[Puasa 6 syawal dan Qada (ganti). Boleh kah gabungkan niat puasa ? Dapatkah ganjaran pahala sepertimana dalam hadis ?]
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka seseolah dia sudah berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim)
Mengikut jumhur ulama Syafi'i dibolehkan menggabungkan niat puasa ganti dan puasa sunat.
Dalil : Qias sepertimana jikalau mandi wajib pada hari jumaat, maka dia akan mendapat mandi wajib dan mandi sunat jumaat sekaligus. Atau mandi wajib dan berniat berwudhu sekaligus. Maka ia dibolehkan.
Cuma Ulama berbeza pendapat berkenaan pahala puasa setahun. Adakah dia memperoleh pahala setahun juga atau bagaimana ?
Pendapat 1 : Dapat pahala seperti mana dalam hadis.
( من شوال) أي وإن أفطر رمضان ولو بغير عذر إن صامه عنه دخل فيه ويحصل ثوابها المخصوص .
(Puasa sunat Syawal) : "Jikalau dia batal puasa mahupun batal puasa itu tanpa sebarang uzur kemudian dia berpuasa. Maka dia termasuk juga ganjaran sepertimana termaktub dalam hadis".
حاشيتا قليوبي وعميرة | Hasyiāta Qālyubi wa ūmairah
Munaqashah (jawapan balas pendapat pertama) : Hadis di atas jelas mengatakan puasa Ramadan 'dahulu' kemudian puasa sunat syawal. Maka diwajibkan puasa dahulu baru boleh dapat pahala sedemikian.
اعْتَمَدَ شَيْخُنَا الشِّهَابُ الرَّمْلِيُّ أَنَّهُ لَوْ صَامَ سِتَّةً مِنْ شَوَّالٍ عَنْ نَحْو نَذْرٍ، أَوْ قَضَاءٍ حَصَلَ مَعَ مَا نَوَاهُ سِتَّةُ شَوَّالٍ أَيْضًا [ حاشية العبادي على الغرر البهية ]
"Syeikh-na Asy-Syihab Ar-Ramli berpendapat bahawa jikalau seseorang itu berpuasa 6 hari di bulan syawal digabungkan bersama puasa nazar, Qadha' (ganti) maka dia juga telah mendapat ganjaran dua-dua iaitu puasa wajib (Qadha dan Nazar) dan puasa enam juga"
Pendapat 2 : Tidak dapat pahala sepertimana disebut di dalam hadis kerana wajib lebih diutamakan dari yang sunnah.
Secara asasnya, pendapat ini ada kebenarannya tapi ia dibantah bahawa puasa ganti dan puasa sunat syawal apabila disekalikan maka dia dikira telahpun menyelesaikan puasa ramadan sekalikan dengan puasa sunat. Maka dengan itu dia juga mendapat sepertimana pahala orang yang berpuasa sunat syawal dan pahala puasa ganti.
Kesimpulan :
- Lebih baik jikalau puasa 6 sunat syawal ini dilakukan secara berturutan.
- Lebih baik juga dilakukan secara berasingan dengan mengutamakan puasa wajib dari sunat walaubagaimanapun tidak salah juga untuk menggabungkan sekali puasa wajib dan sunat sekaligus.
- Pendapat pertama iaitu membolehkan untuk menggabungkan puasa ganti dan sunat lebih mudah terutama kepada orang tua yang susah untuk berpuasa, orang mengandung mengikut hal darurat masing-masing.
- ganjaran pahala dapat atau tidak itu adalah urusan Allah swt, maka segalanya berserah kepada Allah swt. Walaubagaimanapun kita juga boleh mengikut pendapat pertama yang mengatakan pahala juga dapat jikalau menggabungkannya. Wallahua'lam
Puasa 6 syawal dan puasa ganti Ramadan boleh gabungkan ?
by Haiqal sanif, May 27, 2020
Add your comment