Berpuluh tahun semenjak tertubuhnya dwi sistem perundangan di Malaysia, berlaku pelbagai pertindihan kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah

Perjuangan bagi memartabatkan mahkamah Syariah telah diusahakan oleh pelbagai tokoh, entiti, NGO malah mengambil usaha berpuluh tahun agar Mahkamah Syariah tidak lagi dianggap mahkamah kelas kedua. 

Buku ini menerangkan isu semasa yang berlaku di tanah air malah isu kontroversi seperti isu Hudud, Murtad dari kacamata undang-undang dan perspektif Syariah

Paling menarik minat saya adalah “bab Kedudukan Anak Tidak Sah Taraf Menurut Undang-Undang Islam dan Malaysia” dan “Bab Yang di-Pertuan Agong : Institusi Semak dan Imbang Negara” yang sangat berkait dengan isu terkini

Dalam isu RUU 355, enakmen sedia ada dalam Akta Mahkamah Syariah hanya dikira sebagai Takzir. Sebarang penambahbaikan enakmen sangat dialukan walaupun jikalau diluluskan RUU 355 sekalipun tidak menunjukkan hudud secara keseluruhan telah tertegak

Pendapat penulis begitu Kritis dalam beberapa isu, tidak semena-menanya menuntut pembacanya untuk turut menganalisis kritis bersama

Perjuangan memartabatkan undang-undang Islam bukanlah perjuangan yang bersifat ekslusif tapi ia adalah tanggungjawab semua terutama untuk generasi akan datang. 

Tujuan tetap sama, Undang-undang Syariah wajib dimartabatkan 

Saya syorkan rakan-rakan saya khususnya pelajar syariah bagi membaca buku ini untuk mendapat tasawwur yang jelas dalam perspektif undang-undang sekitar isu kontroversi dengan perbincaraan ilmiah dan tanpa bias. 

Buku ini juga mencadangkan beberapa solusi yang praktikal terutama pada konflik undang-undang sivil dan Syarak yang tidak dapat dielakkan. 

Terima kasih Prof Mohamed Azam Mohamed Adil atas hadiah ini, saya seronok membacanya

#CutiSem #CutiSoifi #BookReview




SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS