Kisah Sebenar Belajar Di Al-Azhar

in , by Haiqal sanif, June 11, 2021

Hayyu 7 nak buat monorail, tempat duduknya ramai pelajar Malaysia dan banyaknya rumah negeri.⁣

Dulu-dulu bolehlah kata belajar di Mesir sebab murah dan tak ada hutang. Bila train ni dah siap, harga sewa rumah mesti meningkat mendadak. 2 tahun sebelum ni pun rumah sewa meningkat mendadak. Sudah pasti harga barang pun turut meningkat⁣

Sebab-sebab lain sudah tidak lagi relevan, sehinggalah anda betul-betul sampai ke sini kerana ilmu dan Al-Azhar. Jikalau benar pun kerana ilmu, setiap langkah anda akan diuji.⁣

Tiada pengawasan keluarga, berdikari sendiri. Arahan mengejut dari universiti. Jauh dan tidak dapat berbakti sepenuhnya kepada mak ayah. Meninggalkan mereka seorang diri. Hati mana yang sanggup, hati mana setabah ini. ⁣

⁣Datang mesir bukan kerana seronoknya naik kapal terbang. Bukan kerana dapat jumpa Pyramid dan Firaun. Tapi sejauhmana minat anda kepada ilmu diterjemahkan kepada usaha, meninggalkan yang tersayang demi mengikuti jejak Salaf musafir kerana ilmu⁣

⁣Semua ini ujian yang tidak mampu orang melaluinya. Bukan semua mampu, tidak semua berani. Bukan sedikit yang mengundur, tapi yang masih di sini masih belum lagi luntur⁣

⁣Yang datang Azhar hanya orang yang berani tapi yang mampu kekal sehingga akhir hanya orang yang cekal dan sabarnya hati ⁣

Sebab-sebab lain sudah tidak lagi relevan, sehinggalah anda datang betul-betul kerana Al-Azhar! ⁣


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Fuh, bila fikir balik memang orang p Al-Azhar ni jiwa cekal. Duduk di tempat asing, jauh betul2 jauh dari keluarga.

    ReplyDelete

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS