TAKJUB AKAN KELEBIHAN MADINAH

in , , by Haiqal sanif, October 20, 2021

 


 Takjub saya akan kehebatan Universiti Islam Madinah, keluar sahaja saya dari tempat Kuarantin. Kami bergegas ke bangunan ‘Istiqbal Tullab Jadid’ (Pejabat Penerimaan pelajar baru). Kami terus ditempatkan di asrama Wehdah 21.

Bangunannya berbentuk 4 segi seperti apartment besar, mempunyai 6 tingkat keseluruhan. Setiap tingkat mempunyai 45 bilik dan 4 tandas di penjuru bangunan serta 4 lif. Antara kelebihan bangunan ini adalah setiap bilik disediakan 1 aircond untuk dikongsi dengan 2 orang, jadi tidak timbul kami dijemur Ketika belajar di Saudi kerana kami disediakan aircond berkelas tinggi !


Kunci bilik kami ala-ala kad kunci hotel bukan menggunakan kunci biasa. Setiap pelajar juga akan menerima selimut baldu tebal, bantal dan cadar secara percuma. Manakala di bilik masing-masing disediakan almari, meja dan kerusi belajar serta katil.

Setiap ceruk bangunan ada CCTV dan wifi, semuanya kami dapat secara percuma !

Saya sendiri kelu, tak pernah menerima kelengkapan belajar sebegini. Ketika di Mesir pun biasanya saya akan tidur di atas tilam nipis yang diwarisi dari senior. Setelah sebulan mukim di Madinah, saya sangat mengesyorkan untuk sekalian pelajar yang ingin mempelajari agama untuk mendaftarkan diri ke Universiti Islam Madinah !

Anggaran kos biasiswa setiap pelajar yang ditanggung oleh kerajaan Saudi adalah sebanyak 160 ribu selama 4 tahun belajar di sini. Semuanya selesa tapi..

Walaupun disediakan kelengkapan yang sempurna dan dicampur dengan biasiswa Saudi tidak bermakna semua indah belaka. Bak pantun orang lama

Adat Melayu Memantangkan manja,

Terlalu manja hidupkan rosak,

Sifat cemburu mendatangkan bala,

Cemburu buta hidupkan kemah

 

Nantikan cerita sambungan ini pada khamis akan datang !


SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS