BUKAN SEMUANYA INDAH APABILA DI MADINAH

in , , by Haiqal sanif, December 05, 2021

 

Udara yang kian membahang mula menerima kesejukannya, musim luruh sudah tiba bermakna musim panas sudah sampai ke penghujung manakala musim sejuk semakin tiba. Ya, Saudi merupakan negara 4 musim tapi tidaklah musim sejuknya ada salji. 

Berbeza dengan iklim Malaysia, sepanjang tahun musimnya sama dan perbezaan iklim kita dengan Arab membuatkan mereka seronok dengan negara kita,

Tidak pernah mereka rasakan iklim seperti di Malaysia

Masakan tidak, Malaysia hujannya pasti ada setiap minggu manakala di Arab hujan turun kurang dari 5 kali sepanjang tahun !

Sebagai orang Malaysia, ajam (selain bangsa Arab) yang menetap di Madinah membuatkan saya terpegun. Di bumi yang jarang turun hujan inilah dimana Nabi SAW bermukim selama 10 tahun di Madinah sehingga Baginda SAW wafat.

Madinah dicemburui kerana wafatnya Baginda SAW di sana malah kata Baginda SAW "Madinah itu lebih baik bagi mereka (untuk menetap) sekiranya mereka tahu"

Para Ulama yang menetap di Madinah apabila ziarah ke negeri lain bahkan melakukan umrah sahaja mereka akan cepat-cepat pulang ke Madinah kerana risau jikalau sudah sampai ajal mereka tidak dikuburkan di Madinah kerana sabda baginda SAW :

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا

Maksudnya: Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana (Hadith riwayat al-Tirmidzi: (3917)

Menuntut ilmu di Madinah merupakan antara anugerah terindah Allah SWT kepada saya, sungguhpun begitu bukan semuanya indah belaka

 Guru-guru dan para senior ramai berpesan apabila belajar di Madinah jangan melebih-lebih dalam perkara ini kerana sudah ramai pelajar kita yang terkandas malah diberhentikan awal oleh pihak atasan Universiti disebabkan isu ini

Pelajar di Madinah selalu dihidangkan karpet merah, bukan sahaja diberi keselesaan yang tiada bandingan dengan pelajar universiti di negara lain untuk menuntut ilmu tetapi ia menjadi lubuk emas bagi yang mencari wang tambahan dan pekerjaan

“Apabila sampai di Madinah, ana berpesan pada satu benda ni je : Janganlah bekerja”
berulangkali beliau sebut dan besungguh-sungguh beliau ucapkan kepada saya oleh graduan yang lebih senior, Dr.Asyraf Isyraqi, pensyarah UM yang satu-satunya rakyat Malaysia (setahu saya) yang mempunyai double degree dari Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah.

Beliau sebut ramai yang drop belajar malah dihantar pulang oleh universiti kerana kegagalan mereka untuk fokus belajar tetapi mengalihkan perhatian mereka sepenuhnya untuk mencari wang.

Harapan mak ayah, keluarga dan orang kampung setinggi gunung bahawa dia menjadi graduan Universiti Islam Madinah, menjadi penyuluh dan pemimpin di kampung tapi pulangnya hanyalah tinggal angan-angan tanpa memberi nilai tambah kepada masyarakat.

“Kalau enta nak dapat RM 100K setahun pun boleh apabila duduk di Madinah tapi duit jelah enta dapat, ilmunya tidak ada dan jadilah enta macam orang biasa, ilmu tidak memberi apa-apa”

“Ada yang drop universiti kerana tak dapat sambung belajar sebab focus dengan duit, bawak orang sana sini sampai terabai tugasan hakiki kita di Madinah iaitu menuntut ilmu”

“Jangan jadi seperti mereka ukail..”

Kata-kata Dr.Asyraf Isyraqi begitu menyentapkan..

Bukanlah mencari duit sepanjang belajar dengan menjadi Mutawif, jual abaya dan kurma adalah dilarang tetapi berlebih-lebih dalam bekerja sehingga mengabaikan tugas hakiki kita menuntut ilmu itulah yang sepatutnya dijauhkan

Ulama Al-Haramain (dua tanah suci) menjadi hebat seperti mereka sekarang kerana mereka fokus menuntut ilmu dan tidak mengalihkan fokus mereka kepada benda lain. Bahkan kata guru saya, Sheikh Dr.Abdul Hamid Al-Juhani,hanya 6 jam membaca setiap hari engkau akan menjadi orang paling alim di Madinah selama 4 tahun dengan syarat fokus dan istiqamah !

Seyogianya para sahabat walau dimanapun anda berada samada di Madinah, Mesir mahupun Malaysia, belajar tetap yang pertama dan kerja, fikir tentang kahwin adalah perkara kedua !


SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS