Suasana kami (pelajar) menghadap Covid-19 di Mesir
by Haiqal sanif, March 31, 2020
Lebih kurang 2 minggu lalu sebelum wabak covid-19 merebak di Afrika, kami di Mesir dilanda ribut juga dikatakan ribut paling dahsyat selama 20 tahun di sini. 3 hari diarahkan cuti dan terus dilanjutkan cuti 2 minggu sepertimana di Malaysia ekoran kes semakin meningkat naik.
Sekarang kami di hujung minggu ke-2 cuti kemudian PM Mesir lanjutkan cuti 2 minggu lagi dan beberapa peraturan baru yang ketat sepanjang peraturan ni. Saya sertakan peraturan baru yang diputuskan oleh mereka :-
Keputusan Perdana Menteri Mesir
25/3/2020
1) Lanjutan 2minggu lagi bagi penutupan semua sekolah dan universiti.
2) Larangan keluar ke jalan utama bermula dari jam 7 petang - 6pagi.
3) Penutupan kedai2, mall2 dan restoran2 (delivery masih available) dari 5 petang-6pagi dari hari Ahad ke Khamis manakala Jumaat dan Savtu ditutup sepanjang hari. Terkecuali
Kedai runcit ,hospital, farmasi dan kedai roti.
4) Khidmat pengangkutan awam dihentikan 7ptg- 6pg.
5) Semua perkhidmatan awam kerajaan tutup kecuali daftar kelahiran kematian dan pejabat kesihatan.
6) Cafè ditutup sepenuhnya.
7) Pergerakan antara negeri lain dilarang dari jam 7mlm - 6pg
8) Denda kepada yg ingkar sehingga EGP4000 dan penjara.
_________
Saya tidak pasti bagaimana di Malaysia, tapi sini jikalau tidak ikut arahan akan terus saman 4K atau penjara. Style orang sini takde toleransi, ingkar arahan terus saman atau bawak balai. Tidak ada budi bicara. Tambahan lagi operasi airport masuk kaherah tutup serta merta semenjak 2 minggu lalu (bakal dilanjutkan jadi total 1 bulan).
Bertambah sukar lagi, untuk pelajar yang masih di Malaysia dan pelajar baru untuk datang ke sini. Yang sedihnya arahan kerajaan terus dilaksanakan tanpa dengar khabar berita mahupun amaran awal. Susah pelajar yang berada di Malaysia datang ke sini tambahan periksa semakin mendekat.
Hampir 2 minggu kami duduk di rumah, memang nak beli barang sekali seminggu atau minta delivery. Makan di kedai luar lagilah tidak berani.
Kes di Mesir setakat ini sudahpun mencecah 710 kes tapi sebenarnya terlalu ramai pertikaikan sebenarnya jumlahnya lebih besar dari yang official. Terdapat individu berprofil tinggi juga dikhabarkan meninggal dunia menunjukkan kes ni mungkin lebih besar dari kita expect.
Malah, seorang wartawan diarahkan keluar dari Mesir kerana 'membocorkan' bahawa kes sebenar di Mesir 19k lalu kerajaan Mesir menafikan ia adalah tidak benar dan mengatakan bahawa Michaelson sengaja mencetuskan panik. Michaelson ingin membuat kenyataan balas secara rasmi tapi terus dibatalkan oleh kerajaan tanpa ada sebarang notis.
https://amp.theguardian.com/world/2020/mar/26/egypt-forces-guardian-journalist-leave-coronavirus-story-ruth-michaelson
Tindakan drastik kerajaan Mesir terus meletakkan peraturan-peraturan baru sebenarnya menambah lagi kecurigaan. Kemungkinan besar jumlah lebih banyak dari yang kita tahu dan data inj semestinya disimpan untuk pengetahuan mereka agar tidak sebar kepada umum.
Memang sesetegah negara melakukan demikian bagi mengurangkan masalah dan panik yang bakal berlaku.
Sayang sekali mesir bukan negara yang cukup peralatannya untuk menerima wabak-wabak bahaya seperti ini. Hanya ada satu hospital sahaja di Cairo yang boleh terima pesakit covid-19.
Adapun tempat check symptom covid-19 ni mungkin boleh pergi ke beberapa hospital tertentu bahkan universiti Azhar kuliah perubatan juga tawarkan perkhidmatan saringan. Tapi apapun, jikalau pelajar Malaysia ada symptom sekian kami tetap ada pegawai negeri masibg-masing yang boleh dirujuk.
Cuma dijangkakan musibah ni boleh jadi lebih teruk, Ramadhan pula semakin mendekat bagaimanalah rasanya ramadhan tahun ini jikalau masih merebak ? Tidak terbayang !
Brunei sudahpun menyuruh pelajarnya balik. Malaysia ? Sebenarnya Malaysia lebih teruk tapi mereka lebih bersedia hatta diiktiraf WHO untuk menangani Covid-19 ini.
Kami diejek korona
Sebelum diperintahkan berkurung di rumah, saya berjalan-jalan mencari barang di jalanan dan terserempak dengan sekumpulan pemuda 20-an ketawa beramai-ramai sambil pandang tepat kepada saya.
Saya teruskan berjalan tanpa menghiraukan mereka kerana memang sudah maklum perangai pemuda-pemudi sini.
Tapi yang buatkan saya sakitkan hati lagi adalah mereka menjerit dan terus memekik dan jerit dengan kuat sehingga orang ramai dengar mengejek kata "jangan dekat dengan dia, dia ada korona ?" Sambil gelak dengan kuat bersama rakannya !
Orang sekitar saya mula menjarakkan diri seolah saya pembawa virus ?!
Mesti anda bertanya kenapa ?
Saya tidak tahu kenapa walhal orang Melayu belajar di Al-Azhar melebihi 1++ tahun. Tapi sampai sekarang masih anggap orang Melayu ini orang cina ! (Orang cina kata mereka pembawa virus)
Bagi mereka orang cina dan Melayu tiada beza walaupun mempunyai perbezaan yang besar. Sayang sekali mereka tidak tahu.
Saya diberitakan ramai sudah terkena dengan ejekan sinis dari semua peringkat umur berbangsa arab. Bahkan ia berlaku di negara arab lain seperti Jordan.
Nabi saw sudah pun turun kepada mereka, Azhar tempat lahirnya ulama besar yang menjadi pusat ilmu sedunia ! Tapi sayang sekali perangai arab sekeliling tidak dapat dikesani.
Walau apapun masih ada lagi, arab yang tetap baik. Ada juga yang mengeluarkan kenyataan yang baik bagi menenangkan pelajar kita.
Walaubagaimanapun, saya kini dan pelajar Malaysia lain lebih kurang 11k pelajar duduk di rumah dan mengikut perintah kerajaan dan kedutaan.
Kita doakan sama-sama agar wabak ini segera pulih dan menjadikan insan yang lebih khusyu' dan tunduk kepada Allah swt.
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ
"Belum sampai lagikah waktu bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk mengingat Allah ?!"
Al-hadid:16
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.” (Surah ash-Shura, ayat 30)
https://egyptindependent.com/egypt-shuts-down-200-restaurants-cafes-stores-for-violating-curfew-hours-in-giza/
https://www.middleeasteye.net/news/egypt-covid-coronavirus-infection-coverup-military-sisi-herd-immunity
Add your comment