Pada sem kali ini, saya dikurniakan pengalaman yang menarik. Setelah mendapat rezeki sambung di Madinah dengan tajaan biasiswa penuh oleh kerajaan Arab Saudi. 

Saya ingin berkongsi sepanjang belajar saya mengambil 2 degree pada waktu yang sama berlainan negara iaitu Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Madinah, Arab Saudi. 

Untuk pengetahuan semua, sudah 2 sem saya belajar online di universiti Madinah manakala pengajian di Azhar ketika ini sudahpun di tahun ketiga. Sekarang saya berada di Mesir meneruskan kedua-duanya serentak. 

Sejak awal tahun sesampai sahaja di mesir, rehat seperti tidak cukup kerana penat mengambil kedua-kedua kelas. Sampai sahaja saya di Mesir dari Malaysia pada awal bulan 1, 2021 saya terus bersiap sedia mengulangkaji demi peperiksaan yang bakal menjelang di Al-Azhar. Sungguhpun begitu, kelas online di Madinah tidak dapat saya tinggalkan kerana kehadiran online adalah wajib. Sambil-sambil bersiap sedia untuk peperiksaan Al-Azhar, saya teruskan juga belajar online kelas Madinah. 

Pada fasa inilah saya rasa benar-benar mentally exhausted sehingga hampir membuatkan saya putus asa. Its too much

Style Al-Azhar ketika dalam peperiksaan terus memberi sejumlah himpunan buku bertebalan sehingga 1000 ms kemudian akan diuji dalam tempoh sebulan. Bagi sekaligus tak ada sikit-sikit. Ditambah lagi banyak perbahasan yang tidak kita faham sepenuhnya dan laras bahasa arab tinggi. 

Pada waktu ini saya benar-benar rasa ingin putus asa terutama subjek Mirath, perwarisan harta. Belajar sendiri memang benar-benar mencabar. Berjam-jam duduk di dalam bilik hadap buku yang sama membuatkan akal tertekan, jiwa tidak tenteram. 

Dalam pada ketekanan itu, Madinah cabarannya pula kerja-kerja yang banyak. Terlalu banyak ala-ala homework yang diberi pensyarah bertubi-tubi. Kemudian ditambah lagi dengan peperiksaan pertengahan sem (mid term) yang sama waktu dengan peperiksaan Al-Azhar. 

Saya perlu prepare diri kedua-duanya dalam masa serentak. Walhal jiwa meronta-ronta tertekan dengan kerja yang banyak. 

Walaubagaimanapun, memikirkan cita-cita yang ditanam sejak kecil untuk menjadi paling kurang menjadi 'seseorang' yang dapat memberi seculit manfaat kepada masyarakat menjadi penguat saya untuk meneruskan belajar dan terus kuat menempuh badai walau di atas sampan kecil berseorangan. 

Azam semangat yang diwarisi oleh senior kepada kami, slogan 'MUMTAZ UNTUK UMMAH' memberi kekuatan untuk saya meneruskan pelajaran. 

Jikalau azam disulam usaha dan diakhiri dengan tawakkal, mengikut adat pasti berjaya. 

Tapi.. 

Ketika diri sedang jatuh di lubang yang dalam, tertekan dari pelbagai arah dan penat secara mental. Di situlah saya benar-benar rasa keajaiban Tuhan! 

Doa dari sahabat handai, guru dan kenalan serta paling utama doa ibu terasa mujarabnya dalam fasa kesusahan ini. 

Pertolongan Allah swt hadir, saya mula terasa lapang. Saya mula sedekah dengan duit yang ada, belanja kawan-kawan apa yang mampu dan meminta SELALU doa ibu. 

Ajaibnya Allah swt memakbulkan pintaan hamba-Nya ini dengan memberi kelapangan jalan yang tidak disangka. 

Kawan-kawan serumah memahami keadaan saya bagaimana, mereka memberi saya ruang untuk study secara cermat. Ada kawan-kawan yang datang belanja, ziarah dan bergurau senda. Sedikit demi sedikit, memberi kerehatan jiwa yang sudah lama tidak rasa sentuhan lembut dari kawan-kawan walaupun saya tahu mereka juga sibuk. 

Paling saya rasa keajaiban itu, ketika mana peperiksaan Al-Azhar yang mewajibkan saya menghadiri kuliah dan mengambil periksa Al-Azhar secara fizikal berlaku serentak dengan peperiksaan mid term Madinah TIDAK ADA SATUPUN BERTEMBUNG!! 

Saya sendiri terkejut! 

Peperiksaan Al-Azhar saya pada Isnin dan Khamis tapi mid term madinah semuanya pada selasa, rabu dan ahad berterusan sehingga sebulan! (tempoh exam Azhar sebulan lebih kurang manakala exam madinah setiap minggu! )

Kelas-kelas saya pada isnin dan khamis, saya meminta sahabat sebilik saya, Hadif untuk gantikan sepanjang kelas online Madinah ketika saya pergi ke Azhar untuk menghadiri periksa. Alhamdulillah, beliau setuju untuk tolong walaupun beliau juga penat dengan exam Azhar. Allah swt memberi pertolongan dengan jalan tidak disangka! 

Biasanya, pengalaman pertama memang susah dan lama-lama insyaAllah menjadi biasa. Alah bisa tegal biasa

Membaca buku 'Travelog Tarbiah' Dr Zaharuddin yang saya khatamkan ketika tempoh berkurung 2020 lepas, membantu banyak akan pentingnya susunan masa kepada penuntut ilmu. Beliau mengisahkan bagaimana ajaibnya Dr Abdul Sattar Abu Ghuddah menyusun masa walaupun memegang pelbagai portfolio penting institusi terbesar dunia tapi sentiasa menyediakan masa ketika mana umat seluruh dunia memerlukan beliau. Beliau tetap hadir, memberi sepenuh komitmen kepada tugasannya dengan semangat sehingga akhir hayatnya. 

Saya belajar banyak dari episod ini bahawa penat belajar lebih berbaloi dari penat rehat.

Mungkin ini bezanya perbezaan konotasi 'jihad ilmu' dan 'belajar untuk peperiksaan biasa' . Jikalau kita kita niat belajar ini sebagai perjuangan kerana masyarakat memerlukan kita. Anjakan semangat kita menjadi lebih teguh dan susah lentur berbanding belajar untuk hanya dapat kerja/ 'A' semata-mata. Perbezaan niat dan impian benar-benar memberi peranan yang penting. 

Apabila kita melakukan perkara yang kita suka untuk mencapai impian besar. Kemanisan itu pasti ada di hujung kepenatan. 

Moga-moga belajar ini dikira sebagai jihad ilmu, menaikkan darjat kepada Allah swt dan diampunkan segala dosa. Dengan segala kepayahan yang dilalui, amatlah rugi jikalau ia tidak diniatkan kerana Allah swt sepertimana Allah swt umpamakan ia sebagai debu bertebangan, banyak debunya tapi sia-sia kerana amal dilakukan tanpa ikhlas.

Moga sedikit sebanyak perkongsian pengalaman membantu kepada generasi akan datang yang mungkin dalam hal yang sama seperti saya.

Nantikan episod seterusnya! Terima kasih membaca!!


SHARE 3 comments

Add your comment

  1. assalamualaikum akhi,amik kos apa di alazhar dan di madinah ?

    ReplyDelete
  2. May Allah ease everything for u..pray for me too...nak fly ke madinah

    ReplyDelete

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS