PKP Covid-19 merapatkan hubungan berjauhan

by Haiqal sanif, May 27, 2020

Semenjak-menjak ni selalu vc dengan Mak. 


Bila dengar amalan harian beliau, selalu solat dhuha, baca Al-waqiah setiap malam kemudian sempena Ramadan baru2 ni beliau menambahkan amalan lagi dengan melazimi surah Muzammil membuatkan saya rasa amalan mak ni lagi banyak dari kita. Lagi solehah dari kita. 

Walaupun saya mengambil jurusan agama. Rasa diri ini begitu kerdil kerana amalan saya tidaklah sehebat beliau. Solat malam begitu terjaga, dengan kawan2 selalu sedekah. 

beliau juga sebut dengan amalan2 sebegini beliau meluahkan bahawa hidupnya tenang dan rezeki begitu murah. 

Nasihat mak mudah, "Banyakkan sedekah walaupun ketika susah. Selalu jadi diri sendiri, layan kawan baik-baik". 

Moga Allah swt rahmati emak selalu, hikmah covid-19 dan berjauhan sebenarnya lagi merapatkan hubungan bagi saya. Bila berjauhan mulalah merindu, walaupun terpisah dengan badan. Tapi tautan hati sentiasa dekat. 

#RinduMak #SayangMak


SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS