PELAJAR AGAMA YANG TERTIPU

in , by Haiqal sanif, December 17, 2020

 


Moga Allah SWT merahmati Ibnu Qudamah Al-Maqdisi penulis Mukhtasar Minhajul Qasidin (مختصر منهاج القاصدين)

Bagaimana ramai ulama', pelajar syariah tertipu dengan ilmu agama yang dipelajarinya. (الغرور)

Allah SWT berfirman :
(مَثَلُ ٱلَّذِینَ حُمِّلُوا۟ ٱلتَّوۡرَىٰةَ ثُمَّ لَمۡ یَحۡمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ یَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢاۚ بِئۡسَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِینَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِینَ) [Surah Al-Jumu'ah 5]

Orang yahudi dianugerahkan kitab Taurat, mengetahui setiap kandungan ayat dan hukum-hakam yang ada pada Al-Quran dan mengajar kepada masyarakat

Mereka adalah 'orang agama' tapi Allah SWT mengumpamakan mereka ini tidak lebih hanyalah keldai yang membawa bendela kitab-kitab besar (كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ یَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢاۚ)

Tidak ada sedikit manfaat pun yang diperoleh samada pada dirinya sendiri mahupun masyarakat. Mereka mendustakan ayat-ayat Allah SWT dan menyembunyikan kebenaran.

Betapa mempelajari agama setiap hari, lagi bertambah ujiannya. Bukan senang, setiap hari peroleh ilmu baru, bertambah tanggungjawabnya untuk menyampaikan kepada masyarakat dan menyempurnakan amalan kendiri.

Amat malang jikalau ilmu syara' yang dituntut itu hanya kerana pekerjaan, kemasyhuran malah berdebat agar digelar menjadi pendebat terhebat.

Bahkan dalam satu hadis :
"ما ضل قوم قط بعد هدي إلا أوتوا الجدل"

"Tidak akan sesat sesuatu kaum itu selepas mereka menerima hidayah melainkan dengan berlakunya pendebatan"

HR Tirmidzi (3252) Ibnu Majah (48) dan Ahmad (252/5)

Begitu juga pesanan sahabat saya dalam ketinggian nilai ilmu syara' yang diperoleh :

"Berbaloikah menggadaikan ulum syara' hanya semata-mata demi pekerjaan? Nilai ulum syara' lebih dari itu"

Cukuplah kisah kezuhudan Saidina Umar menjadi iktibar, dikisahkan dalam satu riwayat :

Ketika mana Saidina Umar tiba di Syam dengan tunggangan biasa, orang ramai berhimpun untuk menerima ketibaannya.

Maka datang seseorang berkata kepada beliau (seolah tidak ada orang perasan akan kehadiran Saidina Umar kerana membawa tunggangan biasa) : "Wahai Amirul Mukminin, jikalau engkau tiba dengan kereta kuda yang megah pasti pembesar-pembesar daerah ini turun menjemputmu"

Saidina Umar membalas :
لا أراكم هاهنا، إنما الأمر من هاهنا وأشار بيده إلى السماء"

"Tidaklah aku mengambil berat akan pandangan kamu tapi yang menjadi kepentingan diriku adalah pandangan pemilik langit"

Sentiasalah perbaiki diri sendiri, buku-buku akhlak perlu diulangkaji dan tidak terhenti ketika belajar di sekolah rendah.

#PesananKepadaDiriSendiri

Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Ibnu Qudamah pdf

https://www.noor-book.com/%D9%83%D8%AA%D8%A7%D8%A8-%D9%85%D8%AE%D8%AA%D8%B5%D8%B1-%D9%85%D9%86%D9%87%D8%A7%D8%AC-%D8%A7%D9%84%D9%82%D8%A7%D8%B5%D8%AF%D9%8A%D9%86-%D8%AA-%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%A7%D8%B1%D9%81-pdf




SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS