Sudah cukupkah kita bersedekah ?

by Haiqal sanif, March 31, 2020

Sehingga kini, saya ingat lagi kisah yang diveritakan oleh kawan saya sebagai dorongan untuk buat sedekah. Mafhumnya

Kawan saya, Syukry ketika mana tabung palestin lalu waktu tu, terdetik untuk berbuat sedekah tapi ketika itu dia memang takde duit langsung dan hanya cukup makan malam sahaja lalu dia terus pass tabung tersebut berlalu ke kawan sebelah tanpa meletakkan duit.

Ahmad yang merupakan kawan baik dia ketika itu, berasa hairan Kebiasaannya dia akan sedekah jikalau ada tabung lalu.

Lalu tanyalah Ahmad kepada Syukry mengapa tidak sedekah.

Syukry bagi alasan dia ada duit hanya cukup untuk makan sahaja. Jadi dia tidak ada duit nak bagi sedekah kat tabung tu.

Ahmad terus tegur dia "kau silap mindset ni, disebabkan kau takde duitlah lagi kau kena banyakkan sedekah, baru murah rezeki kau"

Lalu dia ingatkan beberapa ayat Al-Quran

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah al-Baqarah:261

Kawan-kawan,

Jikalau rasa sempit, sedekahlah.
Jikalau dapat rezeki lebih, banyakkanlah sedekah.
Mana-mana rahsia orang berjaya dan kaya semuanya mengamalkan sedekah.
Jikalau kita tidak memberi bagaimana Allah swt ingin 'memberi' rezeki.

Kelebihan sedekah pelbagai, Nabi saw berpesan bahawa sedekah menghapuskan dosa.

Baginda s.a.w bersabda yang bermasud:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”

Hadis Riwayat at-Tirmidzi

2) Allah swt berpesan agar betulkan niat kita ketika bersedekah bukan untuk tujuan kekayaan tapi ingin mencapai redha Allah swt :


لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۗ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنْفُسِكُمْ ۚ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan).

Sesungguhnya sedekah bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri. Allah swt janjikan bahawa harta yang diinfaqkan tidak akan rugi.

3) Dengan sedekah juga kita mampu tolong orang yang memerlukan dan bermanfaat kepada orang lain

Nabi saw bersabda :
خير الناس أنفعهم للناس
"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain"

4) Sedekah tidak semestinya dengan duit, bahkan konsep sedekah itu luas. Senyum juga sedekah, berkata baik itu pun juga sedekah. Allah swt berfirman :

قَوْلٌ مَعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِنْ صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى ۗ وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ
Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.

5) Nikmat yang tidak terbanding adalah ketika melihat senyum orang yang kita bantu. Hati akan jadi lapang, hati akan begitu puas.

6) siapakah yang paling terbaik terima sedekah ?

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ ۖ قُلْ مَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan". Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya

Mulakan dengan mak ayah kita dahulu kerana merekalah yang paling banyak berjasa kepada kita, keluarga, isteri, anak-anak yatim dan miskin terutama palestin dan Syria. Mereka sangat perlukan pertolongan kita.

Anggaplah sedekah adalah 'amalan' yang selalu kita terapkan pada diri. Jikalau sebagai suami, ajarlah isteri untuk banyakkan sedekah. Jikalau sebagai ayah, pimpin anak letak duit sama-sama setiap kali jumpa tabung. Perbuatan jikalau dibuat selalu akan dijadikan amalan, selagi mana orang lain amalkan apa yang kita ajar. Selagi itulah kita mendapat pahala.

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (HR. Muslim)

Sedekah adalah amalan yang besar tapi ramai tidak sedar. Menjadi amalan orang soleh, bersedekah ketika kesempitan, gundah gelana dan hadapi masalah.

Selamat bersedekah !

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ukail Sanif · THEME BY WATDESIGNEXPRESS