MELAFAZKAN NIAT BID'AH?

in , by Haiqal sanif, April 12, 2021

First time saya dengar sheikh berkata kepada saya bahawa melafazkan niat adalah bid'ah.

Pada sesi kelas yang lepas, saya teringat perbincangan saya dengan Sheikh ketika mana kami mempelajari bab syarat-syarat wudhu. 

Pada permasalahan dalam Raudul Murbi', Fiqh Hanbali iaitu silibus kami dalam fiqh di Universiti Madinah penulis mengatakan bahawa ia adalah istihbab (sunat) secara perlahan tapi dalam permasalahan ini, sheikh mensyarahkan bahawa yang lebih tepatnya adalah Bid'ah (tarjih ini luar dari buku) 

Saya hairan apabila mendengar tarjih Sheikh

Saya terus menanyakan kepada Sheikh, adakah yang melafazkan niat solat ini dikira berdosa? Oleh kerana dia melakukan bid'ah sepertimana yang engkau katakan? 

Memang ini sifat saya dari dulu, tanya secara terus tanpa berlapis bagi melunaskan curiosity di minda saya. Memang saya bukan jenis suka terima bulat-bulat, jikalau ada hujah yang lebih baik baru saya terima

Beliau menjawab jikalau dia tahu itu bid'ah dan tetap buat maka dia berdosa. 

Saya termangu, first time saya dengar! 

Perbincangan dan persoalan saya tidak henti di situ. Malah menarik minat saya

"Ya Sheikh, lafaz niat itu untuk membezakan ibadat dan adat. Memudahkan masyarakat"

Beliau tanya kepada saya kembali "walaupun ada faedah tapi ia tetap bidah" 

Saya ulang lagi, "ya sheikh ia memudahkan masyarakat, kadang-kadang manusia ini datang dalam keadaan ghaflah (lalai) maka ulama Syafi'iyyah mengajarkan untuk melafazkan niat bagi membantu solat kita menjadi lebih baik dan khusyu' bahkan syarat niat adalah تعيين (penentuan secara teliti)

Sheikh menanyakan saya kembali," mana dalil?" 

Saya terdiam sebentar, apa yang saya belajar memang tak ada dalil khusus tapi semuanya belajar melalui matan dan kefahaman. 

"Jikalau membidahkan perkara ni dan jikalau ia berdosa, banyak masalah timbul nanti sheikh"

Sheikh menjawab dengan tenang, "Tidak mengapa, hendaklah seorang graduan itu mengikut mazhab negaranya. Tidak mengapa wahai anakku dan mengikut uruf itu lebih utama"

"Baik sheikh"

Perbincangan saya dengan sheikh pertama habis di situ 

Saya tanyakan masalah ini pula kepada sheikh kedua dalam sesi kelas lain, iaitu Dr Muhammad Khalifah. 

Untuk pengetahuan pembaca, kami ada dua guru dalam subjek fiqh Hanbali, semua ini untuk mengejar silibus yang ditetapkan Universiti Madinah dengan cepat. Kelas kami dengan sheikh pertama pada hari ahad manakala dengan sheikh kedua pada hari selasa. 

Dr Mahmud Khalifah antara guru yang saya rapat sepanjang belajar di Madinah, beliau paling suka jikalau pelajar suka bertanya soalan. Setiap kali habis kelas online, kebiasaannya kami akan berbincang sehingga persoalan kami selesai. 

Saya mengemukakan masalah ini kepada beliau, saya memberitahu saya hairan bagaimana boleh mengatakan lafaz niat adalah bid'ah dan berdosa dan saya memberitahu sebab-sebab saya tidak setuju. Beliau memahami dan membalas : "menurutku bukanlah bid'ah dan berdosa. Ia adalah makruh dari sisi kami"

Saya tarik nafas lega kerana paling kurang beliau tidak mengatakan ia adalah berdosa. 

Pada masalah melafazkan niat

Bukan Syafi'iyyah sahaja yang mengatakan ia adalah mustahab tapi ramai dari ulama dari kalangan Hanafi malah Hanbali yang mempersetujuinya hatta penulis kitab iaitu Imam Buhuti dalam Raudul Murbi', kitab Masyhur Fiqh Hanbali mengatakan sama. 

Lafaz Bid'ah tidaklah hanya terhad kafir atau fasiq sahaja. Akan tetapi ia mungkin berlaku pada perkara Ijtihad dan boleh juga dimaksudkan sebagai makruh. Sepertimana dalam permasalahan istinjak apabila terkentut. Setengah mengatakan ia adalah mustahab dan ada juga mengatakan adalah bid'ah. Imam Nawawi mengatakan ia adalah makruh yang tidaklah dosa jikalau melakukannya. Bermaksud, bukanlah bid'ah itu hanya terhad pada kafir dan fasiq sahaja bahkan boleh diertikan sebagai makruh. 

Ulama sepakat mengatakan niat tempatnya di hati bukannya di mulut. Akan tetapi digalakkan untuk melafazkan niat bagi membantu menguatkan niat supaya lebih jelas bagi menepati syarat niat iaitu تعيين. 

Ulama Syafi'iyyah mengatakan niat wajib jelas (تعيين). Contohnya : 

1) wajib niat samada solat itu fardhu' atau sunat

2) solat Zuhur misalnya dan bukan solat asar atau waktu-waktu yang lain. 

3) Jikalau makmum, wajib niat makmum. 

Jikalau tidak ada salah satu syarat ini ketika takbir maka solatnya boleh terbatal. 

Maka melafazkan niat adalah mustahab, permasalahan ini selalu timbul misalnya apabila seseorang itu tergesa-gesa ingin menunaikan solat lalu Imam sudahpun ruku'. Beliau terus masuk tanpa niat untuk mengejar makmum bersama Imam dan apabila pertengahan solat baru beliau teringat, maka solatnya boleh terbatal. Bagi mengelakkan perkara ini, melafazkan niat adalah mustahab, dibenarkan dan bukannya berdosa. 

Mudah cerita, melafazkan niat tidaklah berdosa dan ia adalah khilaf antara ulama'.  

Bagi saya sepanjang belajar di Madinah, walaupun guru ada pandangan tersendiri. Mereka tidak pernah paksa pelajarnya mengikut pandangannya. So far, alhamdulillah tidak jumpa lagi sheikh mengatakan ini kafir kepada orang yang berbeza pandangan dengan sheikh. 

Sepanjang saya belajar disana, mereka sangat terbuka dan menerima pandangan dari pelajarnya. Tidak ada marah-marah malah pelajar diberi hak untuk memberikan pandangannya. 

Sekadar berkongsi pengalaman mempelajari dari dua universiti yang berbeza. 

*Faedah banyak diambil dari syarahan Dr Labib Najib




SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS