6 January 2020
Alhamdulillah first periksa kami iaitu Qodoya Fiqhiyyah (Fiqh isu semasa) dapat dijawab dengan tenang. Taknak cakap senang dan tidak ingin juga berkata susah. Takut over confident.
Tahun 2 dikhabarkan ramai senior bahawa Tahun 2 Syariah tentang muamalat paling susah dalam tahun lain. Madah paling killer ialah Qodoya.
Tapi paling bersyukur semua point yang tulis dalam nota semua keluar, Alhamdulillah. Moga kami semuanya mumtaz.
Tahun ni, saya perasan Al-Azhar makin baik dan tersusun kerana sudah ada kerusi baru jikalau tidak pakailah kerusi yang berlubang dan bergoyang.
Juga, yang paling baiknya hampir setiap dewan ada seorang ketua penjaga peperiksaan. Sebelum ini penjaga peperiksaan hanya terdiri dari pekerja-pekerja universiti sahaja yang bukan pensyarah pun.
Saya teringat suasana exam pertama saya tahun lepas, waktu peperiksaan setiap subjek adalah 2 jam. Kebiasaannya, selepas sejam ramai keluar awal dan saya pula selalu keluar paling lambat.
Masalah yang sering terjadi adalah, lagi 30 min untuk habis waktu peperiksaan, dewan seolah kosong. Maka mulalah 'pekerja' yang menjaga peperiksaan kami ni menyuruh keluar malah Kebiasaannya sehingga memaksa, marah naik suara dan bergaduh. Mereka suruh pelajar keluar awal kerana mereka boleh balik awal. Mudah pekerjaan mereka.
Pernah sekali saya bergaduh dengan penjaga tersebut kerana dia hampir ambil kertas saya walaupun masih berbaki 20 min. Waktu berbaki banyaknya dengan bergaduh dengan beliau.
Selalunya hujjah saya,
يا أيها الذين آمنوا أوفوا بالعقود
إن الله لا يحب الظالمين
"Wahai orang beriman, tepatilah janji2 kamu" (janji waktu peperiksaan adalah 2jam, maka tetap 2 jam)
"Allah tidak menyukai orang zalim" (zalim sebab ambil masa orang)
Biasanya dia akan terdiam dan mengeluh bila dengar hujah beginu. Gaduh saya pula tidak sampai berdendam. Gaduh hanya habis di situ sahaja dan sempat salam dan menyantuni beliau sebelum balik rumah. Jikalau gaduh dengan orang arab mudah, cukup hanya pada pergaduhan tersebut. Tapi jikalau dengan orang Melayu, dendamnya sehingga ke tujuh keturunan.
Tahun ini, bila sudah ada ketua penjaga peperiksaan. Pekerja-pekerja ni tidak ambil kesempatan untuk ambil kertas awal seperti sebelumnya. Sebab tadi pun, pekerja tersebut dimarahi oleh ketua kerana ambil kertas pelajar sebelum masanya lagi. Ketua bukan menjaga pelajar tapi dia menjaga 'pekerja-pekerja yang menjaga peperiksaan' untuk lebih amanah.
Sebab itu saya rasakan tahun ini lebih baik, sebab itu di area millennium Al-Azhar masih di citra lama. Kadang kisah ini buatkan saya ketawa bersendirian mengenangnya. Tapi itulah menjadi kenangan yang jadi tajuk bual cerita untuk cucu-cicit akan datang. Moga subjek-subjek akan datang dipermudahkan oleh Allah swt selalu dan mengurniakan kami mumtaz dalam setiap pelajaran. Aminn !
Did you hear there's a 12 word sentence you can communicate to your partner... that will trigger deep emotions of love and instinctual attraction to you deep within his chest?
ReplyDeleteBecause hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, please and protect you with all his heart...
12 Words That Fuel A Man's Desire Response
This impulse is so hardwired into a man's mind that it will drive him to try better than before to take care of you.
Matter-of-fact, fueling this all-powerful impulse is so important to having the best ever relationship with your man that the instance you send your man one of these "Secret Signals"...
...You'll instantly find him expose his mind and soul to you in a way he haven't expressed before and he will see you as the only woman in the galaxy who has ever truly understood him.
Mantap syeikh
ReplyDeleteThank youu
Delete