Dalam kes Fynn Jamal saya tidak ingin ulas berkenaan isu yang
didakwa beliau iaitu tentang rogol tapi ingin lebih membincangkan dari sudut
lain perihal hukum belajar berguru di alam maya.
Antara reaksi netizen di medsos yang mengejutkan saya adalah tuduhan
liar dan kata-kata yang hina kepada Fynn Jamal dan Ust Khalid Basalamah oleh
seseorang facebooker. Yang saya terkilan adalah beliau merupakan penterjemah
yang terkenal di sebuah institusi dihormati.
( Mengapa Ust Khalid turut dipersalahkan ? Fynn Jamal quoted
kata-kata dari Ust Khalid yang dipelajari beliau di Youtube tapi dua-dua
dikecam tanpa tabayyun oleh sebahagian netizen)
Cukuplah ayat AL-Quran mengatakan :
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى
“Dan
ketahuilah seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain”
Jangan kaitkan kesalahan Fynn Jamal dengan orang lain ! Kesalahan
orang lain tidak ditanggung dengan orang lain.
“JIkalau tidak mampu berkata baik maka lebih baik berdiam diri”
Hadis
Antara sifat mukmin itu apabila sampai keaiban seseorang, maka dia
akan memilih untuk berdiam diri dan menjaga aib saudaranya. Adapun yang
mengulas isu kak Fynn ini sepatutnya pada kadarnya dan sentiasa mengambil pelajaran
dan hikmah apa yang kita boleh dapati dari kes ini.
kes Fynn Jamal ini saya serahkan sahaja pada yang sudah mengulas
seperti Ust Hasrizal. Tidak ada apa-apa tambahan yang boleh diulas melainkan
semuanya telahpun dikatakan oleh Ust Hasrizal.
ADAKAH BELAJAR DI YOUTUBE
DIBOLEHKAN ?
“Kau belajar dari Youtube ke ? mana boleh kerana belajar tanpa guru seolah
belajar dengan syaitan!” dengan semangatnya dia memberitahu kawan.
Malah beliau menambah membaca buku faham sendiri dituduhnya bahawa
belajar dengan syaitan !
Kenyataan ini tidak sedikit yang saya dengar malah kerap dimainkan
oleh pelajar Al-Azhar.
Saya berbincang dengan pensyarah saya di Al-Azhar, Dr.Yasir Mursi
guru tafsir kami dan mengambil kesempatan ini untuk bertanya soalan ini kepada
beliau.
Beliau membalas “Bukankah belajar di youtube dengan seorang guru
juga ? Jadi apakah masalahnya ?”
Saya menambah bahawa dakwa mereka “Belajar di youtube seolah
belajar dengan syaitan ! kerana akan membuatkan pelajar itu faham-faham sendiri”
“Kata-kata tersebut tidak boleh dikaitkan dengan isu ini kerana
pembelajaran online AI 4.0 adalah cara belajar terkini. Jikalau ada yang tidak faham boleh
sahaja Tanya soalan personal kepada guru tersebut”
Saya menambah untuk membuatkan lagi perbincangan menjadi rancak.
“Belajar dengan Youtube mana ada sanad yang bersambung DR ?” (Ramai pelajar Azhari mementingkan sanad di luar kelas sehingga
tidak datang ke university)
Beliau senyum dan menjawab “Jangan terlalu syadid dengan sanad ini,
Aku belajar Al-Azhar tidak adapun sijil bertulis. Tapi adakah bermakna pensyarah
di Al-Azhar ini tiada sanad dan tidak boleh mengajar ? Jauh sekali”
“Sanad itu penting tapi yang diwarisi oleh Azhari sepatutnya adalah
kefahaman bukannya sijil”
(Sanad adalah silsilah nama guru yang dipelajari oleh anak murid
sehingga Rasulullah SAW)
LARANGAN MEMBACA BUKU
FAHAM-FAHAM SENDIRI BUKAN TERHAD KEPADA SEMUA
Buku terbahagi kepada 3 bahagian :-
1) Ilmiah ( (العلمية: Buku ini
ditulis antara ilmuwan kepada ilmuwan lain seperti jurnal dan tesis.
2)At-Ta’limiah (التعليمية) : Buku ini
ditulis dari seorang pengajar kepada anak murid kerana perbahasannya dan bahasa
lebih mudah seperti buku Mukhtasar Abi Syuja’ dalam fiqh, matan
waraqat dalam usul fiqh serta matan jurumiyyah untuk nahu.
3) Qiraah (قراءة) : Buku untuk bacaan umum.
Sesiapa sahaja boleh baca. Buku-buku PTS, Ilhambooks banyak menerbitkan
buku-buku seperti ini.
Jadi buku yang boleh faham
sendiri seperti bacaan umum semestinya dibolehkan. Tapi untuk kategori kedua
pula tidak boleh membaca sahaja jikalau tanpa ada ilmu asas yang kukuh iaitu
dengan mempelajari bersama guru. Larangan
membaca buku sendiri itu khususnya kepada ‘beginner’ dan yang tidak tahu asas. Jikalau
ada asas baru boleh membaca buku kategori kedua. Ia juga memerlukan guru yang
boleh dirujuk jikalau ada kemusykilan.
PESANAN UNTUK YANG BELAJAR SENDIRI-SENDIRI
Bagi menangani pelajar yang faham sendiri-sendiri dan mengulas isu
besar tanpa mengikut saluran betul.
Jikalau tidak mempelajari disiplin ilmu seperti Usul fiqh, Fiqh dan
Qawaid khusus dalam isu agama. Jangan melampaui batas memberi komentar pada
perkara yang tidak tahu.
Ilmu di alam maya dalam video pendek tanpa mempelajari sesuatu ilmu
secara tersusun dari permulaan dan berbuku. Belum lagi kita dibolehkan untuk
mengajar ilmu-ilmu yang penting yang diambil sedikit dan dimuntahkan
mentah-mentah kepada masyarakat..
Ada masa alam maya boleh
dimanfaatkan tapi boleh juga membinasakan.
Betapa banyak ulama memesan agar mempelajari ilmu secara tersusun.
Ia dimulakan dengan asas, kemudian peringkat pertengahan dan tertinggi mengikut
tertib. Tidak boleh melangkau mana-mana tahap. Faedah yang kita boleh dapat adalah
dapat mengelakkan dari kecelaruan maklumat dan misquoted kata-kata dari kitab
Turath bagi memenangkan hujjah sendiri.
Jangan pula ada yang berkata “aku ini berijtihad, salah pun dapat
satu pahala”
Soalan saya, bila pula anda dibenarkan berijtihad ? sedangkan anda
sendiri bukan mujtahid ?
Sebab itu bila guru saya apabila diminta untuk mengulas berkenaan isu
politik yang beliau sendiri tidak begitu arif sedangkan dia guru agama lulusan
Azhar. Beliau berseloroh mengatakan
“jikalau ulas luar bidang saya, lebih nampak saya ini orang bodoh
berbanding bijak”
Walaupun seseorang itu Prof di jabatan syariah tapi tidak bermakna
dia mempunyai ilmu setaraf ‘Prof’ juga dalam bidang perakaunan.
Kerana tidak tahu itu biasa dan katakan tidak tahu itu lebih selamat
dari dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Sebab itu makin kita berilmu makin kita berhati-hati dan menahan
dari mengatakan perkataan luar bidang kita.
Walaupun mengulas isu sana sini boleh mendapat perhatian masyarakat
yang mengiurkan. Tapi ketahuilah bercakap tanpa ilmu, kelak perkataan kita akan
dipertanggungjawabkan dan azabnya juga sangat mengerunkan !
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ ٱلسَّمْعَ وَٱلْبَصَرَ
وَٱلْفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًا
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu
tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan.” (Surah al-Isra’: 36)
Ibnu Kathir
berkata: “Kesimpulan penjelasan yang disebutkan
adalah bahawa Allah SWT melarang berbicara tanpa ilmu, iaitu (berbicara) hanya
dengan sangkaan yang merupakan perkiraan atau khayalan.”
Maka sepatutnya makin kita belajar, makin kita tunduk bukan meninggi
!
Manusia asal dari
tanah
Berdiri atas tanah,
Akan kembali ke
tanah,
Kenapa masih bersifat
langit ?
HAMKA
U’s | KAHERAH
Add your comment