Jual beli hutang dengan hutang (بيع الدين بالدين) 

Jual beli hutang dengan hutang ini antara jual beli yang diharamkan dalam Islam dan amalan ini sangat meluas dan masyhur sehingga menjadi permasalahan ulama dahulu kemudian didatangkan dengan bentuk-bentuk moden dalam 'Stock Exchange' dan pelbagai lagi. Ramai tidak tahu bentuk-bentuknya bagaimana, mari kita teliti apakah hukum jual beli ini.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ بَيْعِ الْكَالِئِ بِالْكَالِئِ (رواه النسائي في الكبرى والحاكم والدارقطني)
Dari Ibnu Umar ra bahwasanya Nabi SAW melarang jual beli hutang dengan hutang. (HR. An-Nasa’i, Daruquthni dan Al-Hakim)

Tapi apakah boleh menggunakan dalil ini sebagai asas hukum untuk melarang jual beli ini ? Bukankah hadis ini dhaif ?

Perbahasan ini sangat menarik untuk diketahui, perbincangan tentang boleh atau tidak ini. Anda boleh rujuk kitab بحوث في قضايا فقهية معاصرة  karangan Syeikh Muhammad Taqi Űstmāni, Ulama Pakistan, ketua Pengerusi AAOIFI (badan kewangan Islam terulung di dunia).

Imam Suyuti memperjelaskan ketika memperjelaskan makna hadis Sahih "ketika mana ulama terdahulu ingin merawat sesuatu hadis (makna hadis itu sahih tapi sanadnya lemah), sebahagian ulama mengatakan boleh kita menggunakan hadis itu sepertimana hadis sahih jika ia memang merupakan amalan masyarakat keseluruhan ketika itu walaupun sanadnya tidak Sahīh.

Imam Ibnu Abdul Bar dalam 'Al-Istīzkar' menyebut bahawa Imam At-Tirmidzī mengatakan Imam Bükharī mensahihkan hadis masyhur
"هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ"
Akan tetapi Ahli Hadīth yang lain tidak menerima kesahihan hadis ini tapi disahihkan kerana Ulama' menerimanya secara jumhur.

Walaupun hadis ini dhaif akan tetapi ijma ulama memakainya kerana jual beli hutang dengan hutang ini sememangnya haram dalam Islam.

Apakah makna jual beli hutang dan hutang ini ? 

Pada asasnya dalam jual beli ini perlu ada  Barang dan duit sesuai dengan harga barang (معقود عليه).

Kalau salah satu tiada maka ia antara dua :-

1)  Bai' bi tsamanin Âjīl (بيع بثمن آجل) 

Jikalau harga ditangguhkan dan barang dapat dahulu. Maka kita gelarkan ia sebagai : Bai' bi tsamanin Âjīl (بيع بثمن آجل). Bermaksud jual beli yang harganya bayar kemudian hari.

2) Bai' Sāllam (بيع السلم) 

Harga bayar dahulu dan barang dapat kemudian. Jual beli ni banyak dipakai ketika jual beli online sekarang.

Dua akad di atas jikalau salah satu tidak ada iaitu antara harga dan barang. Akan tetapi jikalau dua- dua tidak ada (harga dan barang) bermakna dua-dua ditangguhkan maka ia dinamakan sebagai Bai' Ad-Da'in bid Da'in (tajuk kita) dan ditegah syara' kerana perlu ada salah satu dan tidak boleh dua-dua sekali ditiadakan.

Walaupun begitu jual beli hutang dengan hutang ini banyak gambarannya, kita akan pergi ke perbahasan yang lebih lanjut.

Secara ringkas kita bahagikan dahulu transaksi ini :-

1) Jual beli hutang dengan hutang antara Pemberi Hutang (مدين) dan penghutang (دائن) .

2) Jual beli hutang dengan hutang pemberi hutang (مدين), penghutang (دائن) dan orang ketiga. 3 pihak.

Bahagian ini penting untuk menjelaskan lagi perbezaan antara 'الحوالة' dan 'بيع الدين بالدين'.

Gambaran-gambaran tentang transaksi ini banyak sepertimana digariskan Dr.Nazih Hamad tapi saya memperjelaskan yang masyhur. Ini antara gambaran-gambaran jual beli hutang dengan hutang secara bahasa mudah :-

1. a) Dalam kes Bai' Salam dalam pembelian baju :
- Seorang pembeli bayar harga dahulu dengan sebut baju warna putih dan nak pada 1hb bulan akan datang dan mensyaratkan bahawa dia akan bayar pada 1hb itu juga, maka ia diharamkan kerana dua-dua tidak ada iaitu (barang dan duit baju).

Tapi Mazhab Hanafi diperbolehkan kerana ia dianggap sebagai akad استصناع. Dan kita maklum bahawa akad استصناع diperbolehkan oleh mazhab Hanafi atas Istihsan.

*البيوع الشائعة وأثر ضوابط المبيع على شرعيتها د.محمد توفيق رمضان البوطي

b) Seorang pembeli ingin beli Iphone dari penjual. Pembeli tu dah bayar full (RM 1000).
- Penjual kata stock habis so kena tunggu 3 bulan baru dapat. Pembeli tu setuju.
- Dah sampai waktu yang ditentukan, penjual tu kata "Sorry, barang tu takde lagi". Yelah, pembeli tu pun naklah duit dia balik kan.
- Penjual tu rupa-rupanya dia dah guna, jadi dia kata "Kau anggap je iphone tu ada kat kau, kau jual kepada aku balik dengan harga rm 1200". (Tapi barang tu hakikatnya tidak ada) Bermaksud hutang tu tetap ada tapi dengan kadar bayaran tambahan iaitu lebih RM 200.
- Atau nak bagi lebih mudah faham,
Penjual tu kata : "kau bagi aku tempoh masa 2 bulan aku akan bayar kepada kau RM 1200" ada RM 200 extra dia bagi kepada pembeli tu.

Hukum : Maka akad ini ijma' ulama mengharamkan kerana terdapat dalamnya Riba kerana setiap hutang yang ada manfaat (tambahan wang dll) maka ia adalah riba.

كل قرض جر نفعا فهو ربا

Ini yang dinamakan jual beli hutang dan hutang.

2. Jual beli hutang dengan hutang kepada pihak ketiga.

a) Pembeli ingin beli beras dari penjual, tapi penjual tidak ada stock. Jadi minggu depan baru ada stock. (Pembeli belum lagi bayar)
- Pembeli ni akal dia bijak, dia pergi cari pembeli ketiga walhal barang tu tidak ada pada dia. Tapi ada di penjual beras asal tersebut.
- Dia gunakan duit yang dia dapat dari pembeli ketiga dan untung yang dia jual itu untuk bayar harga beras kepada penjual asal. Untungnya diambil dan duit beras itu dibayarnya


Hukum : Maka transaksi seperti ini diharamkan oleh syara' mengikut jumhur ulama.

B) Pembeli (si A) ingin membeli kipas dari penjual (si B) dengan harga RM 200.
- Tapi 'si A' beritahu kepada 'si B' yang bayar tu orang ketiga iaitu 'si C' sebab orang ketiga ni ada hutang dengan dengan 'si A'.
Dalam ertikata lain orang ketiga ni menyelesaikan hutang pembeli asal kipas tu.

Hukum : Ini adalah transaksi yang dinamakan Hiwalah (yang bayar orang lain) dan ia dibolehkan dengan syarat perlu ada izin orang yang ketiga tersebut. Jikalau tidak ada izin, maka ia boleh jadi gharar' (kesamaran).

Apakah perbezaan antara Hiwalah dan Bai dain bi dain ?

1) Transaksi Hiwalah, jikalau orang yang ketiga itu muflis (orang yang dipindahkan) maka yang membayarnya adalah orang yang memindahkan hutang tersebut kepada dia.

2) Adapun transaksi Bai' Dain bi Dain, apabila ditukar milik kepada pihak ketiga hubungan pemindah milik itu tidak ada. Maksudnya apabila dia sudah lepaskan kepada orang ketiga, maka yang menanggungnya adalah orang ketiga dan jikalau orang ketiga itu muflis, maka penjual yang asal tidak ada rujukan untuk dituntut maka ia akan timbulnya gharar (kesamaran) menurut mazhab Hanafi.

بحوث في قضايا فقهية معاصرة شيخ محمد تقي عثماني.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. NJ casinos - JT Hub
    With 8 casinos in the Garden State, 김천 출장안마 and some of New Jersey's best known, 문경 출장마사지 including the Tropicana Casino in Atlantic City, 양주 출장마사지 1 성남 출장샵 Borgata Way, Atlantic City, 구리 출장안마 NJ 08401.

    ReplyDelete

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS