Adakah boleh berniat puasa sebulan terus pada 1st Ramadhan ?



قال النبي صلى الله عليه وسلم:" من لم يبيت الصيام من الليل قبل الفجر فلا صيام له"

Nabi SAW bersabda: “Siapa yang tidak berniat puasa di malam hari (sebelum subuh) maka tidak ada puasa baginya.”

Masyhur dalam Mazhab Syafi'i, disyaratkan setiap malam agar berniat puasa ramadhan esok harinya.

Walaupun begitu, niat berpuasa sebulan dibolehkan menurut

وندب أن ينوي أول ليلة يوم رمضان أو صوم رمضان كله لينفعه تقليد الإمام مالك في يوم نسي النية فيه مثلا لأنها عنده تكفي لجميع الشهر، وعندنا ليلة الأولى فقط.

"Dan disunatkan untuk berniat pada hari pertama ramadhan untuk niat berpuasa sebulan tāqlid terhadap mazhab Imam Malik terutama jikalau terlupa niat pada hari-hari lain kerana mazhab Maliki niat sebulan memadai untuk sebulan. Tapi dari sisi mazhab Syafi'i, walaupun dia niat puasa sebulan maka cukup bagi dia sehari sahaja".

حاشيتا قليوبي وعميرة | Hasyiāta Qālyubi wa ūmairah


Mudah cerita, disunatkan niat puasa sebulan pada first Ramadhan, tapi pada hari kedua sehingga habis ramadhan. Kita tetap diwajibkan berniat puasa setiap hari bagi mengelakkan tegahan hadis paling atas.

Boleh sahaja niat puasa sebulan tapi mesti niat juga setiap hari. Jikalau terlupa niat puasa haritu, maka niat kita sebulan tu akan tampung hari yang kita lupa niat.


SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS