Recap 2021 !

by Haiqal sanif, January 07, 2022

 


    1. Perancangan Allah swt sentiasa terbaik dan pengetahuan manusia sememangnya terbatas. Dari menolak UM, kemudian cinta sama si Azhar dan peroleh pengalaman belajar di Madinah


    2. Peluang belajar di Madinah adalah anugerah terbesar saya sepanjang tahun 2021 dan ia benar-benar mengusik jiwa. Bertalaqqi dengan para masyaikh di Universiti Islam Madinah. Iktikaf bersama sahabat handai di Masjid Nabawi serta melakukan umrah pertama sebagai pelajar

    3.Sebak mengenangkan begitu perit dan susahnya untuk sampai ke bumi Nabi saw. Allah swt hadirkan pertolongan yang tak disangka sepanjang perjalanan ke bumi Madinah dengan mengenal ramai tokoh dan sahabat baru

 

    4.Tahun 2021 juga saya dapat menghabiskan 22 buku secara total, 23 webinar dan daurah bersijil iaitu ijazah Ta'hil Fiqhi Syafi'i dari Sheikh Labib Najib yang diadakan selama setahun setengah. Saya juga mengikutu beberapa pengajian kitab turath (kitab klasik) tetapi tidak sempat menghabiskan tahun ini kerana ia memerlukan masa yang lama

(Kita perlu catit segala buku, webinar yang dibaca sebagai rekod untuk menjejak perkembangan diri)

    5.Pengalaman turun naik dan berurusan dengan orang arab sebagai wakil pelajar Malaysia dalam urusan pendaftaran pelajar, iqamah di Pejabat Administrasi Pelajar Universiti Islam Madinah . Saya boleh katakan cabaran turun naik pejabat di mesir lebih susah tapi di madinah tidak senang juga. Kemahiran berlatih berurusan dengan orang arab membuatkan saya lebih sabar dan matang

    6.Jaringan kenalan saya menjadi lebih besar dan dapat mengambil manfaat dari ramai kawan dan sahabat yang baru samada yang datang mahupun pergi

    7. saya hanya target tahun ini 3 perkara sahaja : 


1) Lebih banyak membaca 

2) Banyakkan menghafal, fokus pada bahasa dan talaqqi

3) Banyakkan keluar output dengan menulis


Semoga 2022 lebih baik dari sebelumnya🤗 🤲


SHARE 2 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS