lagi tuntutan Dong Zhong tidak menguntungkan langsung kebersamaan dan kesatuan rakyat Malaysia amnya. Ia adalah tuntutan minoriti untuk membenarkan kedegilan mereka terhadap majoriti yang langsung tidak ada baiknya.

Mengapa ingin 'menatang minyak yang penuh' lagi persatuan yang hanya mementingkan diri, degil dan tidak berjiwa kebangsaan ini ?

Dr. Maszlee Malik tidak dapat menyelesaikan masalah kontroversi dengan baik terutama isu Jawi dan UEC dan tidak bertegas dalam hal ini

Saya tidak membenci Dr.Maszlee Malik, cuma ini hanyalah sebuah kritikan ringkas dan rasional yang dilakukan oleh seorang rakyat Malaysia biasa


SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS