1) Baca surah Al-Ikhlas 3x setiap malam kerana pahalanya seolah membaca satu Al-Quran.
2) Perbanyakkan membaca Al-Quran, jikalau target khatam pastikan khatam sebelum akhir Ramadan lagi2 malam 29 ni (Ramai mengatakan lailatul Qadar)
3) perbanyakkan zikir 'Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar' 33x setiap satu dan diakhiri dengan 'La haula wala quata Illa Billah.."
(Banyak hadis menceritakan fadhilat zikir ni, umpama membaca Subnallah dan Alhamdulillah seolah pahalanya memenuhi dunia dan langit H23 dari Arbain, juga diampunkan segala dosanya yang lalu)
4) Perbanyakkan berdoa, sebaik doa adalah doa yang disebut di dalam Al-Quran. Sebaik doa adalah doa
"رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ"
(201 Al-Baqarah)
Tips doa adalah salin segala doa dan hajat yang diingini tulis di dalam kertas atau HP. Baca doa dan yakin akan makbulnya doa tersebut.
" أنا عند ظن عبدي بي"
5) Sedekah berapa banyak mana mampu dan yakin sedekah tidak akan langsung mengecilkan rezeki.
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ۚ وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan"
Ibnu Katsir menafsirkan bahawa memberikan pinjaman kepada Allah swt adalah orang yang menginfakkan hartanya.
Sekarang boleh sedekah online. Antara yang saya cadangkan adalah tabung Yayasan Ikhlas, Aman Palestin kerana orang2 nya sangat saya kenali dan terbukti sampai.
6) Tinggalkan mencarut : perkataan bongok, bodoh walaupun lawak tinggalkanlah terutama Ramadan.
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَل َبِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِيْ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Siapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan keji, maka Allah tidak memerlukan sedikitpun terhadap puasanya.” (HR. Al Bukhari).
7) Belajar juga adalah amal ibadah, walaupun belajar subjek agama atau pun tidak. Malam2 buat assignment dan study juga ibadah (niat kerana Allah swt). Cuma amalkan juga amalan2 di atas jikalau tidak hati akan kering.
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Ukail Sanif
Azhar Asy-Syarif
Add your comment