Resipi nasi biryani ayam goreng berempah ala Syed KL

Resipi ayam goreng

1) Seekor ayam
@ Halia saiz sedang
@ Serai 2 tangkai
@ Bawang putih 4 ulas bawang merah 1 biji sederhana/kecil

- serbuk dan daun kari
- serbuk ketumbar
- serbuk cili (nak bagi merah je)
- tepung bestari biasa
- lada hitam
- garam secukup rasa


Blend yang bertanda '@' dan perapkan bersama ayam serta garam dan lada hitam selama 2/3 jam. Kemudian baru letak baki bahan lepas perap dan bila nak goreng.

Resipi nasi Biryani
(Ni campak2 je apa yang ada kat dapur 😂)

1) Beras basmathi (7 orang, 3 saiz nasi cawan biasa dan sukatan air 4 1/2 cawan)
- Halia (ni blend dan letak banyak sikit)
- Bawang merah 2 biji bawang putih 7 ulas (potong dadu sahaja)
- Minyak sapi
- 4 adik beradik
- lada hitam
- serbuk kayu manis
- 1 kiub ayam

Cara masak :

- Tumis bawang dan 4 adik beradik guna minyak sapi, sehingga masak.
- Letak halia yang dah blend,tumis dan kemudian letakkan serbuk kayu manis, 1 kiub ayam dan lada hitam.
- Kemudian habis tumis letakkan beras basmathi yang dah basuh dan gaul rata dulu 1-2 min
- Letakkan air sukatan :-
3 cawan beras basmathi = 4 1/2 cawan air
- Garam secukup rasa (rasa air tu, cukup masin atau tak. Kalau cukup InsyaAllah sedap).
- api kena slow dan steady. Dah masak letak sikit zaffron atau pewarna kuning/merah.

*Jangan terlebih air dan kena ikut sukatan betul-betul baru nampak kemenjadian dia. Lembik rasa dia kurang.


Kuah dalca

- Rebus dulu kacang kuda dan blend
- Minyak sapi/ minyak ayam goreng tadi pun boleh (kena banyak)
- bawang sebiji, bawang 7 ulas.
- 4 adik beradik, serbuk kayu manis
- bay leaf
- serbuk kari
- 1 kiub pati ayam

Cara dia :
1) Tumis bawang dan 4 adik beradik. Letakkan kayu manis dan bay leaf tu.
2) kiub pati ayam dan letakkan kacang yang dah di blend tadi. Campurkan sekali dalam tumisan rempah kari. Siap !


*Sukatan semua ikut rasa.





SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS