BAGAIMANA SESEORANG MUKMIN ITU MENGAHADAPI MUSIBAH

by Haiqal sanif, August 13, 2021

Dunia jikalau terang selalu, permukaan dunia semuanya akan menjadi pasir. Sebab itu kita memerlukan hujan agar tumbuhnya buah-buahan dan pokok untuk manfaat sekalian manusia" 

Ujian bukanlah tanda hamba itu dibenci tapi adalah suratan cinta kepada hamba-Nya yang terpilih. 

Buktinya Rasulullah saw sendiri diuji


Apakah jawatan tertinggi manusia?

Ramai mengatakan Sultan, Perdana Menteri. Tapi sebenarnya jawatan paling tinggi dalam sejarah manusia adalah utusan Allah swt. 124 ribu Nabi, Rasulullah saw menjadi penghulunya

Rasulullah saw adalah makhluk yang paling disayangi oleh Allah SWT. Penghulu sekalian Nabi, rasul umat 

Makhluk yang paling disayangi oleh Allah SWT sendiri diuji

Maka kita boleh katakan antara sifat nabi adalah yang paling banyak sabar dalam dugaan

Jikalau kita kata Rasulullah SAW adalah penghulu manusia, wajib mengikutinya dan menjadikan sebagai idola

Bagaimana Rasulullah saw menghadapi musibah? Ini persoalannya . 

Tapi sebelum itu kenapa kita ditimpa musibah?

إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا * إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا

"Setiap dari kita akan diuji kerana ianya adalah Sunnah kehidupan yang tidak akan ditukar dan berubah kerana ujian yang menimpa kita tidaklah melainkan Allah swt ingin mengujinya samada ia tergolong dari yang bersyukur mahupun kufur"

ما يصيبُ المؤمنَ من وصبٍ ، ولا نصبٍ ، ولا سقمٍ ، ولا حَزنٍ ، حتَّى الهمَّ يُهمُّه، إلَّا كفَّر به من سيِّئاتِه


"Tidaklah ditimpa seseorang Mukmin itu dengan penyakit, kelelahan, kesakitan, kesedihan atas kehilangan hatta berlaku perkara yang benar-benar dia tidak suka melainkan Allah swt akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu" HR Muslim

Bahkan Rasulullah saw bersabda : 

"من يرد الله به خيرا يصب منه" 

"Barangsiapa Allah SWT menginginkan kebaikan, maka beliau akan diuji" 

Apabila kita menyangka kita sudah benar-benar diuji,

 sebenarnya umat terdahulu lebih dahsyat ujiannya dari kita

أم حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ ٱلْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ ٱلْبَأْسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ... 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh).. [Al-Baqarah] 

Sebagai seorang hamba penat, sedih adalah lumrah maka kita memerlukan kekuatan dan pertolongan kepada Allah SWT. Maka apakah doa yang paling sesuai untuk diamalkan? 

اللَّهُمَّ أْجُرْنِي في مُصِيبَتِي، وأَخْلِفْ لي خَيْرًا مِنْها

"Ya Allah, (jikalau ada) ganjarilah aku pahala dengan musibah ini, kau gantikanlah ia dengan yang lebih baik dari sebelumnya" HR Muslim

Ketikamana Ummu salamah kematian suaminya  yang bernama Abu Salamah, maka apabila Ummu Salamah berdoa seperti di atas untuk beri yang lebih baik dari Abu Salamah. Tidak terjangkau ada orang yang lebih baik dari beliau kerana Abu Salamah antara yang pertama berhijrah dengan Nabi SAW. 

Rupa-rupanya doa ini mustajab, masih ada yang lebih baik dari suaminya terdahulu iaitu tidak lain tidak bukan Rasulullah SAW sendiri datang melamarnya. Yang lebih baik dari Abu Salamah adalah Baginda SAW, sebaik-baik lelaki

Antara adab kita dengan Allah swt, selalu bersangka baik dengan takdir-Nya. Tidaklah kita mempunyai daya, jiwa yang kuat melainkan semua dengan pertolongan Allah SWT. Moga-moga kita diberi kekuatan, kesabaran dan pahala berpanjangan.  



SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Ujian tu datang dari pelbagai segi. Apapun di dunia itu semuanya dugaan dan ujian buat kita. Terima kasih UK ingatkan bagaimana kita harus tanganinya. :)

    ReplyDelete
  2. Amin amin amin...thanks for sharing this ^_^

    ReplyDelete

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS