BAGAIMANA INGIN MEMBACA BUKU ? 2020

in , , , , , by Haiqal sanif, September 05, 2020

 

BAGAIMANA INGIN MEMBACA BUKU ? 2020

 

Antara soalan yang  sering ditanya kepada saya,

 

"Ambil berapa lama nak habis satu buku ?"

"Bagaimana tidak jemu membaca buku ?"

 

Saya rumuskan beberapa point penting yang diboleh dirumuskan seperti berikut :

 

1) MEMBETULKAN NIAT DAN SELALU BERDOA

 

Menyoroti kembali the big WHY kita membaca buku.

Allah SWT berfirman :

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

 

Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

 

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim]

 

Menuntut ilmu adalah ibadah, ganjarannya besar.

Sebab itu antara amalan ketika qiamullail salaf as-salih bukan terhad kepada solat dan membaca Al-Quran sahaja tapi mereka menghabiskannya dengan menulis dan mempelajari ilmu.

Tapi untuk mendapat ganjaran itu bukan mudah, ia perlukan usaha dan bersamanya adalah tanggungjawab yang kelak dipertanggungjawabkan

 sepertimana kata-kata terkenal,

“Great Reward come with Great Responsibilities”

Kita akan disoal untuk apakah ilmu ini dipelajari ? Adakah kerana Aku atau untuk selain-Ku ? Lebih membimbangkan lagi, adakah aku beramal dengan ilmu yang dipelajari ini ?

 

Allah memberi amaran secara tegas :

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

“Mengapa kamu suruh orang lain mengerjakan kebaikan, sedangkan kamu melupakan kewajipan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu berfikir? “ (Al Baqarah : 44)

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

 

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan“

(As-Saf :  2-3)

Sebab itu, menjadi kelaziman ulama salaf apabila menumemulakan karangan beliau bagi menjaga hati dan memperjelaskan tujuan bahawa ilmu ini hanyalah usaha agar dijadikan pemberat mizan kelak dan bukan untuk tujuan lain.

  (وَمَاۤ أُمِرُوۤا۟ إِلَّا لِیَعۡبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخۡلِصِینَ لَهُ ٱلدِّینَ حُنَفَاۤءَ)

"Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya" [Surah Al-Bayyinah 5]

 

TUJUAN ILMU HUJUNGNYA  UNTUK MENIMBULKAN KETAKUTAN KEPADA ALLAH SWT

 

قال الإمام أحمد : "أصل العلم خشية الله تعالى"

Imam Ahmad telah berkata : "Tujuan ilmu untuk menimbulkan perasaan takut kepada Allah swt"

Jikalau ilmu yang kita pelajari setiap hari tidak menimbulkan keinsafan dan takut kepada Allah SWT, maka apakah faedah kita menuntut ilmu ? walhal sepertimana kita tahu hidup kita segalanya kepada Allah SWT jua dan tidak lain.

Dalam buku Hilyah Tolibil Ilm, penulisnya Syeikh Bakr ibn Abdullah Abu Zaid mensyarahkan kata-kata Imam Ahmad seperti berikut :

فالزم خشية الله في السر والعلن، فإن خير البرية من يخشى الله تعالى، وما يخشاه إلا عالم، إذا فخير البرية هو العالم، ولا يغب عن بالك أن العالم لا يعد عالما إلا إذا كان عاملا، ولا يعمل العالم بعلمه إلا إذا لزمته خشية الله

“Maka beringatlah untuk sentiasa takut akan Allah SWT secara sembunyi dan di khalayak ramai, Sesungguhnya makhluk yang paling baik adalah yang takut kepada Allah SWT,

yang takut itu pula hanya orang yang berilmu,

seharusnya engkau beringat bahawa tidak dikira orang itu orang yang berilmu melainkan ia beramal dengan ilmunya,

Orang yang berilmu tidak akan beramal melainkan kerana dia takut akan Allah SWT”

 

Jadi bagaimanakah ilmu selain agama seperti kejuruteraan ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT ? adakah ia terhad kepada ilmu agama sahaja ?

 

Semestinya tidak, cukuplah kita tahu bahawa ilmu ini selagimana ada manfaat untuk manusia maka ia berpahala dan dipuji. Ia adalah fardhu kifayah yang perlu dilakukan oleh sebahagian orang Islam.

 

Nabi SAW menitipkan agar selalu berdoa di bawah kepada penuntut ilmu sepertimana dalam hadis :

 

"اللهم إني أعوذ بك من قلب لا يخشع، ومن دعاء لا يسمع، ومن نفس لا تشبع، ومن علم لا ينفع، أعوذ بك من هؤلاء الأربع"

 

Wahai tuhan kami, kau jauhkanlah kami dari hati yang tidak khusyuk, Doa yang tidak dikabulkan, dari jiwa yang tidak pernah puas dan ilmu yang tidak bermanfaat, kau jauhkanlah kamj dari 4 perkara ini ya Allah swt !" [Sahih Muslim]

 

Sebaiknya berdoalah agar diberikan buku yang terbaik dan sesuai dengan kita untuk dimanfaatkan kepada diri dan masyarakat. 

 

2) STRATERGI MEMBACA BUKU

 

Kebiasaannya saya selalu membaca buku 3 sekaligus kerana membaca satu buku sahaja akan membuatkan saya mudah bosan.

 

Saya bahagikan kategori buku saya kepada tiga :

1) Fact books : Kebiasaannya saya membaca  buku sumber primer jurusan saya seperti usul fiqh, Fiqh muamalat atau buku kuliah.

Cadangan buku saya kepada jurusan Syariah khususnya untuk anda membaca :-

 

Usul Fiqh :

 

-          Sumber utamanya adalah Nihayatus Sul, Imam Isnawi (Cetakan Dar Ibnu Hazm yang terbaik). Buku ini adalah buku rujukan dan antara terpenting bagi mempelajari silibus Usul Fiqh selain mazhab Hanafi. Ini juga menjadi silibus Azhar dan setahu saya hanya Azhar sahaja yang memakai kitab agung dan sesusah ini.

-          Usul Fiqh, Dr.Muhammad Abu Nur Zuhair (Cetakan terbaik Dar Basair kerana cetakan selainnya dilaporkan mempunyai banyak kesalahan) : Nihayatus Sul sebenarnya bukan mudah kerana ia adalah matan dan ditulis dengan gaya tulisan klasik. Jadi buku ‘Usul Fiqh’ ini telah disyarah dan dimodenkan bahasanya agar mudah memahami Nihayatus Sul. Sangat recommended untuk anda baca.

-          Al-Wajiz fi Usul Fiqh, Dr.Abdul Karim Zaidan : Kata Prof.Madya Irwan Subri selama beliau mengajar usul fiqh. Buku paling sesuai untuk pemula adalah Al-Wajiz berbanding Waraqat. Contoh di dalam kitab ini lebih mudah dan tersusun malah ia menjadi silibus hampir semua IPTA Malaysia.

Jikalau anda susah memahami buku Nihayatus Sul, rujuklah Usul Fiqh Dr.Muhammad Abu Nur Zuhair dan jikalau masih tidak faham lagi, maka rujuklah Al-Wajiz. Bahkan yang menariknya tentang Al-Wajiz ia meliputi semua tajuk dalam usul fiqh secara ringkas tapi padat. Paling kurang kitab Al-Wajiz ini wajib dimiliki oleh anda.

 

Fiqh Syafi’I : Sumber primernya : Minhaj Talibin, Imam Nawawi. Oleh kerana syarahnya banyak, kami di Azhar menggunakan syarahnya bernama Kanzu Ar-Raghibin, Al-Mahalli. Tapi jikalau diikutkan Mesir secara umumnya lebih banyak menggunakan syarahnya yang terkenal juga iaitu Mughni Muhtaj. Cetakan terbaik jikalau dalam fiqh Syafi’I semestinya Dar Minhaj Saudi Cuma harganya agak mahal tapi berkualiti. Anda boleh juga survey Dar Faiha, Syria yang bagus juga jikalau cetakan dar Minhaj kehabisan stok.

 

Manakala Hasyiah yang kami gunakan di Azhar ialah Hasyiata Qalyubi Umaira, cetakan darul hadis pun bagi saya sudah sangat baik.

 

Tapi dalam banyak-banyak buku Fiqh Syafi’I saya paling suka dan mencadangkan agar anda pencinta Fiqh untuk membeli  Al-Mu'tamad, Fiqh Syafi'i Dr.Muhammad Zuhaili, dar Qalam. Buku ini telah memudahkan bahasa dan ringkaskan masalah menjadi lebih mudah. Memahami kitab seperti Minhaj, Kanzu Raghibin dan Hasyiata memang berat dan jikalau anda perlukan penjelasan kerana kurang faham kitab kanzu raghibin dan hasyiata ini. Maka rujuklah kitab Al-Mu’tamad ini.

 

Semestinya ada banyak buku lain yang tidak kurang pentingnya seperti Hasyiah Baijuri, Kifayatul ahyar, Al-Iqna’ dan sebagainya tapi cukuplah cadangan saya di sini sahaja sebagai peminat fiqh yang mencari-cari cadangan buku sepertimana mula-mula saya masuk Universiti Azhar dahulu.

 

2) Biography of scholars

Saya membaca buku ini selalunya apabila mulai bosan dengan fakta. Jadi buku kategori ini penting bagi penambah semangat dengan membaca kisah kepayahan mereka belajar dahulu sehingga menjadi hebat dan rujukan masyarakat seperti sekarang. Kisah mereka apabila dibaca memberi saya keyakinan bahawa susah dan pengorbanan saya berbaloi untuk menjadi lebih hebat dari mereka serta yakin dengan jalan apa yang saya pilih.

 

Cadangan Buku :

Diari Musafir, Dr.Zaharuddin

Setia dengan Kebenaran, Ust Hasrizal dan siri tulisan beliau yang lain. Nasihat saya terutama yang ingin berkahwin bacalah tulisan beliau ‘Aku Terima Nikahnya’ The best !

Anak Desa ke Persada Antarabangsa, Dr.Daud Bakar

Biografi Ilmuwan Syariah dan Usuluddin ulung Malaysia terbitan Ilhambooks :

Mencari Identiti, Prof Emiritus Mahmood Zuhdi

70 tahun, Kamil Abd Majid.

 

3) Wisdom and Advice

Kategori ini saya akan baca bilamana hati terasa tidak tenang dan gundah gelana. Maka buku seperti ini sedikit sebanyak membantu mental saya. Apabila sudah lama membaca buku fakta termasuk fiqh sekalipun, kita akan mula rasa jiwa terlalu kering dan perlukan nasihat agar jiwa kembali segar dan tenang.

 

Cadangan Buku:

Al-Quran semestinya, Weakness of Faith, Muhammad Salih Munajjid, Bidayatul Hidayah, Sofwah At-Tafsir dan Hilyah Tolibil ilm.

 

BAGAIMANA ULAMA DAHULU MEMBACA ?

 

Cukup saya coret bagaimana Imam Bukhari cintanya terhadap buku :

 

كان البخاري رحمه الله يقدم له الطعام، طعام الإفطار مثلاً وهو يقرأ ثم تأخذه الخادمة بعد فترة، فتأخذ الطعام ولم يمسه، لم ينتبه أصلاً أن الطعام قد جاء! ثم يأتي وقت الغداء، فيوضع له الطعام وهو يقرأ، وتأتي بعد فترة فتأخذ الطعام ولم يمسه؛ لأنه لم يدر أن الطعام وضع !! وبعضهم كان يجلس يقرأ

كتاب(كيف تقرأ كتاباً) محمد المنجد

“Pernah satu ketika IImam Bukhari R.A diberi makanan malam dan pada ketika itu beliau sedang membaca. Berlalu masa, pembantu beliau mengambil makanan yang diberi kembali dan mendapati makanan itu tidak disentuh, bahkan Imam Bukhari R.A langsung tidak sedar bahawa makanan sudahpun disebelahnya !

 

Kemudian pada waktu malam, pembantu beliau meletakkan makanan disebelahnya lagi dan melihat dengan kagum bahawa Imam Bukhari masih lagi membaca. Beberapa waktu kemudian, pembantu beliau datang semula dan mendapati makanan beliau masih tidak disentuh sama seperti sebelumnya ! Alasan tidak disentuh adalah Imam Bukhari tidak perasan bahawa makanan telahpun diletak sebelah beliau juga sama seperti paginya !!”

 

Khusyuknya Imam Bukhari R.A membaca sehingga tidak perasan pada sekelilingnya !

 

COMPETE OURSELVES TO THE FULLEST

 

Bilamana hari sudah lesu dan mula malas membaca, saya akan buat challenge ‘1 hari 1 buku” iaitu 1 hari wajib habiskan sebuku dan itu syarat challenge tersebut.

 

Kaedah ini berjaya saya menghabiskan beberapa buah buku seperti Pengenalan politik mengikut syara’(المدخل إلى السياسة الشرعية  (tulisan Dr. Abdul A’l Ahmad Atwah, ilmuan besar Al-Azhar. Tesis Kajian tentang akad jual beli kontemporari dan buku kegemaran saya Weakness of faith karangan Muhammad Salih Al-Munajjid.

 

SUMBER MOTIVASI MEMBACA BUKU

 

Yang buatkan saya semangat untuk menghabiskan membaca buku adalah dengan membayangkan selalu betapa banyak  ilmu yang akan saya peroleh setelah menghabiskan buku tersebut. Setiap satu buku yang dapat saya habiskan, saya akan setapak ke hadapan menuju cita-cita besar menjadi orang yang bermanfaat. Itu yang saya sematkan dalam diri apabila membaca.

 

“Reader Is A Leader”

 

Prof.Madya Dr.Aznan Hasan yang memegang penasihat ekonomi Bahrain, Ketua eksekutif penasihat Syariah Maybank, AJK tertinggi AAOIFI iaitu badan kewangan Islam tertinggi di dunia dan bukan semua berpeluang menjadi AJK badan tersebut sebaris ulama besar Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Dr.Nazih Hamad, Dr. Abdul Satar Abu Ghudah. Beliau sentiasa memberi pesanan dan menantikan generasi cendekiawan syariah yang baru bagi menggantikan generasi beliau yang sudahpun tua. Beliau berkongsi cara belajar beliau ketika di Mesir paling kurang 6 jam sehari. Cuma di waktu kerja beliau dapat memperuntukkan hanya 2 jam sehari kerana kekangan waktu.

 

Dr.Daud Bakar juga seorang kaki buku, setiap waktu terluang beliau adalah menulis dan membaca. Oleh kerana hidup beliau boleh dikatakan 22 jam di dalam flight untuk bermesyuarat dengan tokoh-tokoh besar dunia. Dalam flight ketika semua tidur, menjadi kelaziman beliau membuka lampu dan mencuri masa untuk membaca.

 

Dr.Zaharuddin pula memang dikenali sebagai pelajar bijak malah mengatasi pelajar arab sendiri ketika mengambil master di Jordan. Malah kesungguhan beliau dalam belajar dan cerdasnya menampaikan ilmu untuk umat sehingga terpilih menjadi anak murid Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. Hasil keilmuan dan kesungguhan membaca dan belajar beliau menjadi rujukan seluruh dunia, malah sudah beberapa Universiti menawarkan beliau menjadi Prof tanpa diminta. Ilmuwan sehebat beliau menginpirasikan saya.

 

Membaca bukan semata untuk diri sendiri tapi ia adalah tanggungjawab orang yang tahu untuk mengamalkan dan memberi balik kepada masyarakat. Ia tanggungjawab untuk memandaikan umat.

 

“Kepenatan Belajar kita sekarang adalah untuk umat pada masa hadapan,

Sejauhmana kefahaman kita di Mesir sejauh itu jugalah kefahaman masyarakat kita di Malaysia.

Rajinlah membaca, pergilah tuntut ilmu kerana ilmu kita untuk umat !” U’s

 

Moga penat lelah kita menuntut ilmu akhir sekali dikira sebagai amal dan pemberat mizan di akhirat kelak. Moga artikel dapat memberi suntikan semangat belajar kembali kepada anda

 

Analogi ringkasan dilema di musim cuti

 

Ketika musim cuti, waktu benar-benar kosong

 

Kita lantas tertanya, apa yang aku boleh buat ?

 

Lalu masa tersebut dihabiskan dengan game yang paling terkini, movie paling laku, marathon drama

 

Tapi semua itu walaupun seronok, deep down kenapa hati belum benar-benar seronok ?

 

Menonton movie paling trending, game paling latest kesemuanya kita sudah mula bosan

 

Aku sudah lakukan segala macam cara, tapi kenapa aku masih tidak tenang dan puas ?

 

Hati kecil dari dulu sebenarnya sudah katakan menuntut ilmu, membaca, kembali kepada agama dan berukhuwwah. Itulah kenangan abadi. Mengenyangkan jiwa

 

Jiwa menjadi tenang apabila membaca,

Berusaha dan tekad mencari ilmu

Menjadi asing dari pemuda lain,

Sebab itu orang berjaya itu sedikit,

Kerana yang membaca dan memberi balik kepada masyarakat juga sikit,

 

Jadilah asing dari sekalian asing.

 

U’s | Kaherah

8/7/2020

 


 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS