TAKKAN ADA CINTA TANPA TANGGUNGJAWAB

in , by Haiqal sanif, September 05, 2020

Bukan taknak mendekati perempuan awal-awal, cuma ada beberapa target yang perlu diutamakan buat masa sekarang. 

Dari kecil diasuh oleh mak ayah berpuluh tahun, kemudian jumpa orang baru yang baru sahaja kenal 2/3 tahun. Terus ingin serah hidup kita kepada orang itu ? Berbaloikah ? 

Beringatlah, melamar biarlah ketika sudah bersedia. Nabi SAW bersabda jikalau tidak mampu berkahwin, maka berpuasa. 

Menahan dari nafsu ! 


Namun berbeza cerita jikalau sudah bersedia, jikalau perempuan masih tidak berpunya, bolehlah melamarnya. Jikalau sudah diambil orang, bersabarlah dan Allah swt jualah yang mempunyai perancangan terbaik dan akan ganti dengan yang lebih baik.

Bukannya tidak mahu berkenalan dan berjanji dahulu, tapi menjanjikan sesuatu yang tidak pasti takut tidak dapat ditunaikan nanti

Hati ini terlalu mudah berbolak balik, apa yang dikatakan harini boleh berubah esok hari. 

Sambil tersemat di dalam diri berpegang pada prinsip, jikalau belum berkemampuan jangan mulakan dulu. Kelak hati akan robek, kerana percintaan tanpa pernikahan pasti akhiri dengan perpisahan. 

Apa gunanya berkenalan, ingin menjadi pasangan tapi tidak akhiri dengan jalan kemuliaan. Lambat laun pengakhirannya pasti meninggalkan luka mendalam dan mula bersesalan

Rugi hati dan perasaan,

Jikalau tangisan bukan kerana Tuhan 

Lebih baik mengumpul kemampuan, menahan nafsu dari perkara haram. Jikalau inginkan kemuliaan, pasti juga perlu menuruti jalan kemuliaan. 

Biarlah masa dan kehendak itu menjadikan halal dan mulia. Moga-moga keberkatan bersabar akan dapat juga keturunan yang selalu beringat kepada-Nya. 

Jikalau ingin perempuan yang sepadan, jalan menujunya jugak perlu jalan yang mulia. 

Bila sudah jodoh, takkan ditunda walaupun sedetik. Semuanya sudah tertulis. 

Wanita solehah, bakal ibu kepada anak-anak generasi soleh solehah akan datang ini masih ada dan tidak putus. 

Jikalau akhlaknya sudah baik, kemampuannya cukup pasti juga berjumpa dengan yang baik.

Jangan berkecil hati, pesimis jikalau tidak mempunyai kekasih. Allah SWT kelak balas dengan pasangan terbaik dunia hingga akhirat. 

Hati takkan pernah tenang jikalau fikirkan tentang orang, penuhkanlah ia dengan mengingati Tuhan ! 

Perjuangan mengingati Tuhan tidak akan rugi ! 

bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor

_

سل المفتي المكي هل في تزاور ¤ وضمة مشتاق الفؤاد جناح

Tanyakan kepada mufti Makkah, dosakah dua orang yang saling merindu untuk saling mengunjungi dan berpelukan?

Dalam kertas itu pula Syafi'i menjawab,

معاذ الله أن يذهب التقى ¤ و تلاصق أكباد بهن جراح

Na'udzu billah, jika keterikatan hati kepada perempuan ¤ Dapat menghilangkan ketakwaan pada diri seseorang

Membaca jawapan ini, mereka kagum.

Di lain kesempatan pemuda itu datang lagi untuk bertanya,

سل المفتي المكي من آل هاشم ¤ إذا اشتد وجد بامرئ كيف يصنع

Tanyakan kepada Mufti Makkah yang berasal dari keluarga Hasyim Jika rasa cinta terhadap seseorang semakin besar, apa yang harus dilakukannya?

Imam Syafi'i menjawab,

يداوي هواه ثم يكتم حبه ¤ ويصبر في كل الأمور ويخضع

Ia harus mengubati hawa nafsunya dan menahan cintanya, Serta bersabar dalam segala hal dan pasrah

U's | Kaherah 2020



SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS